Ulasan E Book - Kisah Seram: FUNFAIR | Del Osmera (2021) - Jari Jemari Menari

Nov 10, 2021

Ulasan E Book - Kisah Seram: FUNFAIR | Del Osmera (2021)

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️ 

Buku pertama yang ika baca dari penulis ialah Meremang dari Buku Prima. Dan sampai sekarang, ika masih mengikuti perkembangan penulis. Dan kalini, ika memilih untuk membeli ebook terbaru dari Del Osmera yang bertajuk Kisah Seram: Funfair. Dengan harga yang sangat murah. Ika rasa ianya mampu milik dan inilah masanya untuk kita support penulis lokal. Kalau kalian berminat nak dapatkan ebook ini selepas membaca ulasan ringkas ika. Kalian boleh ke medsoc penulis. Ika akan sertakan nanti di akhir entry. 

Jom kita teruskan dengan ulasan ringkas Funfair. Bismillah.

Ebook ini mengingatkan ika suasana Funfair. Suasana yang suram ditambah pula dengan sedikit vibes seram dan lampu yang berwarna warni serta permainan yang menyeronokkkan. Dan penulis, dia berjaya letakkan gambaran tersebut. Antara petikan ayat yang ada di dalam ebook ini ialah:-

Langit sudah semakin jingga. Suasana juga semakin suram. -- page 2 

Seluruh kawasan funfair menjadi terangbenderang -- page 48

Muzik dari merry go round turut berkumandang mengisi suasana yang bingit dengan bunyi kilat, angin dan hujan. Permainan kuda yang sudah tidak berfungsi berpuluh-puluh tahun kini kembali rancak berpusing-pusing. -- page 49 & 50

 



Secara peribadi, ika sangat suka dengan tajuk dan sinopsis Funfair. Cuma ika rasa mungkin untuk penambahbaikkan, penulis boleh menyediakan cover ebook yang lebih cantik dan dari segi layout ebook. Ika rasa okay sahaja. Plain dan tidak fancy which is okay for me. Cuma ika rasa font yang dibold kan seperti kurang sesuai.Sedikit menganggu pembacaan. Ini hanya pendapat peribadi ika sahaja. Maaf jika ada salah silap. 

Funfair mengisahkan tentang sekumpulan pelajar sekolah bersama 2 orang guru ( Cikgu Hani & Cikgu Aris) dan seorang pemandu bas ( Abang Zack). Mereka dalam perjalanan ke tapak perkemahan dan telah sesat ke sebuah funfair yang terbiar. Kejadian misteri itu mengundang seribu satu pertanyaan di benak mereka. 

Menurut Abang Zack, enjin bas tidak dapat dihidupkan dan tayar juga pancit. Jadi mereka memerlukan bantuan mekanik. Bertambah malang lagi, line telefon juga tidak ada. Jadi Abang Zack bercangan untuk mencari mekanik keesokan harinya bersama Cikgu Aris memadangka hari pun sudah lewat. Para pelajar diminta untuk mendirikan khemah dan mereka akan bermalam di funfair terbiar itu. 

Nak dijadikan cerita, banyak kejadian misteri yang terjadi sepanjang mereka menerokai funfair tersebut dan bermalam di sana. Dan Cikgu Hani? Dia sendiri merasa runsing memikirkan apa yang terjadi dan juga kata-kata anak muridnya yang bernama Eva membuarkan Cikgu Hani jadi tidak senang duduk. Apa yang terjadi seterusnya kepada mereka? Berjayakah mereka keluar daripada Funfair tersebut?



  • Suka dengan pengolahan cerita Funfair. Simple but nice. Ending juga bukanlah ending yang mengecewakan. Ending yang sedih dan masih ada terselit plot twist. Tak terfikir pun yang endingnya jadi macam itu.  
  • Watak Eva yang dikatakan memiliki deria keenam sangat misteri perwatakannya. Dan ika harap watak Eva lebih menonjol lagi sebab bagi ika dia juga membuatkan jalan cerita ini mempunyai seri. 
  • Funfair yang terbiar masih mempunyai bekalan air?. Aneh tapi ika harap ada penjelasan kenapa ada bekalan air. Haha tapi begitulah. Tidak semua kejadian misteri mempunyai jawapan. 
  • Puas hati sangat dengan apa yang terjadi dekat Iskandar. Sebab itu memang balasan yang wajar untuk budak nakal macam dia. Supposely kawan-kawan dia pun kena benda yang sama. Baru sama adil. 
  • Benda tu memang suka menyamar jadi kawan-kawan Iskandar ya. Apa istimewanya budak berdua tu. Haha. Tapi part di mana di dalam bas tu memang terasa meremang ya. Diusiknya Cikgu Aris sebegitu rupa. Nasib baik Cikgu Aris kuat semangat kalau diri sendiri kena mahu pengsan atau lari tak cukup tanah. 

Kalau la ebook Funfair ini ingin dipanjangkan penulis. Ika memang sokong. Sebab ika rasa masih ada banyak lagi watak yang boleh dikembangkan. Especially Eva. Nak tahu juga apa sebenarnya yang dia nampak di Funfair itu, dia berkomunikasi dengan siapa, betul atau tidak dia mempunyai deria keenam atau betul ke kabar angin mengatakan dia sebenarnya attention seeker. Tapi, dalam masa yang sama ika juga okay kalau ebook ini sampai disini sahaja ceritanya. Sebab dah okay. Biasalah kerja nak demand je. Haha. 
Untuk penulis, Del Osmera / Ninie Othman. Teruskan menulis okay sebab awak memang berbakat. Oki!



1 comment:

Farhana Jafri said...

Mungkin bekalan air tu ilusi ataupun sebab funfair ni ada tangki air besar haha