Jari Jemari Menari ♡

Mar 22, 2021

BOOK REVIEW : DENDAM RATU ULAR BY ANNUR SHANANA

7:07 AM 14
BOOK REVIEW : DENDAM RATU ULAR BY ANNUR SHANANA

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Lama rasanya ika tak baca bergenre seram.Jadi, ika pilih untuk baca Dendam Ratu Ular sebab nampak menarik. Kebetulan memang buku ini pun sudah lama dibeli dan tak bersentuh lagi. Jadi, marilah kita habiskan TBR yang sedia ada sebelum kita beli lagi. Haha. Seingat ika, ika beli buku ni semasa Pesta Buku yang pernah diadakan suatu ketika dahulu. Buku ini ketika itu cumalah RM 1 sahaja. Jauh berbeza dengan harga yang asal. 

Tak pasti sama ada buku ini sudah ada kulit baru. Tetapi bagi ika. Cover buku ini terlalu simple dan bahagian mata itu memang nampak misteri tetapi belum cukup untuk membuatkan aura seram itu datang. Kena baca isi baru boleh rasa. Jika sudah ada cover baru ika harap cover gempak :) 


Mengisahkan tentang Kaira, seorang gadis kampung yang cacat dan hodoh. Ketidaksempurnaan Kaira telah menjadi bahan ejekan orang kampung. Kaira duduk bersama neneknya, Nek Lijah setelah ditinggalkan ibunya ketika dia masih bayi dan ayahnya telah meninggal sebelum dia dilahirkan. Atas sebab itu, ibunya menyalahkan Kaira kerana sial Kaira itulah yang menjadi punca kematian suaminya.

Dalam masa yang sama, Kalsum yang sudah lama berdendam dengan ibu Kaira telah membuat satu rancangan jahat untuk menghapuskan keluarga musuhnya. Diupahnya Daud untuk membakar rumah Kaira. Dan akibat dari itu, Nek Lijah menjadi korban dan Kaira automatik hidup sebatang kara.

Dia yang sedih akan nasib yang menimpa dirinya telah membawa diri ke dalam hutan dan disitu dia telah terjumpa satu perigi. Kaira telah berjumpa dengan Raja Ular dan Raja Ular menawarkan sesuatu yang Kaira inginkan selama ini. Tetapi Kaira harus menjadi ibu kepada anak Raja Ular itu dan apa yang Kaira inginkan akan tertunai. Dan ada syarat yang perlu Kaira ikut. Jika tidak buruk padahnya.

For me personally, saya suka baca DRU ini sebab jarang-jarang haiwan dijadikan cerita. Permulaan cerita yang baik oleh penulis sebab itu saya teruskan membaca sebab rasa selesa dengan gaya bahasa penulis yang santai dan tidak berat. Banyak pengajaran yang kita boleh dapat di dalam buku ini. Dan kita boleh jadikan pengajaran dan refleks diri jua.

• Dendam itu boleh memusnahkan diri.
• Permainan syaitan itu sentiasa ada! Membuatkan hidup manusia ini bergelora jika tidak kuat imannya.
• Percaya dengan takdir Tuhan.
• Percaya dengan Qada & Qadar
• Jangan jadikan benda syirik sebagai kawan kita. Hanya disebabkan nafsu semata mata mungkin akan mendatangkan banyak kesusahkan kelak. #ikareviewbuku

Mar 21, 2021

Skincare Terbaru dari Cosmoderm | Skin.Lab Perfect Balanced

6:43 PM 1
Skincare Terbaru dari Cosmoderm | Skin.Lab Perfect Balanced

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Harini, ika nak share satu skincare baru keluaran Cosmoderm. Sebelum ini mereka ada skincare berformulasikan green tea. Kalini, serius menarik perhatian sebab skincare baru ni berwarna pink. Siapa suka warna pink mesti akan fall in love dengan packaging Cosmoderm Perfect Balanced ni.

Secara jujurnya, ika masih mencari skincare yang sesuai dengan kulit ika. Sebab, ika ada kulit yang sangat sensitif dan bukan semua produk sesuai. Jadi, sudah banyak percubaan untuk mencari yang okay. Ada skincare yang ika pakai tiada kesan namun bila sudah lama dipakai, masih sama tiada perubahan yang ketara. Itu juga menjadi masalah untuk ika. 

