Ulasan Buku - Miss Princess Bodyguard by Alam Anuar - Jari Jemari Menari

Aug 1, 2023

Ulasan Buku - Miss Princess Bodyguard by Alam Anuar


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Sebelum ini, ika ada letakkan ulasan untuk buku Miss Princess Hanbok by Alam Anuar . Kalini, penulis telah mengeluarkan satu lagi siri Princess iaitu Miss Princess Bodyguard pula. Nampaknya, penulis memang tak lari dari konsep yang dibawanya iaitu dengan meletakkan negara Korea sebagai main place. Thankyou so much Imprint Bookiut untuk naskah ini. So jom ke ulasan. 


Bismillah. 


Perasaan membuak-buak yang ada dalam diri Puteri Tiara Elegana Raja Kcaka V untuk keluar dari pulau diraja Wantuseom untuk melihat dunia luar semakin membara-bara apabila Puteri Tiara mengetahui Negara Wantuseom akan berurusan dengan negara luar. 


"Bagus! Peluang untuk beta keluar dari istana dan jelajah dunia asing" 


Maka, demi mencapai kemahuannya itu. Puteri Tiara bersama dengan pengawal peribadinya iaitu Olga melarikan diri dari istana. Namun, malang tidak berbau. Mereka berdua tersalah naik kapal !! Yang mereka naiki itu ialah kapal kargo -- berlabuh di Pulau Jeju -- bakal menghadapi ribut taufan. Apakah nasib yang akan menimpa Puteri Tiara & Olga?. 


PenulisAlam Anuar

PenerbitBookiut

Tahun: 2023

Mukasurat: 128 m/s

Harga: RM 12 (SM) / RM 10 (SS)


Sebuah cerita pengembaraan yang penuh dengan liku-liku & perasaan teruja. Bayangkan seorang manusia yang hidup terkurung dari kecil. Keluar dari kepompong dan bebas menjelajahi pelbagai tempat, menikmati keindahan alam, berjumpa dengan ramai orang & melakukan aktiviti yang tidak pernah dilakukannya. Puteri Tiara memang keluar dari comfort zone beliau 🔥. !!


Tambahan pula, ditemani oleh seorang bodyguard yang serba boleh seperti Olga. Puteri Tiara dalam keadaan yang selamat. Perkenalan antara mereka dengan Najat sekeluarga menjadi bertambah menarik. Disitu bermula penjelajahan sebenar (Pulau Jeju) Puteri Tiara. Olga mengalami kecederaan dalam misi jelajah mereka & tanggungjawab menjaga Puteri Tiara diberikan pada Najat. Tapi, banyak perkara yang tidak diingini terjadi.



Banyak info menarik, kosa kata baru, pengenalan tentang tempat di Korea dan lain-lain dalam buku ini. Storyline tersusun. Penulis sehabis baik memasukkan info (fakta) tersebut tanpa menganggu jalan sebenar cerita. Cuma saya kira bila terlalu banyak info. Jadi sedikit sarat. Tapi tidaklah mencacatkan. Kita yang panik bila Puteri Tiara dalam bahaya.


For those yang suka dengan cerita pengembaraan di Korea. Sila dapatkan buku Miss Princess Bodyguard okay? Dan kalau ditanya ada atau tidak kaitan dengan Miss Princess Hanbok. Jawapannya ialah tidak sama sekali. Beli la kedua-duanya tau :) 








1 comment:

Sha Mohamed said...

Menarik.. masuk list dulu..