Ulasan Buku - Siri Kru Paranormal Finale Jamuan Berdarah by Khairul Nizam Khairani - Jari Jemari Menari

Aug 9, 2023

Ulasan Buku - Siri Kru Paranormal Finale Jamuan Berdarah by Khairul Nizam Khairani

 


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥

Lama peram ulasan buku ke 12 Siri Kru Paranormal ini di draft. Antara sebab utama peram -- sedih :'(  Bayangkan setahun lebih mengikuti siri ini. Akhirnya sampai pengakhiran siri juga. Bukan satu jangka masa singkat ya. Sebenarnya, ika ada 2 orang buddy read untuk siri ini iaitu Aliya & Lysa. Jadi untuk buku terakhir, kami decide untuk sit together and baca. (boleh tengok video reading session di Tiktok & IG -- Click Here) .

Decision untuk baca bersama buku terakhir ialah keputusan yang sangat bijak. Bayangkan, buku ke 12 punya tak rilek. Banyak watak dari buku 1-11 yang ada dalam buku ni. So, selain membaca. Kami bincang & help each other untuk recall scene dan watak. Sangat membantu. Thanks juga untuk kalian berdua. Jom ke ulasan Jamuan Berdarah. 

Bismillah.



Sinopsis Ringkas 



Blog Aduka Puaka milik seorang blogger bernama Abang Syafiq telah mencetuskan tanda tanya apabila dia memuat naik sebuah cerita tentang kes kehilangan pengunjung sebuah pesta hiphop yang diadakan di Wisma Suria.  Mana tidaknya, Bangunan Wisma Suria itu dikatakan berpuaka. 

Tanpa berlenggah, Darina terus menyiasat. Dan apa yang mengejutkan. Siasatan itu membawa pada penemuan yang tidak disangka-sangka di tapak bangunan itu!. 

_______________________________________________________________

Kadang ika tak faham geng. Penulis boleh lagi ya masukkan watak-watak baru dalam buku terakhir. Kalau ika yang menulis. Ika mungkin tak berani ambil risiko tinggi untuk buat macamtu. Sebab? Takut watak baru yang ada diabaikan dan for what reason lagi yang penulis nak buat untuk lenyapkan watak contohnya. 

Tapi cuba teka -- buku ke 12 ini penulis secara bijaknya twistkan semua watak yang ada. Dia petik macam tu saja. Pengakhirnya yang memuaskan bagi kesemua watak. Sangat fast paced. Dan betubi-tubi penulis menjawab soalan-soalan yang ada di siri sebelum ini. Dengan jayanya penulis huraikan kelogikkan di sebalik semua yang berlaku. Buku Keranda Terbang & Kolam Dewa ialah klimaks Kru Paranormal. Diberitahu oleh pihak penerbit. 2 siri ini memang banyak mengimbau asal usul kewujudan Baphomet. 




Penulis: Khairul Nizam Khairani 
Penerbit: Penerbit X 
Tahun: 2023
Mukasurat: 155m/s
Harga: RM 12(SM) / RM 14(SS) 

Feel ke tak buku ni? - Feel banget (Gore, Thrill & Horror). Ko nak tunggang terbalik punya feel pun ada haha. Banyak scene berdarah dalam ni. Ada juga seram seram sejuk especially dekat Bangunan Wisma Suria. Boleh pula bermain-main macamtu. Dan kemuncaknya memang banyak scene gila (jamuan). Memang kena la dengan tajuk cerita.

Pokok pangkalnya, cerita ini memang intipatinya ialah Ajaran Sesat, Kehidupan Abadi, Ilmu Hitam, Khianat & Dendam. 


Kalau boleh setiap m/s nak tabbing haha :') 


Rekomen siri Kru Paranormal ini buat kalian yang mencari bahan bacaan seram nipis yang best 👍🏻 Yang penting ada pengisian dan mindblowing. Berikan peluang buat buku seram lokal. Kita juga ada cerita yang menarik untuk dibaca. Saya cadangkan kalian beli terus 12 buku dan marathon haha. Jangan skip satu siri. Sebab confirm lost ‼️ Ini memang tak dinafikan lagi. Kalau rajin nak bermind map lagi bagus haha. So boleh la kalian connect dot dot dengan senang.

Tahniah buat semua yang terlibat dengan siri ini ! You guys the best. Akhir kata, terimakasih banyak ika ucapkan buat Imprint Penerbit X atas kesudiaan kalian bekerjasama dengan ika. Juga untuk ruang dan peluang menjadi pembaca siri ini. Hopefully, in future kita dapat bekerjasama lagi. 






2 comments:

Sha Mohamed said...

Stuck dekat buku no 6.. Nak baca yang lain-lain tu tapi stress sebab tak boleh nak review dekat GR..

Mak Lin said...

Baca sinopsis pun je dah suspend, kena masuk dalam reading list ni. Thanks for sharing Ika :)