Jualan FIXI 12.12 di Shopee - Jari Jemari Menari

Dec 18, 2020

Jualan FIXI 12.12 di Shopee


Assalamualaikum & Hi readers ❤️

Harini, ika nak share salah satu dari Book Haul Bulan 12. Rasanya, dah lama tak buat entry book haul sebab tak sempat. Sebelum 12.12 lagi, banyak publisher yang promote macam-macam tawaran menarik. Geram je tengok harga yang murah-murah yang dieorang tawarkan. FIXI pun tak terkecuali. Memandangkan ika dah lama tak beli buku FIXI. Ada beberapa buah yang ika dah aim. Bila tengok poster ada 90%, macam eh serius la?. Murah betul. 

To be honest, ika dah mula kurang membeli buku FIXI atas sebab-sebab tertentu melainkan kalau ika betul-betul rasa macam nak baca sangat. Then, ika prefer beli ebook dari physical book. Antara sebab sampingan ialah ika dah kekurangan space untuk simpan buku. Jadinya, sementara nak fikirkan cara nak banyakkan lagi ruangan menyimpan. Ika beli ebook dulu. Untuk 12.12 ni kita langgar! Nak letak mana? Fikir kemudian. Haha


Buku-buku baru yang dikeluarkan tahun ni pula dijual dengan harga RM 12. Dan ika rasa siapa yang menanti masa nak dapatkan koleksi Sayembara Musim 2, mesti dieorang beli masa sales haritu. And ada juga buku baru Philanthropist & Sumpah. Tapi, ika tak beli yang RM 12 tu. Ika beli yang ada diskaun 90% sebab ada beberapa buah lagi yang ika tak ada physical booknya. Jadi, ini peluang yang terbaik la. Sebab ada yang kata, tak ada cetakan lagi selepas ini kalau dah habis stok. 

Ada beberapa orang yang dm ika di IG yang cakap mereka hanya sempat grab beberapa buah saja sebab banyak yang dah sold out. Kebetulan, ika checkout masa pukul 8 pagi before pergi kerja. Jadi, masa tu memang semua buku available lagi. Sudahlah ada free shipping RM 12. Lepastu, boleh redeem coin lagi. Apa lagi yang nak kan. Puas hati sangat. 


Jumlah buku yang dibeli keseluruhannya ialah 11 buku. Tercheckout buku 2020: Anthology dua kali gais. So careless :( Sebab rasa macam dah okay dah rupanya teradd dua kali. Sebab before this pun memang plan nak beli so dah masuk cart siap-siap. Lepastu lupa. Haih. Tak pasti lagi samaada nak jual atau nak buat giveaway dengan buku extra tu. Kalau ada giveaway, inshaAllah akan ada la nanti di blog ini. 

  • Jepun 
  • Licik 
  • Kiub 
  • Dihantu 
  • 2020: An Anthology 
  • Hauri
  • Hero
  • Berang
  • Raka
  • Revolver 

Ini harga buku-bukunya! 




Terimakasih FIXI sebab jual murah-murah. Rata-rata peminat FIXI happy teruk sebab dapat beli buku baru dengan harga yang tak masuk akal. Cuba pergi tengok dekat twitter. FIXI retweet gambar dari pembeli. Kita pun jadi seronok tengok orang lain beli juga. Sama sama berhabis duit. Haha. Oh ya, siap bagi beg FIXI lagi. And apa yang boleh dipuji ialah buku dihantar dengan packaging yang sangat kemas dan secure. Bubble wrap pun bukan ala kadar je letaknya. Process order pun cepat. So no bad experience sepanjang pembelian dengan FIXI. Terus suskes dan keluarkan lagi buku-buku yang best. 

See you guys in my next entry. 

1 comment:

Sha Mohamed said...

Murah sangat tu.. memang berbaloi..