Jari Jemari Menari ♡: Gift
Showing posts with label Gift. Show all posts
Showing posts with label Gift. Show all posts

Sep 13, 2021

Hadiah dari Alien Oren 🍊

9:52 PM 13
Hadiah dari Alien Oren 🍊


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Entry ringkas ini ika tujukan khas buat saudari Alien Oren. Kalau tidak silap sebulan lepas ika ada join satu segmen yang dianjurkan AO (Segmen Wanna Be My GFF). Jadi, bila AO contact di ws. Rupanya, ika adalah manusia terpilih untuk dapat hadiah special yang diperkatakan oleh AO dalam segmen dia.

Untuk peserta yang berada di sekitar Shah Alam, AO akan bagi hadiah special untuk korang.
-AO-

Masa tu memang ika tengah kerja. Nasib baik dekat rumah ada orang. Itu yang ika minta AO proceed saja kalau nak hantar. Kalau nak tunggu ika balik kerja, alamatnya lambat lagi nak balik. Cuba korang teka apa agaknya barang yang AO hantar dekat ika mengunakan Grab Express?. Tapi kan, memang mudah sangat hantar barang sekarang. Guna saja Grab dan perkhidmatan lain yang menawarkan servis yang sama. Musim COVID sekarang nak berjumpa bersemuka pun ramai yang masih takut. Jadi, ini adalah inisiatif lain yang boleh digunakan.

Buah, Tabung, Keychain & Sepucuk surat <3

Terimakasih banyak-banyak dekat AO sebab berikan ika buah Melon Manis Terengganu dari Golden Fresh Fruits. Tahu-tahu je buah kesukaan ika. Memang kebetulan sangat. Buah Melon ni warna dia menyerlah sangat sampaikan ika tengok warna pun dah terliur. Ini kita terus review ya buah Melon Manis Terenganu. Rasa dia just nice. Tak manis sangat, tak tawar sangat. Kena dengan citrasa ika, Sebab tu ika makan banyak lebih dari orang lain dekat rumah tu. T.T 

AO dia punya baik hati siap selitkan benda lain selain buah. Ika hargai dan sangat suka dengan pemberian AO. Salam perkenalan AO. :) Terimkasih sekali lagi. Semoga AO terus maju jaya. Siapa yang nak berkenalan dengan saudari AO sila ke blog beliau okay. Sana macam-macam cerita boleh baca. 

Aug 23, 2021

Hadiah Top Komentator Julai 2021 dari Fieza Sani

8:30 PM 11
Hadiah Top Komentator Julai 2021 dari Fieza Sani

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Entry penghargaan ringkas ini khas buat Kak Fieza. Ika sebenarnya dah terima hadiah Top Komentator dari Kak Fiez dah lama. Tapi, asyik tertangguh nak update. Ika sebenarnya tak expect yang akan dapat hadiah dari Kak Fiez sampailah Kak Fiez inform di ruangan komen blog & email. Teruja juga tunggu sebab Kak Fiez memang kalau hantar barang dia takkan inform barang apakah. Kita rasa macam dapat suprise la. Nowdays, little thing pun akan buatkan semua orang happy. Jadi, jangan tunggu birthday atau anything untuk happykan orang sekeliling kita okay. 


Kualiti gambar memang teruk sungguh ya. Tapi lupakan pasal tu. 
Tengok la flusk yang cantik tu. Ini kalau hilang tak tahu letak mana, confirm senang detect. Warna dia dari jauh dah boleh nampak. Laff sangat. 

Terimakasih Kak Fiez untuk flask pink ni. Tau-tau je yang ika memang perlukan flask untuk pergi kerja nanti. Tapi, itulah. Masa ika buka parcel ni. Excited dah sebab flask ni warna pink. Lepastu, Ika tak nampak sebenarnya yang ada nama ika gedabak besar dekat flask. Bila pusing punya pusing flask ni. Terkejut tengok ada nama. Menjerit satu rumah sebab suka. Cantik sangat :)  Teruja betul sampai tak sangka dan termenjerit. Rasa sayang nak guna. Rasa nak buat deco untuk bilik je. <3

Terimakasih banyak-banyak buat Kak Fiez. Semoga Kak Fiez terus maju jaya dan hadiah ini memang telah menceriakan hari-hari ika. Ini hadiah kedua. Hadiah pertama juga ika suka. Nanti ika dah baca novel Kak Fiez bagi, ika update sini okay. Kalian boleh singgah ke blog Kak Fiez okay, boleh baca macam-macam cerita di sana. 