Sudah semestinya, ika mengharapkan ada perubahan pada kulit muka. Sekurang-kurangnya kulit nampak lebih sihat dari sebelumnya. Kan? Jadi, bila Cosmoderm melancarkan produk baru mereka ini. Ika rasa apa salahnya kalau ika cuba. Mana tahu kalau ianya sesuai dengan ika. Apa kata kita explore satu persatu produk baru mereka ini. Jom. 

Bismillah. 


Ada 4 produk kesemuanya iaitu:- 

  • Foaming Cleanser (RM 29.90)
  • Toning Lotion (RM 45.90
  • Soothing WOW Cream (RM 65
  • Sun Milk SPF25PA ++ (RM 65)
Semuanya bebas dari Paraben, Fragrance, Artificial Colorant dan untuk Cleanser tambahan satu lagi iaitu SLS/SLES. Sudah semestinya, dermatologically tested. Mempunyai Prebiotic + Calamine. 

Prebiotic: A food to Probiotic (good bacteria) in our skin & body. It helps to balance skin's microbiome to avoid redness and improves in radiances & comfort of skin due to restructuring, nourishing & soothing effect. 
Calamine: A well known ingredients for its benefits such as treating eczema & psoriasis by easing skin irritation, itchiness. It reduce skin oiliness, soothes redness & sunburn. 



Foaming Cleanser 

Ika gunakan foaming cleanser ini setiap pagi & malam. Teksturnya agak pekat dan tebal. Seperti yang diperkatakan, memang tiada bau yang tidak menyenangkan. Kulit ika boleh terima cleanser ini kerana setelah ika cuci muka. Muka terasa lebih segar dan tidak tegang. Selunya ika akan rasa macam tak selesa, tapi yang ini okay. 


Toning Lotion

Sebelum gunakan toning lotion ini. Sila goncang dulu okay geng. Selepas kita basuh muka. Kita akan apply toning lotion ini pula. Caranya pun mudah. Tak perlu cotton pad. Letakkan sedikit di telapak tangan dan terus dap dap di keseluruhan muka. Ika suka toning lotion ni sebab kulit ika rasa macam kulit baby. Haha perasan ya. Tapi dia macam melembapkan kulit ika. 


Soothing WOW Cream 

Seterusnya ialah Soothing Wow Cream. Okay, memang wow sangat yang ini sebab ika rasa bila ika pakai di muka & leher. Ika rasa macam pakai primer makeup. Siapa sini pakai primer sebelum makeup? Kan selalunya kita akan rasa macam kulit tu smooth je kan. Begitulah untuk produk Cosmoderm yang ini. Rasa sangat smooth. Dan nama nya pun Soothing Wow Cream kan. Ada pump ya. Mudah sangat. Kita boleh adjust berapa pump yang kita nak. Teksturnya lembut dan tak melekit. Ika rasa siapa yang bekerja dan duduk di tempat yang ada aircond memang sesuai pakai untuk elakkan kulit kering. 
Cara pemakaian pun mudah. Sapu di kawasan muka & leher. Apply pagi & petang. Ini juga kesukaan ika :) 


Sun Milk SPF25PA++

Dan yang terakhir ialah Sun Milk SPF25PA++. Ini ialah sun screen. Tahu kan yang kita perlu pakai sunscreen walaupun kita duduk di rumah sekalipun. Ini juga step penting dalam penjagaan kulit. Sama juga seperti Soothing Wow Cream, ianya datang dalam bentuk pump. Sangat mudah. Cara nak apply ialah letakkan produk di dua jari anda. Ikut panjang jari ya. Itu yang ika baca di internet. Ika follow saja. Kalau salah, minta maaf geng. 

Produk Cosmoderm Perfect Balanced ini sudah pun ada di drug store dan online Jadi kalian boleh dapatkan untuk mencuba :) Untuk ika, ika sukakan range skincare baru dari Cosmoderm ini. Walaupun bagi ika ianya sedikir pricey tetapi kalau sesuai dengan kulit. Why not spent kan duit untuk dapatkan kulit wajah yang sihat dan baik. Kan. Dari awal ini lah kita kena jaga kulit kita. 

Semoga entry ini meberi sedikit manfaat buat kalian. Maaf jika ada yang tersalah dalam entry ini. Sebab ini merupakan pengalaman ika sendiri mencuba produk Cosmoderm ini. Ika bukan beauty consultant atau apa apa yang berkaitan. Ika hanyalah seorang manusia yang suka share. 


