Assalamualaikum & Hi readers ❤️️
Ika tak pasti bila agaknya kali terakhir ika baca buku dari Shaz Johar. Tapi baru-baru ni, ika ternampak yang Shaz Johar ada keluarkan buku baru bertajuk Sumpah. Dan masa tu masih samar-samar lagi mengenai akan adanya physical book untuk Sumpah ni atau tak. So, dalam masa yang sama FIXI telah keluarkan dalam bentuk Ebook. Dan malam tu jugak ika beli di Google Play dengan harga RM 8 lebih. Eksited bukan seketul Ika? Haha.
Sebelum tu, ika memang nak bagi credit untuk cover buku. Sangat menarik dan misteri ya. Sebab ika tak pasti apa sebenarnya yang nak disampaikan dalam cover buku Sumpah ni. Akan tetapi setelah orang yang buat cover buku Sumpah ini reveal apa disebalik gambar di dalam ini. Baru la faham.
Bukan Shaz Johar la kalau apa yang ditulisnya tak membuatkan orang pening kepala dan fikir sejenak lepas baca. Rasa macam luar kotak.
Kalau baca sinopsis, mengisahkan tentang Lela Palatute yang dikahwinkan dengan kawan ayahnya setelah ayahnya meninggal dunia . Kalau nak tahu si Lela ni baru 12 tahun. Dengan umur yang setahun jagung macam tu, apa je Lela tahu buat?. Personally, sangat simpati dengan nasib Lela. Anak kecil seperti dia sepatutnya kena menimba ilmu di sekolah lagi. Tapi atas desakan dan kekangan juga, Lela ni tak dpt nak bersekolah. Dalam Sumpah ni, watak Lela mcm terbahagi kepada dua. Satu watak yang macam budak budak yang senang digula gulakan. Dan satu lagi ialah watak seperti orang yg dah dewasa. Ada beberapa part dalam Sumpah ni yang membuatkan ika rasa macam Lela bukan mcm budak 12 tahun sebab cara dia tu. Sometimes rasa macam luar dek akal la. Macam ah budak kecik mana boleh nak buat mcmni, mana boleh ckp mcmni. Tapi tak pasti la kalau budak sekarang yg berumur 12 tahun cmna kan. Tak sepatutnya budak bawah umur dikahwinkan dengan org berumur sebab mereka ini masih naif dan banyak lagi yang perlu diexplore.
Tapi back to Lela & Pak Hadir. Asalnya memang macam tak faham kenapa Pak Hadir ni boleh come out with idea untuk kahwin dengan Lela. Sangat sesuatu. Dan cara dia approach untuk kahwin dgn Lela pun, pada mulanya kalau mak Lela tak setuju. Tak menjadi jugak. Tapi hujung pangkalnya depa kahwin jugak la. Em. Kalau nak tahu apa tujuan utama Pak Hadir kahwin dengan Lela kena baca la. Pak Hadir ni boleh tahan ya. Wei stress. Weii lepas tu kan weii eeii weii details jugak ya depa memanja. Nak muntah help help. Ada bahagian yang agak lucah dan tak sesuai la dibaca oleh budak budak baru nak up. Dah warning okay. Ada part yang lucah.
Source: Facebook FIXI |
Okay next, cerita jadi menarik bila Lela ni mula berpindah dgn Pak Hadir di banglo kepunyaan bapa saudara Pak Hadir.Banyak benda yang pelik terjadi dekat Lela sampaikan Lela rasa lain dalam rumah banglo itu sendiri. Dia jadi macam hilang akal bila bercakap soal loteng di rumah tersebut. Storyline Sumpah ni agak upside down. Dia punya flow tu agak bagus untuk kita stay membaca. Sebab curious. Tapi, bila terlalu curious, rasa mcm kena tutup jap sebab nak hadam banyak benda dalam satu masa. Mcm contoh, Lela ni dia selalu communicate dengan kucing bernama Olaf. Dan Olaf ni pulak selalu macam hasut Lela untuk berfikir dan bertindak luar dari biasa. Maka, ika terfikir Olaf ni sebenarnya baik ke jahat. Dia nak protect Lela ke? Dan cerita cerita yang Olaf ni cerita membuatkan bukan saja Lela boleh percaya dgn cerita tu, dengan kita kita sekali nak percaya. Kaitan antara tajuk Sumpah dengan storyline ada kena mengena sebab Olaf ni masa dia start bercerita pasal Bidan Kiah & Mariati dan dirinya sendiri yang telah disumpah.