Feb 11, 2021

Nyahplastik Buku dari PTS Media Group

5:33 PM 4
Nyahplastik Buku dari PTS Media Group

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️️

Ini merupakan entry pendek. Asalnya nak publish untuk Wordless Wednesday tapi terlupa pulak haha. Jadinya, macam mana eh nak buat. Kena la jugak menulis sesuatu . Dah tak dapat nak wordless sangat dah. 

Bulan ini tiada plan untuk membaca genre apa. Tapi, ika cuma aim untuk variasikan bahan bacaan semampu yang boleh. Kalini, ika pilih 5 buku dari PTS Publication. Ika perasan PTS sekarang sudah mengeluarkan banyak buku yang best-best. Kalian juga boleh cuba tengok website mereka. Oh ya, lupa nak beritahu. PTS ada membuat giveaway di Instagram. Terdapat 8 buah buku yang boleh kalian pilih jika kalian menang. 


  • Komik Wira Kera: Legenda Seorang Raja 
  • The Memoirs Of Sherlock Holmes 
  • Boba Girl 
  • Aisyah Keanggunan Sejati 
  • Malaikat Bertali Leher

Selamat menonton video nyahplastik dari ika. Ika nak improve kualiti video. So, setiap hari tu jenuh fikir apa nak kena buat. Kalian doakan la supaya ika dapat buat video yang helok. Dan support ika di Instagram juga ya. :) 



Scan code ini untuk ke Instagram PTS. (Giveaway Sempena #BookGivingDay)

Sep 8, 2020

Suprise Box dari Anak Denesor

1:55 AM 31
Suprise Box dari Anak Denesor

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Siapa ada baca entry ika sebelum ini berkenaan suprise box dari Kasihku Amani. Ianya adalah projek kerjasama antara kami (rakan blogger). Suprise box haruslah diisi dengan benda wajib iaitu buku dan barangan lain itu terserah kepada individu tersebut. Kira suprise la yang lain tu. Best kan! 

Kalini, ika dapat suprise box dari seorang lagi blogger iaitu Anak Denesor ( https://www.anakdenesor.com/). Ika masih berhutang dengan AD box ini sebab ika masih tidak berkesempatan lagi. Soon InshaAllah tau! Kenal AD dah lama tapi belum bersua muka lagi walaupun boleh dikatakan boleh la nak jumpa sebab rumah masing-masing tak jauh mana pun. 

Oh ya, box yang AD bagi dekat ika ni, bertema gais. Tema zombie!Terus teringat, Zombie Kg Pisang & Train To Busan. Haha. Eeii luar kotak pun dah cantik. Siap letak ribbon merah putih lagi. Tersangatlah familiar dengan warna yang ada di box AD ni. Hati hati gais! Ada yang memerhati. Ah macam gitu la kot kan. 

Tak fikir panjang, buka - tangkap gambar - buat entry dalam blog & IG! <3 font="">

Ayah ika cakap ika beli kotak ni. Haha sebab ika rasa mesti dia ingat ika beli sebab cantik sangat. 

Eksited sangat bila parcel ni sampai sebab bila dah ada dekat tangan and depan mata tu. Feel dia lain! Haha. Ika sangat salute dengan kreativiti AD sebab ika sendiri tak mampu nak buat cantik macam ni. Ika tak kreatif sangat pun T.T Okay, let's go through picture eh. 

Ika puji dari luar kotak sampai ke balutan. Memang cantik. Jadi sayang nak bukak.Rasa nak simpan je tapi kalau simpan macam mana nak tahu dalam tu apa isinya ye dak? :) Dekat kotak siap bagi 3 steps to surviving lagi. Nice. 

