Design Hadiah Sendiri di Printcious ๐ŸŽ - Jari Jemari Menari

May 11, 2021

Design Hadiah Sendiri di Printcious ๐ŸŽ

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Bila kali terakhir kalian berikan atau belikan hadiah buat orang yang tersayang?. Kadang, kita bukannya taknak berikan sesuatu buat mereka. Cuma kita tiada idea dan paling bermasalah ialah sudah jemu dengan barangan yang ada di kedai. Citarasa kita semua mesti berbeza bila bercakap soal memilih hadiah kan. Apa kata kalini tukar selera dengan berikan sesuatu yang kalian customize sendiri di website Printcious,

Printcious merupakan satu website atau platform dimana kalian boleh customize hadiah dan idea kalian menjadi realiti. Disini mempunyai pelbagai jenis barangan yang boleh kalian pilih iaitu pakaian, kanvas, mug, kusyen, apron, beg, topi dan banyak lagi. Hadiah juga sesuai untuk lelaki dan perempuan. Jika kalian seorang yang straightforward dan tidak suka buang masa untuk mengodek website dan tengok apa yang Printcious ada. Kalian boleh terus pilih di bahagian peristiwa. Di sana, pemilihan hadiah sudah disediakan. 


Bulan 6 nanti kawan ika nak kahwin. Jadi, ika tengah mencari hadiah yang sesuai untuk dia. Lagi-lagi bila musim PKP ni. Ika pula tak dapat nak pergi ke majlis dia. Kita ganti dengan hadiah la sebagai ganti diri. Jadi, ika cadang untuk berikan dia samaada baju atau kanvas. Ika dah explore sendiri website Printcious ni dan ika rasa disini la paling sesuai untuk mencari hadiah. Entry kalini ika nak share cara untuk gunakan website Printcious step by step okay? 


1. Create Account 
Create Account - Login - Pilih Rekaan Anda Sendiri 


2. Rekaan Anda Sendiri - Pakaian 
Disini kalian akan nampak ada jenis design baju yang boleh dipilih. Untuk customize ada 4 jenis design. 
  • Basic T Shirt 
  • T Shirt Kanak-Kanak
  • T Shirt (Depan & Belakang)
  • Long Sleeve T Shirt 
Ada juga yang sudah ready dengan design dari Printcious. Yang ready made ni kalian boleh pilih warna dan size. Tak boleh tukar design. 




3. Pilih jenis Pakain - Size - Warna - Kuantiti - Reka Sekarang 
Kemudian, ini tipsnya. Pastikan kalian sudah letakkan image yang kalian mahu letakkan di baju dalam komputer/phone. Kemudian, klik Image & Upload. Adjust image di bahagian yang tersedia. Gambar kalian kena letak dalam kotak hijau. Gambar yang melebihi kotak hijau kemungkinan besar akan pecah. Dan tak cantik la kalau untuk diprint. Okay geng? Dan settle semuanya klik Selesai. 




6. Checkout dan masukkan maklumat kalian. Dah siap! :) Mudah bukan. 



Ika rasa platform ini memang patut dicuba oleh semua yang sedang memburu hadiah menarik. Tak perlu ke kedai untuk berikan design anda dan yang penting musim Covid ni rasanya kita semua kena kurangkan keluar tanpa sebarang kerja atau sebab. Semuanya boleh dilakukan melalui online. Di samping itu juga dapat menjimatkan masa, tenaga & minyak kereta kalian. Kan? Apa tunggu lagi. Boleh serbu sekarang sebab dengar cerita Printcious menyediakan banyak diskaun yang berbaloi! 

4 comments:

fairus said...

Menarik juga ni.. Sesuai untuk sesiapa yang nak menghadiahkan sesuatu yang unik pada seseorang.

Farrah MF said...

Akak suka buat personalised gifts kat Printcious. Banyak pilihan :)

Farhana Jafri said...

Mudah sangat buat gift dekat Printcious ni. Nanti nak try jugak lah

Atie Zieya said...

ok i wanna do this !