EBOOK REVIEW - TUAN BEN BY NURIFFA

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Harini, ika nak ulas satu ebook yang ika baca baru-baru ini. Pertama sekali, masa tengok tajuk dengan cover. Ika terus teringat pelakon Ben Amir. Tajuk pun Tuan Ben dan berambut panjang. Adalah penulis mendapat inspirasi untuk menulis cerita ini kerana imagine mengenai Ben Amir? Haha maybe but Idk. Hehe. Tapi, apa pun. Tiada masalah untuk mencari idea, ilham & inspirasi. Apa pun boleh jadi sumber untuk menulis. 

Pada asalnya, Asmara hanya ingin membantu rakannya (Dewi) untuk menjaga pesakit rakannya bernama Ben. Ben koma selama 6 bulan dan terlantar di rumah agamnya. Tugas Asmara hanya menjaga Tuan Ben. Namun. kehadirannya selama sehari itu telah membuatkan Tuan Ben yang selama ini tidur. Terjaga semula. Dan Tuan Ben, dia sedar dalam keadaan yang binggung. Yang pasti, dia mahu Asmara menjaganya sehingga dia sembuh.

Asmara juga binggung memikirkan kehendak Tuan Ben. Sepatutnya Dewi la yang lebih layak. Kerana itu pesakitnya. Tetapi, Asmara turutkaan juga sebab dia diugut oleh Tuan Ben. Asmara juga merasakan yang Tuan Ben, Mat & Wan Chek sangat misteri dan meragukan. Tindak tanduk mereka juga kelihatan seperti sangat berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara. Apa sebenarnya yang terjadi kepada Tuan Ben. Tanda parut di badan dan koma selama 6 bulan? Apa yang terjadi? 




Bergenre action romance. Saya boleh berikan kredit buat penulis kerana bukan senang nak menulis scene action. Untuk watak Ben. Saya rasa wataknya seakan-akan dikawal. Mungkin penulis ingin tampilkan sisi Ben yang tegas, king control & big boss. Tetapi, sisi itu seperti menyekat watak Ben ini untuk lebih menyerlah. Sedikit kaku bilamana Ben kena berhadapan dengan orang-orang jahat. Sedikit kekok. Tapi masih ada perubahan watak Ben dari jahat ke arah yang lebih baik. Tidak sepatutnya geram dekat orang lain, orang lain yang menjadi mangsa. Benda macamni, dalam realiti juga sepatutnya dielakkan. Malahan, tak payah ada perasaan macamtu lagi bagus. Aman hidup. 

Untuk watak Asmara. Seorang gadis yang turutkan apa saja kehendak majikan. Dari cara dia jaga Tuan Ben. Rasa macam Asmara sangat berdedikasi dalam pekerjaannya. Bertanggungjawab dan tahu apa yang dia lakukan. Watak Asmara ini, dia berikan warna untuk watak Ben. Jadi watak Ben tidaklah nampak layu. Asmara & Ben pun macam kurang part berkasih sayang. Tuan Ben lebih memilih untuk mendahulukan perasaan ego dan niat dia untuk membalas dendam. 

For me. Satu percubaan yang baik oleh penulis. Storyline yang menarik. Susunan yang teratur. Bahasanya juga okay. Cuma satulah. Rasa macam rushing sangat endingnya. Kalau benar ada sambungan untuk Tuan Ben ini. Saya setuju untuk sambungan tersebut sebab rasa macam dah happy ending. Cuma tak puas. Mungkin sebab watak Ben dah mula nampak perkembangan dan sisi dia yang lain. Apa pun. Good try penulis. ✌🏻 Saya akan mencari lagi karya penulis yang lain untuk dibaca. 

Kalian boleh dapatkan ebook Tuan Ben:- 


4 Komen

  1. wowwww.... klu dia buat drama, dah bole bygkan watak2 Tuan Ben ngan asmara tu ehhe

    ReplyDelete
  2. Selamat membaca dan semoga bermanfaat hendaknya

    ReplyDelete
  3. Cover dia pun macam ben amir. haha sekilas pandang boleh kenal :P

    Sedap nama waak perempuan tu Asmara.

    ReplyDelete
  4. Wahhh, Ika dah baca ya?

    Hehehe, penulis memang ilhamkan penampilan Tuan Ben ini dari Ben Amir jika tak silap, tang rambut je tapi.

    Dan, ada sambungannya, Tuan Ben 2 :)

    ReplyDelete