BOOK REVIEW - PUAKA KANTIN SEKOLAH BY KHAIRUL NIZAM KHAIRANI

 

 Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Kalau tak silap ika, ika ada terbaca di IG Penerbit X. Katanya, Siri Puaka Kantin Sekolah ini merupakah siri terakhir yang mereka akan keluarkan. Rasa sedih juga sebab ika selalu mengikuti perkembangan siri Puaka ni. Jika ada yang baru, ika tak akan lepaskan peluang untuk beli dan baca. Bukan sebab addicted dengan cerita hantu. Tapi, ika suka dengan konsep buku mereka. Nipis & sesuai dibaca untuk kembalikan mood yang mula merudum. Murah juga ya rakan-rakan sekalian. 

Sebelum ika ulas serba sedikit mengenai buku ini. Ika nak cakap untuk kesekian kalinya, yang ika sangat sukakan kulit buku yang mereka reka untuk setiap buku. Sangat eye catching. Tapi for those yang tak suka tengok benda macamni mungkin akan bencikan kulit buku ni dan sumpah seranah. Confirm! Sebab ika pernah terdengar ada orang menyumpah kulit buku Penerbit X masa dekat bookstore sebab dia terkejut haha. 

Jadi, jom kita ke ulasan Puaka Kantin Sekolah. Bismillah. 


"Kau tahu ke apa yang aku tulis dalam diari aku tu?' -Athirah 

Penulis: Khairul Nizam Khairani 
Penerbit: Penerbit X 
Harga: RM 10 (SM) / RM 12 (SS)
Tahun: 2021 
Mukasurat: 120 mukasurat

Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Athirah.Dia dipindahkan ke sekolah lain gara-gara membawa barang larangan iaitu sebuah diari. Dan diari tersebut dijumpai oleh sahabat baiknya (Mazwina)  sendiri yang merupakan seorang pengawas sekolah ketika melakukan spotcheck. Diari tersebut telah diserahkan kepada guru kaunseling dan isi kandungannya juga turut dibaca. Atas sebab isi kandungan diari tersebut yang mengejutkan, keputusan drastik dibuat keatas Athirah dan menurut cikgu Amran. Athirah perlu berjumpa dengan doktor. Apa yang berlaku sebenarnya? Dan apa isi kandungan diari Athirah itu. 

Sejujurnya saya rasa puas baca Puaka Kantin Sekolah ini sebab:-

 ▫️Penulis menerangkan banyak perkara secara terperinci dengan sangat baik. Seperti suasana sekeliling, kejadian misteri (kabus), latar tempat, mayat, makanan, perasaan dll. 

▫️Cara flashback yang digunakan penulis juga bagi saya okay. Tiada lansung istilah pening kepala dan serabut dengan flashback yang banyak. 

▫️Menimbulkan banyak tanda tanya kepada pembaca. Which is good sebab pembaca tak disua dengan cerita yang straightforward. Kena berfikir dan yang penting otak pembaca sentiasa berpusing-pusing memikirkan tentang perkara yang terjadi. Bayangkan aku puas fikir kenapalah Athirah kena pindah sekolah hanya disebabkan diari dia. Suka hatilah kan nak bawa diari ke apa ke. Haha aduh. 

 ▫️ Isu utama yang dibawa memang isu yang normal dan tiada yang istimewa namun perasaan dendam watak sangat unik berbanding yang pernah dibaca sebelum ini.Pengajaran utama yang boleh diambil sudah semestinya melibatkan isu buli di sekolah. Pembuli kena fikir panjang jika ada niat untuk membuli seseorang.Dengan perbuatan kita. Tanpa sedar, kita telah memberikan tekanan perasaan dan kekacaun emosi kepada orang tersebut. Malahan, akan timbul juga perasaan dendam walaupun sekelumiy. Jadi tolong hindarkan diri dari terjerumus dalam aktiviti tak bermoral ini.  

.▫️Tapi, ika rasa cikgu kaunseling (Cikgu Amran) Athirah selfish. Maaf cakap. Tapi, seolah-olah dia tak membantu Atihrah pun. Lagi menimbulkan masalah besar.

Athirah memonopoli keseluruhan jalan cerita di dalam Puaka Kantin Sekolah ini. Jangan bosan dengan Athirah kerana dia akan membawa kalian dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ika suka dengan feel ika ketika baca buku ini. Suspen. cemas dan penuh tanda tanya.



12 Komen

  1. sedihnya kalau dah last edition padahal best. Mungkin dah tak ada idea fresh nak dikembangkan dah kot ataupun nak rehat dari genre ni

    ReplyDelete
  2. Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

    ReplyDelete
  3. Lama dah tak beli novel untuk Dania. Memang dia minat baca novel siri seram. Dulu dia kumpul novel seram. Sekarang ni kena fokus belajar dulu.

    ReplyDelete
  4. lama jugak tak baca novel macam ni. kalau best and exciting, mesti ramai followers

    ReplyDelete
  5. Horror novels are not my kinda thing. But this book has an interesting title. Thank you for sharing your review. Take care.

    ReplyDelete
  6. hurm apa yg athirah tulis dalam diari tu sampai jadi isu besar kat sekolah. nampak menarik juga buku ni :)

    ReplyDelete
  7. Tgk harga novel.. eh not bad. Lately ni mmg sy suka membaca.. boleh dapatkan buku ni la . Nampak menarik

    ReplyDelete
  8. Ehhh dah lama tak baca buku genre camni. Kali terakhir akak baca masa zaman sekolah. Hehehehe. Nanti nak cari lah online. PKPD ni banyak membaca buku lebih bagus. Hehe.

    ReplyDelete
  9. Agak nak tau juga, apa kaitan kantin dengan murid sekolah tu.. cuma paling takut baca novel hantu, cite hantu tv tak pulak hahaha

    ReplyDelete
  10. ishh teringat zaman remaja dulu suka baca novel2 misteri macam ni. Anak2 sekarang suka baca anime jer. Zaman dah berubah kan. Tapi mungkin nak beli dan suruh diorang beli. Biar banyakkan membaca buku pelbagai genre supaya otak lebih kreatif.

    ReplyDelete
  11. thanks for your review for the book. its time to read more since we are at home nowadays

    ReplyDelete
  12. thank you sebab tolong review! boleh khai beli nanti sebab memang suka genre novel macam ini.at least kalau cari memng boleh terus dapatkan dia tanpa perlu curi-curi baca

    ReplyDelete