Hujung pangkalnya, mereka semua ni saling berkait rapat dan apa yang jadi semuanya bersebab. Dan hanya orang tersebut saja yang tahu mengapa sekian sekian benda ini jadi. Dan Lela, too bad. Dia terlalu kecil untuk hadapi semua tu dalam hidup dia. Apa sangatlah budak kecil boleh fikirkan. Tindakan yang dibuat bukanlah tindakan yang betul kalau tiada yang menasihati. Hm. Cumanya kalau tak fokus baca, akan lost sikit. Dan bagi ika, ika rasa mcm berat sikit la ceritanya & berpusing pusing.
Tapi, storyline ni boleh dikatakan lain dan aneh?. Haha. Ending pun sama. Kalau korang tahu mcm mana cara penulisan Shaz korang tahu la yang dia suka main twist twist sana sini. Nak kelainan, boleh cuba baca Sumpah. Maaf atas kekurangan reviu ini. Haha. Masih pening lalat.
New info: Buku Sumpah akan terbitkan. dan korang semua boleh dapatkan physical book ni. Boleh dapatkan di website FIXI atau di Shopee mulai 25 Jun - 8 Julai sempena #pbaklonline2020.
Source: Twitter FIXI |
Kalau rasa nak baca sample boleh klik dibawah. Ada di Wattpad & Google Play.
13 comments:
Shaz Johar punya style plot twist memang ohsem
First horror novel yang Rawlins beli adalah dari rangkaian Buku Fixi. Memang banyak buku best. Hurm. Rawlins nak buat review novel seram gak la pasnie. Maca best plak berkongsi cerita sebegini kan.
I x pernah baca buku yg Shaz Johar tulis. But reading your review makes me interested to read this book. Macam byk elements suspense jer dlm cerita Ini. Thank you for sharing your review.
rasa macam tak pernah baca lagi shaz johar punya karya. Mungkin boleh start with this one
Jarangla kkta nak baca buku, tapi macam best je baca cerita dia ni sikit.. Hehehe..
Ooo baru tau juga, eBook pun ada penulisan lucah gak ye... bab membaca ni lama betul tinggalkan, duk ngadap blog aje manjang...
Dah lama tak baca novel ni.. bila tgk buku sumpah ni macam tertarik je nak baca. Ada ebook memang memudahkan la... sbb boleh layan bila² masa je
Dah lama tak membaca buku genre macam ni baru tahu dah ada versi ebook. Macam best juga ni boleh suggest kat adik kita hee
Nanti saya nak baca sample tu... tajuk macam ni sangat menarik perhatian utk dibaca
Tgk review sis macam sumber inspirasi pulak baca kisah Sumpah ni. Seronok kadang2 baca cerita orang ni, sebagai motivasi dekat diri sendiri jugak
Mcm menarik jln cerita. Kita boleh berfikir luar dr kotak..a nd cerita yg banyak memberi pengajaran juga
I kalau bab bab seram ni semua I elak, sama ada movie, buku ataupun short story dekat FB. Semua I elak sebab I penakut. Tapi adik I suka la cerita-cerita macam ni. Boleh la recommend dekat dia nanti.
Yes. Kadang macam kita rasa nak mempersoalkan plot twist dlm buku dia. Tapi apakan daya. Twist dia tu kdg buat kita terkedu sampai terlupa nak soal haha
Post a Comment