Ulasan E book Review - Pantang Larang by Anuar Darwisy - Jari Jemari Menari

May 14, 2022

Ulasan E book Review - Pantang Larang by Anuar Darwisy


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️


Karya A Darwisy memang tidak menghampakan. Ika mula mengenali karya A Darwisy ketika membaca novel Gaun Berdarah. AD merupakan salah seorang dari penulis dalam buku tersebut. Dari situ, ika mula mengikuti perkembangan buku-buku baru dari penulis. Ebook ini sebenarnya dibaca pada tahun lepas. Tapi, ika baru perasan yang ika terlupa nak letak ulasan di blog. Jadi, ebook ini diberikan secara percuma oleh penulis sebelum Hari Raya 2021. Ika tak pasti kalau kalian boleh dapatkan lagi atau tidak ebook ini. Mungkin boleh direct tanya kpada penulis jika berminat. Sangat nipis. Dengan hanya 25 mukasurat, kalian dapat habiskan in one sitting sahaja. Bahasa yang digunakan penulis dari dulu sampai sekarang memang  kena dengan jiwa. 


Di sini, malam raya mereka bersembunyi. 


Pasang sumbu pelita api, 

Pelita api mana dapurnya,

Hilang saya disangka mati, 

Jika mati mana kuburnya? 


Mengisahkan tentang keluarga Baharom yang baru saja berpindah di Kampung Puris Nyiur. Si suami ditugaskan di tempat baru. Yang menjadi persoalan kepada mereka ialah penduduk kampung seolah-olah takut akan sesuatu dan berkelakuan aneh. Bagi orang perempuan, mereka tidak solat terawih di surau. Tiada nyalaan lampu pelita di sekitar rumah. Suasana sunyi sepi. Dan keluarga Bhaarom juga mendapat amaran dari Haji Semail. Kata Haji Semail, di kampung itu ada pantang larang yang perlu mereka ikut.


Tidak cukup dengan itu, Anak Baharom yang tidak puas hati akan perkara tersebut terus menayakan hal itu kepada anak Haji Semail. Apa yang didedahkan oleh kawan barunya itu sangat mengejutkan. Ada sebab rupanya kenapa semua penduduk seperti takutkan sesuatu dan mereka akur dengan pantang larang mengarut itu. Nak tahu kena baca sebab risau akan jadi spoiler.





Sejujurnya memang tak percaya yang AD mampu menghasilkan ebook yang paling nipis setakat ini. Walaupun nipis, ianya ringkas dan padat. Masih diselitkan pengajaran dan ceritanya juga boleh tahan menarik. Andai dapat dipanjangkan lagi mesti lagi menarik. Tak tahu bersyukur. Sudahlah percuma nak demanda lagi. Apa pun masih terasa mood seram itu. Kena pada tempatnya. Teruskan menulis dan menghasilkan lebih banyak lagi cerita seram yang berkualiti. Oh ya, AD ada buku bary bertajuk The Story Of Maria - Kaki Novel. Kalian boleh dapatkan di kedai buku berhampiran. 


Pengajaran: 

Beringat sebelum terjadi perkara yang tidak diingini. 

Jangan jadi manusia yang pengecut untuk mengaku salah. Yang salah tetap salah, 

1 comment: