Jari Jemari Menari ♡

Jul 27, 2021

Merdeka Giveaway by TarotTheFool

8:02 PM 9
Merdeka Giveaway by TarotTheFool

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Tengah leka berjalan-jalan di blog rakan-rakan. Ternampak giveaway ni. Bulan ni mood nak join giveaway je ya. Haha cuba nasib. Tak salah kan kan :) Harap ada terselit la rezeki hehe. Hadiah macam best je. Hom la gais kita follow and join giveaway ni. All the best semua. 

Cerita sikit, apa yang anda ingin lakukan atau ke mana anda ingin pergi sekiranya tamat PKP.

Nak pergi bookstore & pantai. That's all. Taknak plan lebih-lebih sebab nanti kiciwa. Bukan la sekarang tak boleh pergi bookstore. Boleh tapi yang berdekatan saja. Yang nak pergi ni jauh sikit sebab situ lebih besar dan seronok :) Kalau pantai pula, sebab memang nak sangat jalan pijak pasir batu dan sebagainya. Dapat la release tension sikit. Tengok pemandangan yang cantik -cantik. 


Jul 23, 2021

MOVIE REVIEW - SEVEN (2019)

7:03 PM 19
MOVIE REVIEW - SEVEN (2019)

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Movie Seven ini kalian boleh tengok di Netflix. Ika pun semalam tak plan lansung nak tengok movie ni. Ika ingatkan Seven ni series. Sebab tu ika pandang sepi. Sebab ika masih boleh layan lagi kdrama. Tapi kalau nak layan series ni, take time sikit la atau kata mudahnya tak ngam la. Movie Seven dah ada lama dah dekat Netflix kalau tak silap. Ika tak pasti kalau movie ni kalian boleh tengok di mana-mana website. Kalian boleh search. :) 

Ika tak familiar sangat dengan pelakon yang ada dalam ni tapi nampak macam familiar la jugak, Haha dia macam was-was samaada kenal pelakon ke tak. Tapi, ika tetap bagi peluang untuk movie ini. Kenapa tajuk dia seven eh? Sebab ada 7 watak utama ke? Siapa tahu boleh drop komen ya. 



SinopsisBeberapa wanita mendakwa Karthik sebagai suami mereka dan membuat laporan polis atas kehilangan Karthik. Namun, kes semakin rumit. Polis menganggap Karthik ialah penipu dan mula membuat siasatan. Dan juga seorang pesakit mental secara tiba-tiba mengaku yang Karthik ialah sahabat lamanya dan sudah mati. 

Pelakon: Anisha Ambrose, Tridha Choudhury,  Nadita Swetha, Havish, Regina Cassandra, Rahman, Pujita Ponnada

Tahun: 2019 

Masa: 1jam 57min

Genre: Drama/Thriller

Bahasa: Tamil/Telugu

Secara jujurnya, ika tak ada high expectation sangat bila tengok sinopsis cerita ni. Sebab mungkin ika kerap tengok storyline yang seakan-akan dengan cerita ni. Tapi, sangkaan ika meleset sama sekali bila di pertengahan cerita di mana 2 wanita melaporkan perkara yang sama di balai polis. Kehilangan suami mereka menimbulkan tanda tanya. Jangan kata polis blank. Yang tengok ni pun blank juga. Polis agak clueless asalnya sebab tak ada sebarang petunjuk. Nak dijadikan cerita, selepas pihak polis meletakkan iklan orang hilang di surat khabar, ada sorang pesakit mental secara tiba-tiba datang ke balai dan mengaku yang Karthik itu sebagai kawan lamanya dan telah mati. Selepas itu, pesakit mental itu dibunuh dengan kejam. Dari situ polis mula bergerak. 

Sumber: Google

Hasil siasatan mendapati yang Karthik ini bukan saja menipu 2 orang gadis, tetapi lebih dari itu. Malahan, gambar yang ada dalam simpanan pesakit mental itu jelas menunjukkan yang muka persis seperti Karthik. Jadi, Karthik pernah hidup dalam zaman sebelum ini. Kekeliruan ini la yang menyebabkan pihak polis teruskan siasatan dengan lebih mendalam. Ada plot twist. Dan seronok juga bila cerita ini banyak menimbulkan banyak tanda tanya sebab otak ni ligat berfikir apa yang jadi. Tak senang duduk juga ya. Toward the end, baru terfikir macam possible ke nak jadi macamtu dan macamni. Dalang disebalik kejadian dia memang tak expect pun. Cuma ending macam terburu-buru nak cepat habis.

Ika paling suka karakter yang dibawa oleh Regina Cassandra. Nampak hidup dan real. Perasaan taksub dan obses dia membuatkan dia separuh gila dengan kekasih ciptaan dia. Sanggup buang keluarga dan lakukan apa saja asalkan kemahuan dia dipenuhi. Gila betul bila tengok karakter dia. Lakonan yang baik. Dengan ekspresi dan mimik muka seorang psiko tu menjadi. Bagi credit untuk karakter yang dia bawa. Untuk yang lain. For me, ada rasa macam kaku dan seolah-olah macam try hard sikit. Ke try hard banyak ya. Haha tak pasti la tapi yang nampak all out ialah Regina Cassandra. 

