Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian 𓍯𓂃
Sinopsis Ringkas 𑁍
Kehidupan mewah mereka sekeluarga datang dari hasil yang tidak sepatutnya. Elina Sofea kecewa dan terkilan selepas mengetahui hal tersebut. Dia mula mencari arahnya sendiri untuk mulakan kehidupan yang baru bersama ibunya.
Namun, bukan semudah yang dia sangkakan. Tohmahan, pandangan sinis dan perspektif orang ramai terhadap keluarganya juga berubah. Pada masa yang sama, dalam fasa memulihkan keadaan. Hadir Alan dalam kehidupan Elina tanpa diduga. Alan itu hadir dalam bentuk apa? Kegembiraan atau kelukaan untuk Elina?
Apa yang terjadi seterusnya?
Konflik emosi yang berat dalam storyline yang simple. Siapa sangka. Pembaca juga turut terjerumus dalam cerita Elina & Alan. Terhimpit dalam masalah yang tidak diminta. Nak menyelesaikan juga bukan semudah ABC. Tapi sempat juga Alan masuk line. Alan is so brokoli hijau 🥦
Siapa yang ada di tempat Elina Sofea. Mungkin akan melakukan tindakan yang sama sepertinya. Bukan melarikan diri tetapi ingin mencari ruang untuk memperbaiki kehidupan yang sudah musnah. Struggle mula dari bawah. Tapi Elina berjaya blend in dengan kehidupan baru. Dia pandai bawa diri. Dia tahu apa yang dia cari. Dia buktikan yang dia juga boleh berdiri atas kakinya sendiri tanpa harapkan ayahnya.
Selain Elina. Saya juga turur bersimpati dengan Alan sekeluarga. Ya. Demi nak menegakkan kebenaran. Runtuh satu isi rumah yang selama ini bahagia. Dan disebabkan kejadian itu juga. Mungkin menjadi titik permulaan di mana true colour seseorang itu lebih terserlah jelas. Saya suka dengan emak Alan yang positif. Tidak menyalahkan dan menunding jari terus menerus. Malah memberi nasihat pada anaknya dan tegur tindakan Alan.
Banyak isu yang penulis highlight dalam buku ini. Bagaimana seseorang itu nak face it realiti kehidupan. Dosa silam keluarga yang bukan datang dari diri sendiri, menerima huluran cinta dari seseorang yang datang tanpa diduga, memberitahu kenyataan yang perit untuk diluahkan, start mencari rezeki dari zero dan banyak lagi.
Siapa yang mencari karya yang memerlukan kalian sediakan sekotak tisu sebab menangis dan happy. Ini bukunya. Semua perasaan ada dalam ni.
#rumaabooks #noveliman #cintadikhiantiRUMAA #aliahusna












