Shopee Memperkasa Lebih 100,000 Usahawan Tempatan Baharu pada Tahun 2024 - Jari Jemari Menari

Sep 17, 2024

Shopee Memperkasa Lebih 100,000 Usahawan Tempatan Baharu pada Tahun 2024

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Kajian ‘Sayangi Malaysia, Jom Rai Lokal 2024’ oleh Shopee mendedahkan pencapaian penting dalam landskap

e-dagang Malaysia: lebih 100,000 usahawan telah menyertai ekosistem Shopee pada tahun 2024. Peningkatan ketara ini menunjukkan penerimaan yang semakin meningkat terhadap e-dagang sebagai model

perniagaan yang penting dan mampan dalam pasaran digital yang semakin pesat.




“Peningkatan penyertaan ke platform kami pada tahun ini menunjukkan usahawan tempatan semakin terbuka

dengan peluang digital. Shopee kekal komited untuk menyediakan perniagaan tempatan dengan sumber penting

termasuk program Penyelesaian Pemasaran Affiliate, perkhidmatan logistik pihak ketiga, dan Shopee Live untuk berkembang maju dalam landskap e-dagang yang

kompetitif. Kami berbangga memainkan peranan dalam perjalanan perniagaan tempatan untuk meluaskan

jangkauan, mengoptimumkan operasi, dan mencapai pertumbuhan dalam ekonomi yang sentiasa berubah ini,” kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia.


Shopee Live telah muncul sebagai instrumen penting buat usahawan tempatan, dengan peningkatan 113% penjual

baharu yang menjalankan penstriman langsung pada tahun 2024. Peningkatan ini menunjukkan kepentingan

Shopee

Live sebagai platform pilihan utama rakyat Malaysia untuk perdagangan secara langsung. Penjual tempatan

mengiktiraf ciri interaktif Shopee Live yang memudahkan mereka untuk berinteraksi secara langsung dengan pelanggan lalu  membolehkan mereka membina hubungan yang lebih kukuh dan berkekalan. Kemudahan untuk menggunakan platform in dengan mekanisme maklum balas secara langsung terbukti penting untuk membantu perniagaan menonjol dalam pasaran yang kompetitif, mencipta hubungan bermakna dengan pelanggan, dan mencapai penonton dari seluruh negara. Penggunaan Shopee Live sebagai strategi perniagaan utama dapat dilihat dengan lebih daripada 1.4 juta penstriman langsung dijalankan oleh penjual tempatan dengan 27 juta komen unik dari pelanggan diterima pada tahun ini.


PetalsMalaysia, jenama penjagaan rambut dari Selangor menyertai Shopee pada tahun 2021 untuk menawarkan produk Buatan

Malaysia lestari yang mesra wudhu’ dan disesuaikan dengan citarasa tempatan. Sebelum menyertai Shopee,

kehadiran pasaran mereka terhad kepada kedai runcit. "Shopee memberikan akses luas kepada khalayak dalam

talian dan dengan ketara memperluaskan jangkauan pasaran kami," kata Khairul Azman, Pengasas Petals Malaysia.

"Shopee Live juga telah mengubah cara kami berinteraksi dengan pelanggan. Melalui strim langsung, kami

berinteraksi dan menjawab soalan mereka secara langsung, dan mempamerkan produk kami dengan lebih berkesan

. Interaksi mudah dan pantas ini membina kepercayaan dan mendorong pembelian. Kami juga menggunakan ciri

‘polls’ dan sesi soal jawab untuk menggalakkan keterlibatan penonton, mengumpul maklum balas, dan

mempertingkatkan pengalaman membeli-belah secara keseluruhan." Petals telah menjual lebih 26,000 unit

syampu pewarna rambut halal,  ‘Hair Color Shampoo’ yang menjadi produk terlaris mereka sejak tahun 2021.


Kajian ini juga mengetengahkan peningkatan sebanyak 65% penjual Shopee Live dari Pantai Timur

yang mencerminkan kejayaan platform ini dalam membantu perniagaan tempatan meluaskan jangkauan mereka

ke seluruh negara. Ini juga menunjukkan komitmen Shopee untuk membantu usahawan terutamanya dari kawasan

luar bandar untuk berkembang dalam e-dagang. Penjual dari Pantai Timur menggunakan Shopee Live untuk

membina kesetiaan jenama dan memperkasakan hubungan dengan pelanggan yang membantu platform ini

mewujudkan lebih banyak peluang buat usahawan lain di seluruh Malaysia.


500 perusahaan tempatan cemerlang di Shopee telah mencapai purata pertumbuhan tahun-ke-tahun

sebanyak 50% pada tahun 2024, menunjukkan keberkesanan platform ini dalam memacu perkembangan perniagaan. Kejayaan ini menyerlahkan


kekuatan ekosistem Shopee dan peranannya dalam membantu penjual berinovasi dan berkembang. Kajian ‘Sayangi

Malaysia, Jom Rai Lokal 2024’ juga menunjukkan komitmen Shopee dalam menyokong perniagaan tempatan dan

memajukan ekonomi digital. Shopee kekal menjadi rakan penting perniagaan tempatan, menawarkan alat dan

perkhidmatan perniagaan untuk membantu penjual tempatan mencapai kejayaan baharu.

No comments: