Book Review - Elite Bunian Tragedi Sungai Kim Chi by Sabrina Ismail - Jari Jemari Menari

Jan 18, 2022

Book Review - Elite Bunian Tragedi Sungai Kim Chi by Sabrina Ismail


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️


Ika rasa ika dah jadi peminat setia buku-buku Bookiut. Hampir kesemua buku yang mereka keluarkan, ika tak lepaskan peluang untuk beli dan baca. Kalau ika yang dah besar ni pun boleh tertarik dengan buku-buku Bookiut sebab kulit buku yang cantik dan sinopsis yang best. Apatah lagi kanak-kanak :) Kan?. Ini bukanlah karya pertama under Bookiut yang ika baca dari penulis Sis Sabrina. Buku pertamanya iaitu Boba Girl memang best! Kena dapatkan geng. 


Kalau siapa yang tidak tahu. Elite Bunian Tragedi Sungai Kim Chi ini merupakan sekuel kepada Elite Bunian Api Bukit Tengkorak. Ika cadangkan untuk kalian beli buku yang pertama sebelum proceed untuk buku kedua ini sebab semuanya berkait. Dari segi jalan cerita, watak, dan juga latar tempat. Sekurang-kurangnya kalian akan dapat clear view mengenai keseluruhan cerita selepas baca kedua-dua buku.


Sejujurnya ketika ika baca Elite Bunian Api Bukit Tengkorak (1). Ika tertanya-tanya kenapa agaknya bukan watak Raed yang menjadi karakter yang ada di cover hadapan buku? Kenapa Rhu & Rose? Sedangkan mereka berdua hanya watak sampingan sahaja. Rupanya terjawab semuanya sekarang.  Ika suka dengan idea penulis untuk mengabungkan kedua -dua kulit buku menjadi satu. Menarik! Kalau dari mata kasar mungkin tidak nampak, tetapi jika dilihat secara terperinci kalian akan nampak nombor 2 di tepi perkataan bunian. 





Sabrina Ismail | 119 mukasurat | Bookiut | 2022 | RM 10 



Mengisahkan tentang seorang budak Daniel yang secara tiba-tiba hilang di Bukit Tengkorak. Kehilangan Daniel memberikan banyak spekulasi dan di antaranya ialah Daniel telah diculik/disorok oleh Bunian. Namun khabar angin yang tersebar itu tidak disenangi oleh Raed yang merupakan seorang Kadet Elite Bunian. Raed merasakan yang ada perkara yang lebih besar dari itu yang terjadi. Hal menjadi lebih rumit apabila Raed mendapat gambaran buruk tenatng apa yang akan terjadi kepada orang ramai dan juga Sungai Kim Chi. Bahan toksik akan mencemari sungai dan memudaratkan kesemuanya. 

Apa yang akan terjadi kepada Raed, Daniel, Sungai Kim Chi & orang ramai? Selamatkah mereka?


Ika suka dengan idea penulis yang masih mengekalkan tema alam sekitar. Ini merupakan salah satu perkara yang harus selalu diperingatkan sejak dari dulu lagi. Kerana alam sekitar perlu dihaga dengan baik untuk kita sentiasa menikmatinya. Perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawan akan memusnahkan segalanya. Banyak yang boleh dikupas jika berbincang soal alam. Sepanjang pembacaan, terasa seperti ada di dalam cerita ini sekali. Terasa sesak nafas seolah-olah diri ini ada di Sungai Kim Chi. Bahan toksik yang mencemarkan suungai telah membuatkan orang ramai merana. 




Kalini cerita Elite Bunian lebih banyak aksi. Lebih mengujakan dan menarik! Tak rugi duit kalian. Penulis berjaya membuatkan ika berimaginasi dengan baik. Setiap perkara diceritakan secara terperinci. Dialog juga mudah difahami dan jalan cerita yang tersusun. Kalian pasti tidak akan jangka akan dalang disebalik misi memusnahkan Sungai Kim Chi. Plot twist yang sesuai dengan jalan cerita. 
Ika memang rekomen buat pembaca yang baru berjinak-jinak ingin membaca, remaja dan juga orang dewasa. 

 

6 comments:

  1. wait I think I saw this somewhere

    ReplyDelete
  2. Wah.. dah keluar sambungan.. Nak kena cari juga ni..

    ReplyDelete
  3. Takut terbayang zaman muda remaja saya ahaks...

    ReplyDelete
  4. https://rasyidahsheresimpleblog.blogspot.com/2022/04/e-card-hari-raya-by-rasyidahsheresimple.html

    hai! jom join ga raya syidah last 14/5/2022 ini hehe

    ReplyDelete