Book Review - Miss Genius Matematik by Haryani Kamilan - Jari Jemari Menari

Jan 14, 2022

Book Review - Miss Genius Matematik by Haryani Kamilan

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

"Sebenarnya Matematik itu mudah dan menyeronokkan"

Siapa sini ada masalah dengan subjek Matematik?. Kiranya dia ada hubungan lovehate relationship dengan subjek tersebut. Angkat tangan please 🤚🏻 Kehidupan seharian kita memang memerlukan kita untuk sedikit sebanyak mempunyai pengetahuan pengiraan. Ika teringat masa zaman sekolah dulu. Subjek Matematik bukan subjek kesukaan ika. Ika sentiasa ada mindset yang kira-kira itu susah. 


Miss Genius Matematik ini mengisahkan tentang seorang budak perempuan bernama Lily. Dia baru sahaja pindah ke sekolah baru dan ditempatkan di kelas 4D. Perwatakan sombong Lily bersebab itu telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakan sekelasnya dan dia dijadikan bahan gosip beberapa orang pelajar. Namun, perkara itu tidak berlarutan. Hubungan baik mula terjalin apabila rakan sekelas Lily tahu yang Lily sangat pandai dalam subjek Matematik dan Lily dengan baik hati ingin membantu mereka untuk subjek itu. 


Namun, Lily juga ada kelemahan. Untuk subjek yang lain, dia tidak mendapat markah sebaik subjek Matematik dan tekanan dari ayahnya membuatkan Lily bertindak jauh sehinggakan dirinya dalam masalah besar. Apa yang terjadi sebenarnya? 



108 mukasurat | Haryani Kamilan | Bookiut | Nov 2021 | RM 10 

Apa agaknya input yang boleh diambil di dalam buku Miss Genius Matematik ini?

-Didikan yang terlalu keras dari parents juga akan memberikan tekanan luar biasa buat anak. Apatah lagi jika sudah meningkat usia. Masih tetap jua diberikan tekanan untuk cemerlang dalam setiap subjek. Manusia juga ada hadnya . Bukan sentiasa dalam posisi yang akan sentiasa melakukan yang terbaik. Ada masanya ada turun naik juga. 

" Jika ika di tempat Lily. Ika juga akan jadi runsing jika tidak boleh mendapat keputusan yang cemerlang dalam semua subjek. Apatah lagi, menjadi harapan keluarga. Tekanan yang diterima itu menyukarkan keadaan. Kita akan jadi tersekat dan sentiasa dalam mood stress. Kurang perhatian dari sudut ini juga akan menimbulkan perasaan kurang senang kepada anak-anak ketika belajar. "



- Yang salah tetap salah. Perbuatan Lily & Syafika memang salah sama sekali. Walaupun mereka berdua ada sebab tersendiri. Namun untuk berjaya, bukan itu jalan pintasnya. Dan Syafika, keterlaluan juga. Demi keuntungan, sanggup dia menjual dengan harga yang tingga. Sedangkan dia tahu perbuatannya itu salah dan memerangkap diri sendiri dan juga Lily. 

- Lily tidak kedekut ilmu. Satu sen pun dia tidak harapkan dari rakan-rakannya. Yang dia harapkan ialah kejayaan mereka bersama. 

Dalam buku ini turut diseleitkan beberapa tip buat pambaca Bookiut. Bagaimana untuk memupuk minat bagi subjek Matematik. Semua tips boleh diguna pakai dan bagus untuk dipratikan. Ika sangat rekomen buku Miss Genius Matematik ini untuk adik-adik tidak kira lelaki atau perempuan. Mana tahu lepas baca kisah Lily, adik-adik akan jatuh cinta dengan subjek Matematik lagi. 

1 comment:

Sha Mohamed said...

Wow.. nice.. tema matematik tu.. subjek paling tak gemor.. hehehe