Mar 10, 2021

BOOK REVIEW - MALAIKAT BERTALI LEHER BY AMIRUL AZMEER ASMADI

7:21 AM 4
BOOK REVIEW - MALAIKAT BERTALI LEHER BY AMIRUL AZMEER ASMADI


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️️



Selamat Hari Rabu buat semuanya. Semoga kalian berada dalam keadaan yang sihat sejahtera hendaknya. Permulaan bulan Mac ini, ika mulakan dengan membaca buku bertajuk Malaikat Bertali Leher dari penulis Amirul Azmeer Asmadi. Ini merupakan buku yang ke 21 pada tahun ini. Struggle is real sebab kekangan waktu dan mood selalu kelaut membuatkan ika sometimes take time untuk habiskan sebuah buku. Ulasan untuk MBL ini berkemungkinan akan jadi panjang sedikit dari kebiasaan, tetapi ika janji ika akan highlightkan benda-benda yang best dan menarik saja.  

Buku keluaran Puteh Press ini, menghimpunkan kisah-kisah benar, anekdot tentang orang-orang biasa yang membuat kebaikan, yang tidak mengharapkan balasan. 

"Tidak perlu tunggu jadi baik untuk membuat kebaikan kerana siapa-siapa sahaja mampu berbuat baik. Usah ditunggu malaikat turun membawa kebaikan, kerana di dalam jiwa kita sudah ada malaikat yang terpendam"

Penerbit: Puteh Press

Tahun: 2020

Muka Surat: 274 muka surat 

Harga: RM 20 (SM) / RM 22 (SM) 

Format: Paperback & Ebook

Pada mulanya, ika tiada expectation untuk buku ini, cuma ika harap buku ini menepati citarasa ika dan ika akan berjaya habiskan buku ini dengan perasaan yang sangat happy. Ternyata, baru sahaja baca mukadimah dari penulis sudah memberikan satu persepsi yang sangat baik terhadap buku ini. 

Dengan harga yang mampu milik, kalian akan dapat himpunan cerita yang dapat memberikan kalian manfaat yang banyak. Ika akui, ika kurang membaca buku non fiksyen. Sebab, ika risau jika tidak menepati citarasa ika, buku itu akan terbengkalai atau lambat dihabiskan. Rasa rugi. Tapi yang ini, ika rasa berbaloi. 

Buku ini mempunyai 81 bab dan 20 bab bonus. Di mana kalian jangan khuatir. Walaupun ianya mencecah 100 bab. Tetapi, ia hanya cerita ringkas yang padat dan penuh dengan pengajaran. Penulis menceritakan peristiwa yang menarik terjadi sepanjang penulis di bumi Mesir. Negara yang selalu dimomokkan sebagai tempat yang penuh dengan perkara buruk dan negatif. Setiap bab di dalam MBL ini bermakna. Seronok bila dapat baca pengalaman seseorang itu mengembara di negara orang. Kita turut rasa seperti kita dibawa sekali menjelajah ke sana. 

Ika tidak rasa rugi atau menyesal sama sekali membaca buku ini kerana ini merupakan salah satu buku yang patut dibaca oleh semua pembaca kerana ia dapat membuka mata, hati, jiwa & minda kita terhadap orang lain dan perkara yang terjadi. Apa agaknya persepsi mereka terhadap kita atau orang lain yang berkelana di negara mereka. Baik atau burukkah persepsinya? Bagaimana pula dengan budaya mereka? Menarik untuk kita tahu semua ini. 

Gaya bahasa penulis yang santai dan straight to the point membuatkan kita tak terasa seperti membaca 100 bab. Malah, terasa seperti ingin baca lebih lagi. Puas yang tidak puas. Bagaimana tu?. Saya sendiri pun tidak pasti dengan istilah ciptaan saya itu. 

Secara keseluruhannya, ika sangat sukakan buku ini. Tiada apa yang tidak okay pada pandangan ika Sesuai 

Gaya bahasa penulis yang santai dan straight to the point membuatkan kita tak terasa seperti membaca 100 bab. Malah, terasa seperti ingin lebih lagi. Puas yang tidak puas. Bagaimana tu? Saya sendiri pun tidak pasti dengan istilah ciptaan saya itu.