Sedap mata memandang!

Terimakasih AD atas semua yang diberi terutama 3 buah buku yang bertajuk Terimakasih Si Babi Hutan, Dari KLCC ke Tanjung Malin & Dari Tanjung Malim ke KLCC. Ketiga tiga buah masih belum dibaca lagi. Ah terimakasih tau. Tau tau je buku apa yang ika tak baca lagi. And bertambahlah list TBR ika. 

Selain dari buku. AD bagi ika sampul yang dia reka sendiri, kacang, mask extender, mask, cermin, pencil case, bookmarks, note book, pencil & container bag. Ini pun dah cukup banyak dah. Perasaan masa buka satu satu barang tu rasa macam harini hari jadi sendiri. I'm happy girl in the world today. 



Semoga AD terus sukses dalam apa saja yang AD lakukan. Doa ika sentiasa yang baik baik buat AD! InshaAllah nanti, kalau ada kelapangan boleh jumpa. Teringin juga nak jumpa blogger lain. AD juga suka membaca buku. So geng buku juga la cumanya AD lebih banyak baca buku BI. Maka tak heran kalau dia punya English power geng hehe. 

Jul 26, 2020

Suprise Box dari Blogger Kasihku Amani

7:41 PM 16
Suprise Box dari Blogger Kasihku Amani

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Harini nak quick update pasal satu parcel yang ika received beberapa hari lepas. Tengok kotak dah tahu dari siapa. Ika sebenarnya nak try dulu projek ni dengan 1 blogger. And, ika pilih untuk cuba dengan Kak Kasihku Amani dulu. Ianya seolah olah macam swap/exchange book. Dalam kotak ni, benda wajib kena ada ialah buku. Berapa banyak buku, buku apa dan sebagainya terpulang. 

Seronok sebab dapat exchange buku kita dengan org lain, dan org tu offer buku yang kita tak pernah baca. And plus, kiteorang bukan saja exchange buku. Tapi we can put anything we want inside the box. Hee. Personally, ika rasa projek swap book ni bagus ya diterapkan dalam kalangan kita sebab dari buku tu dibuang atau diberikan kepada org yang tak menghargai buku tersebut. Ada lagi bagus beri kepada seseorang yang tentu-tentunya akan baca, sayang, hargai buku tersebut. Kita pun akan happy.  It just my personal opinion. 



Buku-buku yang ika pilih memang yang nak dibaca la. Kebetulan sangat, kak sha ada buku-buku tu. Ika pilih tajuk Ari, Penjara & Makalli. And kak sha bermurah hati bagi extra 1 lagi buku tajuk Waddat. Bila tengok balik, semuanya buku seram & thriller. Haha. Tapi tak apa la, ika okay je sebab memang baca genre  macamtu. 

Lepastu, ika macam eksited la bila bawak keluar barang lain. Tak expect pun kak sha nak bagi banyak macamni. Thankyou so much kak sha sebab sudi join projek ni and bagi a lot of things. Ika harap kak sha happy dengan apa yang ika bagi dekat kak sha. Happy reading and teruskan membaca tau. Ika suka tengok macam mana kak sha manage masa untul baca, kerja,uruskan anak-anak & lain lain. 

Ika ada plan nak buat satu lagi projek yang sama. Tapi tengah mencari blogger yang sudi collabrate sebab benda wajib yang patut ada dalam box ialah buku. If ada yang berminat, boleh pm tepi la. Nak cari sorang je hee. Boleh pm di IG - @sicashoid


Ini hadiah yang ika balut untuk Kak Sha. Yes, ika happy buat semua ni. 

Dan nantikan segmen baru yang ika akan buat khas untuk reader blog JJM ni and of course untuk book lover. Harap segmen ni akan konsisten & kerajinan tu sentiasa ada. Doakan! :) Ini mungkin akan jadi segmen paling lama akan bertahan dalam blog ni. InshaAllah. 


Kalau nak baca dekat blog Kak Kasihku Amani pasal parcel Ika, tekan link di bawah.