Temporary Mini Library 2021. - Jari Jemari Menari

Apr 22, 2021

Temporary Mini Library 2021.


 Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Ika pernah share pada tahun 2019, mini library ika.Klik Sini. Tapi lepas dari tu, ika tak update sebabnya ika sendiri tiada masa untuk buat apa-apa dekat mini library tu selain dari menambah buku. Haha. Kalau tak silap masa tu, ika still jaga arwah mak yang sakit dan lepas daritu, sibuk kerja and uruskan hal kahwin. Jadi memang terabai sebentar la mini library dalam bilik tu. 

Ika sebenarnya memang ada my own dream mini library. Kalau boleh nak rak besar atau rak yang penuh sampai ke atas, letak tangga. Boleh la fefeeling panjat tangga sebab nak cari buku. Lepastu nak ada sofa yang selesa. Kecil pun tak apa asalkan tak baca buku dekat atas katil. Sebab ending dia kadang tu ternganga tidur. Haha. 

Kualiti memang teruk sungguh gambar ni.Pening kepala nak adjust. Handphone pun buat hal sekarang haih. T.T

Lepas kahwin, ika ada suarakan dekat husband ika untuk buatkan ika at least satu ruangan tetap untuk letak semua buku. Sebab kalau korang nak tahu, ika suka ubah perabot. Setiap 6 bulan. Jenuh juga nak fikir habit macamtu. Tak stick in one place. Jadi, sepakat pilih ruangan di sebelah pintu masuk bilik. Gambar dekat atas merupakan mini library yang paling latest yang ika boleh usahakan untuk diri sendiri. Serius bersepah sebab lepas baca terus letak merata and dan tak ikut warna buku lansung. 

Nanti, inshaAllah. Ika tak janji bila tapi ika harap lagi sekali ika share mengenai mini library ika. Memang dah sepenuhnya menjadi apa yang ika betul-betul nak. Sebab sekarang , ika pakai apa ada. Cadang memang nak besarkan meja and cari kerusi selesa. Besarkan rak & tambah floating shelf. Plus, ika nak beli any Tab or maybe Ipad khas untuk baca ebook. Sebab ika rasa, ika seronok juga baca ebook sekarang :) 

Patut kutip derma kilat tak untuk beli rak baru haha. Okay jumpa lagi nanti dalam next entry oki! 

31 comments:

Tiara Sapphire said...

cantiknya mini library ika, dah banyak progress ni..hehe
dalam banyak2 port membaca katil juga yg paling selesa..haha

Rabiahtul adawiyah said...

cantiknya mini library kak

Atiqah Najihah said...

Cantikk dah mini library akak tuu, bersusun susun dah buku bahagian atas tuu, comel je susun ikut warna tag kan hehehe

ShirVen said...

semoga impian tu tercapai. salute dgn orang yang masih baca real book just like my girl.

fairus said...

Saya belum ada mini library.. Buku² banyak juga. Ada yang disimpan dalam kotak.

Syazni Rahim said...

sebagai seorang pengumpul buku, memang bahagia betul tengok gambar ni ika hehe

Isma Ismail said...

wowww cantiknyaaa mini library..selamat berpuasa

Sue said...

wow!

Atie Zieya said...

my friend pun buat mini library juga.. dia buat dekat bilik tetamu hehehe

Farrah MF said...

Semoga your dream mini library akan jadi nyata suatu hari nanti. Mini library Ika yang sekarang ni pun akak suka tengok. Nampak cozy and inviting 😊

Sha Mohamed said...

Cantik mini library Ika.. Seronok nak membaca nie..

Azhafizah MN said...

cantiknya mini library Ika. kemas dan sedap mata memandang. Rajin tu suka ubah ubah setiap 6 bulan sekali. Sesekali tukar mood kan, why not :)

Ruby said...

Hehehe. Memang impian jika hobi dan banyak masa suka membaca. Akak pun ada library sendiri. Sekali dengan bilik kerja. So nak reading, baca kat meja kerja. Pastu kalau nak mood balkoni berangin, akak membaca kat kerusi rocking chair. Kerusi enjut tu masa menyusu anak pun relax. Masa membaca pun relax sebab bleh bersila sekali. Semoga impian ika menjadi kenyataan. Minimalist adalah yang terbaik. Hehe.

khai artzfar said...

family khai pun ada mini library juga. so buku2 lama banyak dekat rumah tu especially mastika. kadang2 balik bosan tak tau buat apa baca je buku tu. mak pun kadang suka baca novel

Shafyqah Azahar said...

debooom lah mini library ika! suka tengok kemas je hehe

Hanny Abdullah said...

Nampak kemas je, nanti nak tunjuk anak supaya dia boleh jadikan contoh utk tempat letak buku dia, kalau tak..mcm tongkang karam

warda said...

oklah tu walaupun mini kan? nanti lama-lama akan jadi library besar pula.

Bae Roslan said...

bestnyaaa. i pun dream my own library at home. hope dapat realisasikan. cantik mini library awak

Siti Awadah said...

banyaknya buku. Kalah sis! memang betul suka membaca ni. kipidap!! suka tgk, kemas

Rawlins GLAM said...

Rawlins pun teringin nak ada satu ruangan untuk dijadikan my reading corner but for now, memadai dengan deretan rak ikea hehe

Marina Bashah said...

Wahhh banyaknye buku ika. Kemas dan cantik je mini library.rajin setiap 6 bulan susun atur balik

SalinaJohari said...

Moga hasrat Ika tercapai ya. Kalau rajin boleh DIY, so costing tu tak terlalu mahal cuma kena cari part masa nak buat tu.

Huda Halid said...

semoga tercapai nk upgrade mini library nanti. bagus sangat suka membaca buku..

AyuArjuna BiGoshh said...

Still kemas LAGI Tu.. suka tgk rumah org yg Ada banyak buki

Sis Lin said...

Samalah Sis, kat rumah ni ada mini library.. walau takde laa membeli buku selalu, yang ada tu semua buku ilmiah jer, so boleh baca bila rasa perlu..

Kitkat Nelfei said...

Wahhh, kemas dan sangat menarik ye Mini Library ni... nak baca pun semangat sikit kan.. yang belah atas tue cantik macam2 color coding.. :P

Fieza Sani said...

cantik mini library ika. kalau rumah besar, nak juga buat mini library camni, boleh letak novel2 akak.

Nina Mirza said...

Suka nya tengok mini library Ika. Cantik kemas tersusun! Kak nina pun suka baca buku tapi belum sampai nak buat library.

Wak Lat said...

beli perabot kat ikea senang nk ubah ikut citarasa.,
skrg ni ebook lagi mudah dan murah rasanya., ;p

Farhana Jafri said...

Cantik je lah gambar tu hihi. Tak sabar nak baca pasal mini library ika.

Admin said...

Terbaikk :D

- Kebaikan Bersenam
- Swimwear Muslimah
- Sport Attire