BOOK REVIEW - CUKARIA ALL-STARS BY PENULIS-PENULIS CUKARIA.COM - Jari Jemari Menari

Jul 4, 2021

BOOK REVIEW - CUKARIA ALL-STARS BY PENULIS-PENULIS CUKARIA.COM



 Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Ika ingat lagi last ika ke BBW ialah pada tahun 2017. Masa tu, buku Cukaria ini memang duduk di bahagian hadapan sekali di dalam dewan. Tapi masa tu, kalau tak silap bukunya agak pricey sikit. Kebetulan pula ika memang kekurangan bajet masa tu. Fikir lain kali saja la beli. Alih-alih tahun 2021 baru dapat baca. Buku ini merupakan cetakan terhad yang dihasilkan dengan kerjasama Big Bad Wolf Sale pada Disember 2017. 

Kalian jangan pelik dengan ulasan ika kalini sebab terlalu ringkas untuk setiap cerpen. Malahan, kenapa ika tidak nyatakan nama watak. Sebab penulis hanya mengunakan perkataan Aku sebagai ganti nama. Jadi begitulah.


Penerbit: FIXI 
Penulis
Faizal Sulaiman, Regina Ibrahim, Abdul Rahman Shah, G Zachary, Mim Jamil, Hasnol Hayat, Aliaa Alina, Pasidah Rahmat, Anuar Shah, Chua Kok Yee, Arif Zulkifli, Fage & Mohamed Naquib Ngadnan
Mukasurat: 125 mukasurat 
Tahun : 2017 

▫️ Ne Fumez Pas / Abdul Rahman Shah

Mendebarkan. Dia tahu dia telah menyaksikan sesuatu yang tidak sepatutnya. Dia juga berniat baik untuk melakukan sesuatu atas kejadian tersebut. Tapi mungkin dia tersilap langkah. Part lif memang rasa berdebar lain macam. Rasa diri sendiri dalam lif tu. KALAU la dia tak turun. Mungkin kalau di tempat dia, kita sendiri tahu kita sudah tidak punya waktu lagi ketika itu. Malang memang tidak berbau.


▫️Fragmen / Faye 

Dia yang baca, saya yang nervous. Seorang doktor curi-curi baca diari seorang pesakitnya yang bernama Harith. Tapi lagi dia baca isi di dalam diari tersebut, lagi dia terasa sesuatu. Seakan-akan ianya benar-benar berlaku. Watak Harith walaupun sekejap tapi masih mampu menegakkan bulu roma. 

▫️Hantu Buku / Arif Zulkifli 

Mixed feeling sangat dengan cerita ni. Ending dia memang 👍🏻. Tak expect lansung. Sebab mengenangkan yang tujuan utama mereka nak ke destinasi tersebut. Satu tempat yang mengembirakan kot. Pesta Buku. Siapa tak suka. Tapi end up, kejadian tak disangka berlaku hmph. Bayangkan kalau jadi dekat diri sendiri. Kalau sorang memang menangis tak berlagu la jawabnya. Tak sempat nak mengucap. Dan amal pun belum cukup. Bagaimana hm Insaf.

▫️Kursus / Mim Jamil 

I is kenot brain. How eh. Tapi itulah realiti yang zaman sekarang ni. Orang tak jangka benda tersebut tapi itu yang berlaku. Jangan sangka yang lurus itu sentiasa lurus. Dan tiada apa sekalipun alasan seseorang itu untuk sentiasa bersangka buruk kepada orang. 

▫️Perspektif Mariana
Sejujurnya, masa baca cerita memang simpati dekat orang yang bakal kena hukuman gantung ni. Sebab ye la mangsa keadaan kan. Ditambah pula dengan isu curang yang jadi penyebabnya. Lagi bertambah-tambah kesian la. Tapi akhirnya engkau sendiri terasa sakit kepala baca. Pengakhiran yang sangat baik! Nice. Tak jangka lansung. Psiko ya mat. 

▫️Sebelum Kiamat 
Cerita sedih dalam banyak-banyak cerpen dalam ni. Rasa macam lonely sangat watak ni pada akhirnya. Ada anak, anak buat taik. Tak menghargai setiap apa yang dilakukan kepadanya. Tapi aku tetap tak setuju dengan si ayah. Katanya, dia terima apa yang dilakukan anaknya asalkan anaknya bahagia. Salah tetap salah. Haram tetap haram. Tiada apa yang dapat menghalalkan yang haram. Faham? Sampai abang jamil mampos pun takkan berubah semua itu. Dasar. Sempat lagi mengenangkan yang anak dia sempat taubat ke tidak. Entahlah.

Overall, not bad. Sebab ada 8 cerpen yang menarik. 


Boleh dapatkan di Shopee FIXI. Ika nampak semalam buku ni ada dalam senarai produk. Masih ada stok yang ada. 

13 comments:

as samsudin said...

Salam perkenalan buat Ika. As follow sini. Tahniah, dah banyak buku Ika baca untuk tahun ni.

Farrah MF said...

I'm going to get this. Ada beberapa penulis kegemaran akak di situ 😀

Atiqah Najihah said...

Nampak menarikkk! Boleh try survey survey dulu hehehe

AzianKhalil said...

dah beli...belum sempat baca lagi

Cik TK said...

Cik TK ada beli buku ni, tapi tak sempat baca lagi. huhu...

Tiara Sapphire said...

nampak best buku ni, setiap cerpen tu macam menarik based on review ika. boleh masuk list juga buku ni..hehe

Rawlins GLAM said...

Macam kenal satu nama - Regina Ibrahim. Pernah baca novel tulisan beliau dan suka sebab ianya kehidupan gelap yang selalu tidak dipandang ramai.
Nak cari la

Sis Lin said...

Boleh cuba ni, kalau jual di Shopee senang sikit.. lama tak membaca novel, tapi yang ni macam rasa nak beli dan baca le pulak..

Wawa Ashihara said...

Alamak.. Bab baca buku novel ni dh lama tinggal huhu. Mungkin boleh try baca cukaria ni...

saidila said...

Ok terus bukak shopee dan add to cart. Review macam ni best, buat hati tertarik sangat nak baca , mana tahu lepas baca ni ilham menulis datang mencurah-curah.

halimah muhiden said...

Sapa yg hobby baca buku2 ni tentu xlps peluang beli kat shopee

AlongMurni said...

Menariknya sinopsis cerpen di dalamnya.. AM pun tertarik nak cari buku novel ini utk dibaca.. nak nak cerita yg berlatarbelakangkan misteri dan ada plot twist.. mmg layan bila baca..

Sunshine Kelly said...

Wow now you make me suspense and want to read about this book, going to check out this cukaria all stars.