Secara keseluruhannya, ika sangat sukakan buku ini. Tiada apa yang tidak okay pada pandangan ika. Sesuai dibaca buat sesiapa yang tidak suka baca cerita yang panjang meleret. Yang terus bercerita tentang apa yang ingin diceritakan. Tahniah buat penulis saudara Amirul Azmeer Asmadi. #ikareviewbuku



 

MOVIE REVIEW - THE GIRL ON THE TRAIN (2021)

7:17 AM 16
MOVIE REVIEW - THE GIRL ON THE TRAIN (2021)


 Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️️

Harini, ika nak share latest movie yang ika tengok dekat Netflix semalam. Sebenarnya, ika tau yang The Girl On The Train ni asalnya dari sebuah buku bestseller dari penulis British yang bernama Paula Hawkins. Dipublish pada tahun 2015. Jadinya, buku ini sudah pun diadaptasi ke movie Inggeris yang dilakonkan oleh Emily Blunt. Itu serba sedikit yang ika tahu mengenai tajuk movie ini. 

Tapi, ika lebih suka tengok versi bollywood untuk movie adaptasi ni sebab mungkin ika lagi seronok rasanya. Movie ini sudah semestinya bergenre psikologi thriller. Genre kesukaan ika. Dan, kalau kalian tengok di Netflix. Kalau tak silap ada subtitle BM. 


Initial Relase: February 26, 2021

Starring: Parineeti Chopra, Aditi Rao Hydari, Kirti Kulhani, Avinash Tiwari

Adapted by: The Girl On The Train 

Director: Ribhu Dasgupta 


DENDAM | PSIKO | THRILLER

Secara ringkasnya, Mira Kapoor ialah seorang peguam di luar negara. Ketika dia mengendalikan sebuah kes, kes tersebut berpihak kepadanya dan lawannya dikenakan hukuman penjara. Dan pada saat itu juga, dia mendapat berita gembira bahawa dia mengandung. 

Jadi, dia berehat sebentar dari kerja dan menjalani kehidupannya bersama suami dan anak yang dikandung dengan bahagia. Namun, semua berubah apabila Mira dan suaminya mengalami kemalangan, dilanggar oleh kereta dan disebabkan itu Mira kehilangan anaknya dan suaminya juga telah berkahwin lain atas alasan yang Mira ini berubah kelakuan. Ketika melakukan sesuatu perkara, esoknya Mira akan bangun dan berlagak seperti biasa kerana dia tidak ingat dengan perbuatan yang dia lakukan. 

Kelakuan Mira menganggu suaminya dan mereka mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing dan Mira juga mula ketagih minum arak untuk menyembunyikan kesedihan dan untuk melelapkan matanya. Nak dijadikan cerita, Mira menghabiskan masa dia di dalam keretapi kerana dia suka melihat rumah idamannya dan dia selalu memerhatikan tuan rumah tersebut. Katanya, dia mengimpikan kehidupan seperti tuan rumah tersebut yang bernama Nusrat. Pada suatu hari, berlaku sesuatu yang membuatkan semuanya porak peranda. Mira terjebak dalam permainan seseorang dan disitu dia mula bangun mempertahankan diri. 



Secara jujurnya, ika suka dan tiada masalah dengan cerita ini. Sebab ika suka plot twist yang ada. Permulaan cerita yang baik sehinggakan ika tak berganjak sedikit pun dari tempat duduk. Ika sangkakan yang cerita ini boring sebab rasa macam boleh predict jalan cerita dan kalau tengok tajuk rasa macam ni mesti banyak scene dalam keretapi je. Namun, sangkaan ika meleset sama sekali. 

Ika suka di mana setiap watak dalam cerita ini memainkan watak mereka dengan baik. Watak Mira Kapoor memang menjadi. Ika simpati dengan nasib yang menimpa dia. Sudah jatuh ditimpa tangga. Dari asalnya memiliki satu kerjaya yang bagus dan keluarga yang bahagia. Tambahan pula, bila bakal menimang cahayamata. Macam sempurna la kehidupan dia. Tapi itulah, kehidupan yang ada turun naiknya. Mira Kapoor terpaksa bangun dari penceraian, kesedihan melampau dan kehilangan diri sendiri. Memang tabah watak Mira ni! Salute! 

Kalian mesti akan macam aim someone sebagai suspek dalam cerita ni.Tapi at the end of teh story, ada banyak sangat kejutan. Dimana kita rasa macam kena tipu pun ya haha. Sebab tak sangka suspek tu orang yang ish malas nak cakap. Kena tengok okay. 

Dan okay, Nak puji la. Suka tengok muka Nusrat dalam cerita ni. Cantik haha. 

Sesiapa yang suka tengok cerita thriller yang nampak seperti straight forward tapi tidak. Dan untuk orang yang tidak cerewet dan tidak memilih cerita. Ini sesuai buat kalian. 

