MOVIE REVIEW - MASTER (2021) - Jari Jemari Menari

Mar 1, 2021

MOVIE REVIEW - MASTER (2021)

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️️

Rasanya macam dah lama sangat tak update apa-apa movie review dekat dalam blog. Last review rasanya untuk cerita The Call. Ika sebenarnya bukan tak tengok movie. Setiap hari, akan tengok 1 cerita dengan husband. Jadi, dalam banyak-banyak movie. Ika nak review movie Master ini dulu. Master ialah cerita tamil. Asalnya, ika tak perasan yang hero di dalam Master ni Vijay. Bila dah tengok tu baru sedar ada Vijay. 

Ika rasa last movie Vijay yang ika tengok mungkin Sarkar. Tak pasti sebab kadang tu, tengok tanpa tahu tajuk. Itulah pe'el seketul Ika. Bila orang tanya, kita beria-ia cerita yang movie ni best. Bila orang tanya, tajuk apa. Menggelabah taktahu nak jawab. Haha. Tapi, Vijay memang one of my fav tamil actor la. So, ada cerita baru terus kita tengok. Nasib baik, husband pun layan cerita tamil sekali sekala. Ada la geng nak tengok :)


Synopsis



Master is an action film from India about professor, JD. Who us sent to teach at a juvenile reform school for three months. He clashes with an unscrupulous man, Bhavani who controls the school's young inmates to cover up his own criminal activities. 

Genre: Action | Crime | Thriller

Taglines: Clash Begins Soon 

Starring: Vijay, Joseph Vijay, Malavika Mohanan, Andrea Jeremiah, Arjun Das

Duration: 2 hours 59 min (3 hours) 

Release Date: 13 Jan 2021 

*Sumber dari Google*

Permulaan cerita in, kita akan berkenalan dengan watak Bhavani yang dimasukkan ke pusat juvana pada tahun 2003 di atas kesalahan yang tidak dilakukannya. Kematian keluarganya berpunca dari orang lain. Demi menutup kes tersebut, Bhavani dijadikan mangsa. Di dalam pusat juvana tersebut, kehidupan Bhavani memang teruk. Dibuli dan dipukul tanpa sebab. Jadi, Bhavani yang masih kecil itu berdendam. Dendamnya itulah yang membuatkan hari demi hari, Bhavani tahu dia perlu bangkit dan lakukan sesuatu, jika tidak semuanya akan jadi lagi teruk baginya. Dia larikan diri dan menjadi penjenayah untuk satu perniagaan haram melibatkan lori dll. 



Pada tahun 2019, JD, seorang profesor di sebuah kolej yang menjadi kesayangan semua pelajarnya mempunyai satu habit buruk iaitu ketagihan minuman keras. JD juga tidak disukai oleh rakan sekerjanya yang lain. Nak dijadikan cerita, JD ditugaskan untuk mengajar di pusat juvana selama 3 bulan. Dalam keadaan terpaksa, JD harus pergi juga dan dia rasa seolah-olah dia dikenakan dengan rakan sekerjanya yang lain. Di sana JD berkelakuan seperti seorang guru yang tidak bertanggungjawab dan dia menunggu hari untuk pulang semula ke kolej. Namun, disebabkan satu peristiwa menyayat hati terjadi di pusat juvana tersebut menyebabkan terkorbannya 2 budak lelaki. JD terasa terpukul dan mula serius dengan profesionnya sebagai seorang guru. Dari situ, JD & Bhavani akan saling mencari peluang untuk bersemuka. 

Secara keseluruhannya, buat sesiapa yang tidak cerewet dan suka dengan lakonan Vijay. Ini mungkin salah satu movie yang boleh dilayan. Cuma bagi Ika, ika rasa cerita ini pada awalnya bergerak dengan agak lambat. Nak tahu dari one point ke one point tu biasalah dengan lagunya dengan aksinya. Jadi, nak taknak kena tunggu dan tengok sampai habis. 

