Ulasan Buku - Rindu Sekali Lagi by Fir Davelle - Jari Jemari Menari ♡

Nov 17, 2026

Ulasan Buku - Rindu Sekali Lagi by Fir Davelle


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian 𓍯𓂃


Aileen membawa diri selepas direject oleh Habib. Ya, dia luahkan perasaan tapi Habib awal lagi dah siap sedia penghadang. Ada sebab kenapa Habib tolak cinta Aileen. Dan sejak kejadian itu, Aileen terus melangkah untuk membina masa depanya sendiri.

After 3 years -- ceritanya mereka bertemu semula. Dan apa yang jadi seterusnya?

Rindu Sekali Lagi menampilkan dua karakter yang ada age gap yang agak jauh. Aileen (20 tahun) & Habib (35 tahun). For me, satu usia yang tidak begitu seimbang. Tetapi tak ada benda yang mustahil dalam dunia ini. Ketidakseimbangan umur tu boleh tolak tepi selagi mana ada give and take dalam relationship, willing to learn, tidak meletakkan ego at first place if anything happen dll. Both of them senang cool. Dan saya nampak Habib main peranan penting untuk tone down kepanasan dalam ship mereka. Maybe sebab dia berusia. So dia boleh kawal keadaan (kawal yang baik).

Bacaan light reading. Nak kata ada konflik besar pun. Konflik itu cuma sedikit saja. Tak stress sangat. Main tarik tali is normal (scene selepas 3 tahun). Cumanya saya rasa nak dekat hujung cerita rasa macam compact sangat. Penulis keep on bagi dan bagi nonstop. Tak sempat nak bernafas. And karakter lalat dalam ni yang tak sempat nak hinggap lama sebab penulis cepat-cepat halau.




And saya actually nak highlight something dalam buku ni. Saya suka macam mana Aileen tidak melayan mak tiri dia macam mak tiri. Dia terima baik orang yang menjaga dia selepas kematian ibu kandung. Dan mak tiri Aileen pun kena dipuji juga sebab dia tahu dia ada kekurangan. Jadi dia always nak yang terbaik untuk Aileen. Rasa macam nak menangis baca scene mak tiri dia tacing sebab Aileen tak setuju dengan apa yang dia utarakan. :(

Oh ya, saya happy penulis sediakan kamus untuk slang klate yang penulis gunakan dalam buku ini. Saya dengan slang klate tak member. Tapi slang klate dalam ni bagi saya basic one. Tapi nak mudahkan lagi pembacaan maybe boleh letak di bawah sekali. Kalau nak flip flip ni dia macam leceh sikit. Hshs saya auto faham la bahasa klate sebab punyalah malas nak flip.



Congrats @fi_davelle untuk buku debut awak <3

No comments: