BOOK REVIEW - PSYCHOPATH BY EIJA KHADEEJA - Jari Jemari Menari

Dec 10, 2020

BOOK REVIEW - PSYCHOPATH BY EIJA KHADEEJA

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️

Lately, ika sangat tertarik dengan cover buku dari FP. Rata-ratanya memang sangat cantik dan tahniah buat pereka muka hadapan buku FP. Kalian berjaya membuatkan pembaca rasa nak beli kesemua buku sekaligus. Cover buku Psychopath ini juga memang eye catching. 

"Satu Nyawa, Satu Trofi"

👣 Apa yang kalian akan buat kalau berdepan dengan psikopat? Lagi lagi yang sanggup membunuh demi kepuasan diri?.Entah apa agaknya yang difikirkan oleh si psikopat. 

Publisher: Fajar Pakeer 
Penulis: Eija Khadeeja
Genre: Thriller 
Mukasurat: 489 m/s 
Harga: RM 24 (SM) / RM 27 (SS) 

Mengisahkan tentang Ezlina yang ingin membalas dendam akan kematian tunangnya, Zain. Polis mengesahkan Zain mati kerana kemalangan namun sebulan sebelum kematian Zain. Zain ada memberitahu kepadanya bahawa kematian yang akan terjadi dirancang oleh insan bernama Dato Iqbal. Kata-kata Zain berlegar legar di fikiran Ezlina sehingga dia nekad untuk mendekati musuhnya, Dato Iqbal. Cara paling mudah ialah menjadi pengasuh kepada anak Dato Iqbal, Aqasha.

Watak Ezlina juga boleh dikatakan sebagai watak yang di pertengahan. Kadang-kadang dapat rasa yang dendam dia membara-bara, kadangkala macam so so juga. Namun, apa yang boleh dipuji untuk watak Ezlina ini ialah dia seorang yang sangat setia. Kesetiannya kepada tunangnya walaupun tunangnya sudah tiada lagi boleh dipuji. Dan dia sangat tabah menghadapi dugaan walaupun pada asalnya hanya tinggal lagi beberapa minggu/bulan saja dia akan berkahwin dengan Zain. Hm.

"Bukan aku yang pancing, tapi dia yang menyerah diri". -Dato Iqbal.

Baginya, kematian Zain memang wajar. Kenapa? Apa kaitan antara Zain, Dato Iqbal & Ezliza? Kematian Zain bikin semua orang tidak senang duduk. Watak Dato Iqbal dalam buku ini masih menunjukkan dia masih berfikiran waras dalam menyelesaikan masalahnya. Bagi ika,masalah yang dihadapinya bukanlah masalah yang kecil. Kalau tak sabar mesti salah langkah. Cuma perangai Dato Iqbal adakalanya menyakitkan hati dan macam kepala angin. Semua kemahuannya harus diturutkan. Agaknya mesti tension pekerja yang berkerja dengan Dato Iqbal. 

Personally, siapa yang ada buku ni. Belek la cover buku ni. Ika belek semalam dalam 15 min dan ika rasa wajah pembunuh berselindung disebalik topeng itu.

Bagi ika, watak tambahan dalam ini seperti Fizi, Syamil, Hafiz & Pak Amat melengkapkan dan menyempurnakan cerita ini. Lagi-lagi, bila Fizi turut sama membawa kita menyiasat sama kes Zain seperti yang diarahkan oleh majikannya, Dato Iqbal. Rasa macam geng Fizi pulak jadi penyiasat. Boleh tak nak anggap Fizi second main lead? Haha. Good job Fizi. Untuk watak antagonis, memang gila tak boleh bawa berbincang ya.Penat nak handle emosi haha.

Rasanya, ini percubaan pertama penulis menulis cerita sebegini. Lari dari kebiasaannya. Boleh diberikan pujian untuk percubaan pertama beliau. Kerana sesungguhnya menulis genre apa pun memang susah dan mencabar. Untuk memenuhi citarasa pembaca jua bukanlah perkara yang mudah. Psychopath ini bagi saya yang suka baca genre sebegini, ianya tetap ada originality walaupun saya dapat agak flow ceritanya. Dah nampak lurus dan jalan ceritanya tapi yang membuatkan ianya lain sebab penulis corner sana sini dan ianya ada menimbulkan pertanyaan untuk beberapa part di dalam novel ini. Tapi tapi, buat sesiapa yang baru berjinak jinak nak baca buku genre sebegini, kalian boleh cuba baca ini.

Siapa yang nak dapatkan buku Psycopath ini, kalian boleh beli secara online atau di kedai buku berhampiran. 





18 comments:

Eza boom boom said...

Wah wah. Menarik ni. Genre penyiasatan jugak la kan, rasanya watak-watak baik tu berkemungkinan bertopengkan penjahat dari cerita ni. Bestnya Eza tengok orang suka baca buku ni. good job awak :)

AzianKhalil said...

menarik ni...

Syazni Rahim said...

menarik!

Mell said...

Kalau saya baca buku ni, mungkin akan baca dalam keadaan ketap-ketap gigi, sebab geram 😅

Qbal Ramlan said...

DuLu saya suka baca buku tau. but since dah kerja ni semua tak sempat nak usha mana mana publisher. But I love to read Triller novel macam ni same as well macam movie.

Thank for the review. Maybe I should try find some time to buy and read again

Kak Fas said...

Ini bukan jenis buku bacaan genre saya sbb mmg tak suka baca kisah psycho2 ni tapi siapa yg suka haruslah baca ... tentu thrill kan?

Atie Zieya said...

nice!!!!! suka gila kisah2 mcm ni

Rasyidah said...

Saya pulak bila nak baca novel tu first kena ada mood and bila ada masa lapang je.

Izaramli said...

Betul la. Cover dia memang menarik. Iza tengok pun rasa macam nak baca novel ni. Jalan cerita pun menarik jugak ni.

Ummi | Ummi Goes Where? said...

Sejak akhir2 ni memang saya banyak membaca genre crime thriller dan psychology thriller. Saya suka cerita yang membuat kita berfikir. Kadang2 sampai tak lena tidur selagi tak habis baca buku tu. Dan mmg mcm awak cakap la, bukan senang nak tulis cerita thriller dengan baik.

Kak Su said...

Kalau yang membaca memang tak akan stop selagi tak habis, ku bawa kemana mana jua haha

Cara Nak Target Audience DiFacebook Untuk Iklan FB Ad

Marina Bashah said...

Suka juga baca kisah menyiasat ni. Kalau baca mesti bayangkan sekali macam mana di dunia nyata

marsha said...

Best pula bila baca sinopsis ni. Marsha pun suka genre penyiasatan macam ni

Tekkaus said...

This is my kind of book with suspense, thriller and investigative nature. Would love to pick this up for my leisure reading. Besides the price is really affordable too.

Sis Lin said...

Dia punya jalan cerita sekali baca macam dalam drama gitu.. kalau baca dari mula mesti tak sabar nak tau penyudahnya...sebab jenis yang balas dendam ni kalau baca adi geram heheheh

Kitkat Nelfei said...

Menarik juga novel ni.. jalan cerita penuh suspen.. Kalau baca buku macam ni, memang satu bab lepas satu bab sebab nak tahu what's happen next kan. :)

Cik TK said...

Nice!! Favourite Cik TK baca jenis thriller psiko macam ni.. ada kesempatan bileh layan nanti!

Cuppy Cake said...

Thanks for sharing! Macam menarik je, would love to buy this for my friend! I bet she will like it!