Yang penting, keyword utama cerita ini semuanya bermula dengan dendam. Andai kata, Bhavani dilayan dengan layanan yang biasa. Mungkin, bila keluar dia nanti dia akan baik-baik sahaja. Dan JD pula, jika peristiwa korban nyawa itu tidak terjadi berkemungkinan besar dia akan tetap dengan habit ketagih minum arak sampai bila-bila. 

Maaf jika review ringkas ini tidak memadai dan ada kekurangan. Ika tak reti review movie secara mendalam. Sebab ika sejenis penonton yang layan apa saja movie. Kalau best Alhamdulillah, kalau tak best sekali tu sajalah tengok :)


20 comments:

Azhafizah MN said...

Movie Tamil sekarang dah banyak yang best. Dia tak mengarut banyak macam dulu-dulu :)

Atie Zieya said...

sama la, i taktau review movie sngt pun.. sbb tu more kepada sharing dari review

Abam Kie said...

filem tamil skrg ada byk pengajaran kpd kita. bkn hiburan semata2...

Rabiahtul adawiyah said...

best drama tamil ni mmg byk pengajaran nya

AzianKhalil said...

macam best...boleh layan la nanti

Farhana Jafri said...

tak suka dengan watak JD tapi suka dengan lakonan Vijay Sethupathi sebagai Bhavani.

Sha Mohamed said...

Nice review Ika..

Ezna Khalili said...

Menarik juga kalau tengok review tapi sis permulaan kena laju jugak. Kalau slow sis maybe tak tengok terus.

k said...

Wow rajinnnya. Khai kalau cite camni take time nak tengok or based review dlu haha ni dah ada boleh la tengok

Fadima Mooneira said...

To be honest, I'm not that into Tamil films. But this movie has an intriguing and interesting storyline. So I might give it a try. Thank you for sharing your review.

saidila said...

Uishh ringkas apanya nih , memang buat hati rasa nak tengok , samalah kita suka Vijay jugak sebab comel...watak apapun Vijay bawak tetap nampak comel..cuba kalau Vikram yang lead mesti sakit mata dan sakit hati , tapi takkan Vikram nak lead watak juvana , memang tak sesuai ...hahaha

Rawlins GLAM said...

Rawlins jarang menonton filem tamil sebab bimbang ambil masa yang lama nak habiskan. Sebab ada banyak tarian kan? Tapi kenapa Hindi boleh pula Rawlins layan ek? Hurm.

Nadia Johari said...

Huishh sekarang memang jarang layan cerita Tamil..hehee. Last entah bila tengok. Kalau lambat ceritanya tu memng penat la nak tunggu sampai ada jawapan dia tu.hehe

Tekkaus said...

It has been ages since I last watch a Tamil movie. This sounds like one filled with lots of drama. :) Thanks for sharing will definitely check it out.

halimah muhiden said...

Husband plg suka tgk movie tamil, ovie ni pun dia dah tgk, cite lasak2 mmg dia suka sgt tgk

Mahamahu said...

Peminat filem hindustan atau tamil memang akan suka cerita aksi macam ni hehehe kita memang kurang sikit tapi tengok pada pelakon kalau ok kita akan tonton juga hehehehe...

AyuArjuna BiGoshh said...

Cerita ni sebenarnya konflik pads 2 watak utama. Wlpun starting atas dendam, tapi karektor diaorang build atas satu kejadian

Kitkat Nelfei said...

Baca jer sinopsis dah boleh dpt pengajaran yang cuba disampaikan oleh filem ni kan! If tengok, lagi la! Sounds good ya!

Sis Lin said...

Malam tadi Suami layan gak filem india, entah apa tajulnya Wild Dog kot.. best juga, nak buat review tak reti plak.. nanti nak tengok yang ni pulak laa..

lionelmendez said...

I just found this movie after reading the review of CinemaHD, this movie's really interested.
https://cinemahdv2.net/reviews-movie-on-cinema-hd/