Kalau kalian jenis tak memilih cerita. Mungkin boleh tengok cerita ni. Cuma ika tak jamin yang kalian akan suka. Sebab citarasa kita kan berbeza :) Sedangkan ika sendiri pun ada rasa macam lack sana sini untuk movie Seven ni. Kesudahannya, ika banyak juga buat kesimpulan sendiri untuk beberapa perkara. If kalian dah tengok, dah nak share pendapat atau anything. Boleh la kita komen komen :) 

⭐️⭐️⭐️

Segmen Wanna Be My GFF by AO

5:03 AM 9
Segmen Wanna Be My GFF by AO

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Ini first time ika nak join segmen anjuran Alien Oren. Aha, memandangkan lambat lagi segmen ni. Ika pun tengah ada free time. Apa lagi, rebut peluang la nak join :) By the way, ika duduk area Shah Alam. hee. Jom gais kita join segmen AO ni. Sangat mudah.


21 Julai sehingga 11 Ogos 2021.

Jul 13, 2021

Senarai Peserta Segmen Renew Bloglist 2021

7:23 PM 16
Senarai Peserta Segmen Renew Bloglist 2021

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Terimkasih kalian sebab sudi join segmen picisan ika dan follow blog & IG ika. Ika harap akan ada ramai lagi yang sudi join sebab masih ada masa banyak lagi untuk kalian join :) Entry ni untuk ika compile semua link blog yang dah join segmen ni. Sekali lagi, ika ucapkan terimakasih dan kalian boleh singgah menyinggah blog rakan-rakan yang lain okay. 


  1. https://anakomak6.blogspot.com/2021/07/segmen-renew-bloglist-2021.html
  2. https://www.anakdenesor.com/2021/07/segmen-renew-bloglist-2021.html?m=1
  3. https://www.farhanajafri.com/2021/07/segmen-renew-bloglist-2021.html
  4. https://www.atiqahnajihah.com/2021/07/segmen-renew-bloglist-2021.html
  5. https://www.shikinrazali.com/2021/07/segmen-renew-bloglist-2021.html
  6. https://famf-tower.blogspot.com/2021/07/segmen-renew-bloglist-2021.html
  7. https://www.tiarasaphire.com/2021/07/segmen-renew-bloglist-2021.html
  8. https://pemudattbc.blogspot.com/2021/07/segmen-renew-bloglist-2021.html
  9. http://www.zianaeunos.com/2021/07/segmen-renew-bloglist-2021.html
  10. https://iammasitahsamsudin.blogspot.com/2021/07/segmen-renew-bloglist-2021.html
  11. https://www.mialiana.com/2021/07/segmen-renew-bloglist-2021.html
  12. https://www.adianiez.com/2021/07/segmen-renew-bloglist-2021.html
  13. https://itsthesuraya.blogspot.com/2021/07/segmen-renew-bloglist-2021.html
  14. https://loveneddy.blogspot.com/2021/07/segmen-renew-bloglist-2021.html
  15. https://ciksukataip.blogspot.com/2021/07/segmen-renew-bloglist-2021.html?m=1
  16. https://idakamiliamudzakir.blogspot.com/2021/07/segmen-renew-bloglist-2021.html
  17. https://saranur74.blogspot.com/2021/07/segmen-renew-bloglist-2021.html
  18. https://belognoordiana.blogspot.com/2021/07/segmen-renew-bloglist-2021.html
  19. https://www.alienoren.com/2021/07/segmen-renew-bloglist-2021.html
  20. http://www.naniey.com/2021/07/segmen-renew-bloglist-2021.html
  21. https://www.fairusmamat.com/2021/07/segmen-renew-bloglist-2021.html

Jul 10, 2021

Hadiah Top Komentator dari Ako Tetap Ako

4:22 AM 17
Hadiah Top Komentator dari Ako Tetap Ako

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️



Harini, ika tak rasa ika akan dapat apa-apa parcel dari kurier. Lagipun, bila tengok barang yang ika order sempena sales 7.7 ni tersekat dekat mana tah. Jadi, emo bila mengenangkan yang barang akan sampai lambat sebab sekarang korang tahu kan yang ada sesetengah shop dekat Shopee, kita dah tak boleh pilih kurier T.T Jadi, ika macam okay tak apa la. Bagi masa untuk barang tu sampai. 

Alih-alih. Ada satu parcel sampai. Mula macam takut juga nak bukak sebab kan ada kes scam parcel tu. Tapi bila perasaan curious tu terlebih. Terbuka la juga. Baca kad baru tahu dari siapa. Memang tak expect lansung. 


Bulan lepas ika ada jadi salah satu top komentator blog Kak Ret. Jadinya, inilah hadiah yang Kak Ret bagi. Makeup bag with my name on it. Cantik sangat. <3 Jarang ika letak nama sendiri dekat mana-mana bag atau barang. Tapi, bila tengok ada nama sendiri dekat beg ni rasa macam eh nice jugak. 
Terimakasih banyak dekat Kak Ret untuk hadiah ni. Ika suka sangat. Boleh letak buku sebenarnya dalam ni selain dari barang makeup. Haha nampak kan gigih juga nak sumbat buku. Sebab cantik sangat. Hee. Apa pun, Salam perkenalan sekali lagi dari Ika. 

Yang penting, bila tengok wish card tu. Terus rasa semangat nak blogging dengan lebih gigih. Kalian boleh singgah ke blog Kak Ret untuk baca macam-macam cerita best especially pasal travel la. Mesti terus rasa macam nak juga terbang ke tempat tu. Link di bawah ya :)