Movie Review - Red Notice (2021)

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️ 

Memandangkan semalam baru la dapat lepak dekat rumah. Jadi, kiteorang satu family decide untuk tengok movie lepas makan. So, movie yang kiteorang tengok semalam dekat Netflix ialah Red Notice. Kita layan dulu movie Top 10 dulu. Dan Red Notice No 1 dalam carta Top 10 tu. Rasa macam baru je tengok cerita Ryan Reynolds yang baru tajuk Free Guy. Alih-alih dia ada lagi movie baru. Haha. The Rock pun sama kot sebab baru layan Jungle Cruise. Masyuk sungguh ya. 

Semalam ada ternampak yang ada orang rate movie ni 1/5 kalau tak silap dekat twitter. Tapi nasib baik tengok dulu sebab lepas tengok baru nampak tweet tu. Okay, jom proceed. Bismillah. 



Sinopsis: Mengisahkan tentang Special Agent John Hartley (Dwayne Johnson) yang ditugaskan bersama dengan Interpol Agent untuk menyiasat satu kes kecurian barang purba. Barang purba itu ialah milik Celopatra pada 2000 tahun lalu yang berupa tiga biji telur berhias sebagai hadiah perkahwinan .Telur itu hilang mengikut peredaran masa dan pada masa kini, mereka perlu menangkap pencuri seni antarabangsa yang sangat mahir iaitu Booth ( Ryan Reynolds). Booth diburu oleh ramai orang dan hanya disebabkan satu kesilapan, John Hartley terperangkap dan terpaksa menghadap Booth demi mengumpulkan barang purba tersebut. 

Pelakon: Dwayne Johnson, Ryan Reynold, Gal Gadot, 
Tahun: 2021



Secara peribadi, ika enjoy tengok movie ni walaupun sebenarnya memang ada rasa macam untuk karakter The Rock dalam Red Notice ini seperti watak yang selalu dia lakonkan sebelum ni dalam movie yang lain. Sebab itu la kalau siapa yang nak tengok sisi lain The Rock, ini mungkin bukan movienya tapi kalau kalian nak tengok Red Notice berdasarkan storyline. Ika rasa no problem sebab ika enjoy dengan movie ni sebab storyline dia menarik. Untuk Ryan Reynolds seperti biasa, not bad lakonan dia. Best. Dan untuk Gal Gadot. Ika tak suka watak dia yang jenis kacau daun. Tapi, ika rasa dia bawa watak dia dengan baik dan suka tengok muka dia. Cantik <3 

Ika tak pasti dengan BT untuk RN ni tapi yang ika tahu ika enjoy dengan setiap tempat yang dibawa oleh cerita ni seperti Argentina, Bali dan sebagainya. Rasa macam dapat berjalan ke negara orang tapi dalam movie. Itu apa yang ika rasa la sebab kita mesti berlainan citarasa kan. Ika juga suka dengan unsur komedi dalam ni. Sebab ika gelak means kelakar. Kalau tak kelakar untuk orang lain ika anggap ika mudah terhibur. Haha. 

Hanya disebabkan 3 biji telur berhias, masing-masing pun gigih bersaing untuk dapatkan telur tu. Ada yang sampai sanggup tikam belakang, talam dua muka dan macam-macam lagi. Ada juga beberapa plot twist yang diselitkan which is okay good. Seronok juga main teka teki. Tapi untuk orang yang dah boleh predict apa babak seterusnya yang jadi, mungkin kalian akan rasa macam meh. Dah tahu dah la apa jadi. Boringnya. Sebab, adik & husbnad ika pun jenis macam mudah predict. Mungkin sebab dieorang dah selalu layan movie jenis macam ni. Tapi untuk ika yang jenis otak tu nak mudah taknak fikir panjang. Ika akan layan movie sampai habis tanpa gigih predict haha. 

Kalian boleh tengok di Netflix jika berminat. Maaf untuk ulasan yang ringkas ini. Ika bagi 3.5/5 bintang. Masih mengiburkan dan boleh dilayan. Bkukan kategori cerita sampah. Sebab masih ada sense of humor, action, and adventure. 



7 Komen

  1. Kalau dah boleh agak apa terjadi tulah yang boring sebab tu la kot tak banyak bintang

    ReplyDelete
  2. dah tgk dah ..ok la, not bad. byk action..

    ReplyDelete
  3. Macam nak balik layan la cita ni satgii .. harap boleh layan sampai habis haha

    ReplyDelete
  4. nak tengok juga ni nanti...tunggu husband free sikit

    ReplyDelete
  5. baru tengok separuh sebab tengok dekat office waktu lunchtime. so far ok je, Ryan Renold kelakar!

    ReplyDelete
  6. ha'ah 3 kali tengok baru habis sebab jalan cerita dia predictable sangat. Chemistry Ryan dengan The Rock pun tak berapa ada. Mungkin masing2 dah biasa solo so bila screentime selalu sama2, masing2 jadi tak beria sangat deliver watak tu

    ReplyDelete
  7. bolehla. jalan cerita menarik. saya rasa bosan tang watak-watak yang diorang bawak tu macam dah biasa kita tengok. takde kelainan. Ryan Reynolds banyak kali dah bawak watak annoying. Gal Gadot pun dah selalu bawak watak femme fatale. Watak the Rock tu pun cliche

    ReplyDelete