Mar 1, 2021

MOVIE REVIEW - MASTER (2021)

5:02 AM 20
MOVIE REVIEW - MASTER (2021)

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️️

Rasanya macam dah lama sangat tak update apa-apa movie review dekat dalam blog. Last review rasanya untuk cerita The Call. Ika sebenarnya bukan tak tengok movie. Setiap hari, akan tengok 1 cerita dengan husband. Jadi, dalam banyak-banyak movie. Ika nak review movie Master ini dulu. Master ialah cerita tamil. Asalnya, ika tak perasan yang hero di dalam Master ni Vijay. Bila dah tengok tu baru sedar ada Vijay. 

Ika rasa last movie Vijay yang ika tengok mungkin Sarkar. Tak pasti sebab kadang tu, tengok tanpa tahu tajuk. Itulah pe'el seketul Ika. Bila orang tanya, kita beria-ia cerita yang movie ni best. Bila orang tanya, tajuk apa. Menggelabah taktahu nak jawab. Haha. Tapi, Vijay memang one of my fav tamil actor la. So, ada cerita baru terus kita tengok. Nasib baik, husband pun layan cerita tamil sekali sekala. Ada la geng nak tengok :)


Synopsis



Master is an action film from India about professor, JD. Who us sent to teach at a juvenile reform school for three months. He clashes with an unscrupulous man, Bhavani who controls the school's young inmates to cover up his own criminal activities. 

Genre: Action | Crime | Thriller

Taglines: Clash Begins Soon 

Starring: Vijay, Joseph Vijay, Malavika Mohanan, Andrea Jeremiah, Arjun Das

Duration: 2 hours 59 min (3 hours) 

Release Date: 13 Jan 2021 

*Sumber dari Google*

Permulaan cerita in, kita akan berkenalan dengan watak Bhavani yang dimasukkan ke pusat juvana pada tahun 2003 di atas kesalahan yang tidak dilakukannya. Kematian keluarganya berpunca dari orang lain. Demi menutup kes tersebut, Bhavani dijadikan mangsa. Di dalam pusat juvana tersebut, kehidupan Bhavani memang teruk. Dibuli dan dipukul tanpa sebab. Jadi, Bhavani yang masih kecil itu berdendam. Dendamnya itulah yang membuatkan hari demi hari, Bhavani tahu dia perlu bangkit dan lakukan sesuatu, jika tidak semuanya akan jadi lagi teruk baginya. Dia larikan diri dan menjadi penjenayah untuk satu perniagaan haram melibatkan lori dll. 



Pada tahun 2019, JD, seorang profesor di sebuah kolej yang menjadi kesayangan semua pelajarnya mempunyai satu habit buruk iaitu ketagihan minuman keras. JD juga tidak disukai oleh rakan sekerjanya yang lain. Nak dijadikan cerita, JD ditugaskan untuk mengajar di pusat juvana selama 3 bulan. Dalam keadaan terpaksa, JD harus pergi juga dan dia rasa seolah-olah dia dikenakan dengan rakan sekerjanya yang lain. Di sana JD berkelakuan seperti seorang guru yang tidak bertanggungjawab dan dia menunggu hari untuk pulang semula ke kolej. Namun, disebabkan satu peristiwa menyayat hati terjadi di pusat juvana tersebut menyebabkan terkorbannya 2 budak lelaki. JD terasa terpukul dan mula serius dengan profesionnya sebagai seorang guru. Dari situ, JD & Bhavani akan saling mencari peluang untuk bersemuka. 

Secara keseluruhannya, buat sesiapa yang tidak cerewet dan suka dengan lakonan Vijay. Ini mungkin salah satu movie yang boleh dilayan. Cuma bagi Ika, ika rasa cerita ini pada awalnya bergerak dengan agak lambat. Nak tahu dari one point ke one point tu biasalah dengan lagunya dengan aksinya. Jadi, nak taknak kena tunggu dan tengok sampai habis. 

Yang penting, keyword utama cerita ini semuanya bermula dengan dendam. Andai kata, Bhavani dilayan dengan layanan yang biasa. Mungkin, bila keluar dia nanti dia akan baik-baik sahaja. Dan JD pula, jika peristiwa korban nyawa itu tidak terjadi berkemungkinan besar dia akan tetap dengan habit ketagih minum arak sampai bila-bila. 

Maaf jika review ringkas ini tidak memadai dan ada kekurangan. Ika tak reti review movie secara mendalam. Sebab ika sejenis penonton yang layan apa saja movie. Kalau best Alhamdulillah, kalau tak best sekali tu sajalah tengok :)