May 21, 2018

SPRING & DUCK GIVEAWAY BY BLOG NADIAIZZATY.NIA

11:34 AM 11 Comments

Assalamualaikum &Hi readers ❤️️

Before ika update new entry. Ika nak ambik kesempatan untuk join this giveaway. Last minute baru nak join Oh penyakit M semakin berleluasa. By the way. Ika lama tengok gambar gambar dari blog sis Nadia ni. Cantik sangat. Hee. Hanya mampu kagum dari jauh saja. Oh, kalau nak join this GA masih sempat sebab last date dia 24 May if I'm not mistaken. :) 




Still ada masa untuk join gais. Hee. Selamat bergiveaway. Hee. 

May 17, 2018

BOOK REVIEW - JIBRAEL: YOU'RE MINE

8:35 PM 12 Comments

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Lama tak buat book review. Kalini ika pilih untuk baca novel romantik. 
Menjerit tadi bila singgah rumah sedara ternampak buku ni ada dekat atas meja. Terus mintak izin nak pinjam. Ika memang setiap hari nampak novel ni dekat timeline facebook. Since dia punya hashtag #ProjectBadBoy2017. For sure, novel ni punya character mesti badboy. Hee. Lama tak baca novel cinta. So, untuk tahun ni. Ni novel cinta yang pertama ika baca. 

"YOU ARE MINE AND ONLY MINE. ALL RIGHTS RESERVED"
Baca sebaris ayat ni pun dah rasa cair meleleh leleh. Haha. 



REVIEW

Ku Jibrael ni memang bad boy sangat. Sepanjang ika baca novel ni. Geram dia lain macam. Ika rasa penulis berjaya mengolah watak Jibrael dengan baik. Sebab kalau watak tu tak berjaya diolah mesti watak tu akan rasa macam biasa biasa je buat pembaca. 
Ika sebagai pembaca tak tahan dengan perangai Jibrael. Mencik! Ika kerap keluarkan perkataan "Eeii jahat ah dia ni" "Tak baik ah dia ni" "Apa ni dia ni" "Ish". 
Dah dapat bini macam Dara tu hargai la. Ikutkan sangat perasaan. Dah la suka cakap benda menyakitkan hati. Ada ke orang macam ni in real life? Serious menyakitkan hati. 
Kalau perangai camni ada in real life, mau kena cepuk!

Sebab sorang perempuan lain, isteri sendiri jadi mangsa kebencian. Hm


Bagi ika personally, kalau korang yang dah selalu baca novel cinta. Bila baca novel ni akan ada a few part dalam novel ni yang boleh dikatakan "typical". Tak. Ika tidak sama sekali mengkritik karya penulis. Sebab,org yang suka baca novel cinta boleh menerima apa saja karya cinta yang dihidangkan. Tak ada salahnya. 

Tapi rasa macam ada sesuatu yang kurang. Mungkin sebab Rael ni tunjuk manisnya dia bila hujung cerita. Bila dah ada anak. Sebelum tu, asyik menyakitkan hati Dara je. Kalau ada banyak scene manis diantara Rael dan Dara could be so good. 

Isteri Ku Jibrael ni punya innocent sampaikan terima apa saja yang suami dia buat dekat dia. Sampai pukul kot! Ish. Tahu la. Ku Jibrael tu emosi dendam sebab kisah silam. Tapi takkan la sampai macam tu gayanya. Cekal. Kuat Semangat. Taat. Dara memang perempuan yang tabah. Pembaca yang tak tabah. Haha Emo betul. Kalau ika dekat tempat Dara. Tak boleh tahan rasanya. 

RATE: ⭐️⭐️⭐️
Ika dah baca Jibrael: You're Mine. Nak mencari lagi dua pulak. 
Qidran: One Night Stand dengan Rafael: Isteri Satu Malam. 

See you gais in my next entry. InsyaAllah. 

May 16, 2018

New Book from GA SPM Result Giveaway.

3:53 AM 7 Comments

Assalamualaikum &Hi readers ❤️️

Alhamdulillah. Rezeki bulan Mei. Ika sebenarnya tak expect pun akan dapat parcel tengahari semalam. Sebab selalunya posmen akan turun bawah. Tapi tadi dia berlalu pergi macam tu je. Tapi, ika saja check peti surat. Ingatkan ada la satu dua surat. Rupanya ada parcel yang disumbat teruk oleh abang posmen. Kah. Sudah la koyak teruk kertas pembalut buku ni. Ish ish. Nasib baik la tak hujan. Kalau tak mesti lunyai buku ni. 

Ika dapat buku ni sebab menang GA anjuran Abam Kie. Hadiah Keempat- Novel Baharu 3x pemenang. Refer entri ni. http://www.zukidin.com/2018/04/keputusan-spm-result-giveaway.html.



Terimakasih banyak banyak dekat Abam Kie dengan Henrietta Jose. Sebab, ika suka sangat baca buku. Bila dapat buku ni. Rasa macam menang loteri pulak Haha. Genre buku ni pulak macam ala ala mystery thriller gituww. Tapi tak sure lagi genre apakah buku ini. Hee. Baca sinopsis nampak macam banyak genre dalam satu buku. Hee. 

Semoga kalian dimurahkan rezeki. Ika akan baca nanti and buat review in next entry InsyaAllah. Nak kena baca buku yang masih beratur dalam list hee.

Entry special ni ika buat sebab nak hargai blogger dan as a one of my good moment in blogging 🧡

May 15, 2018

MOVIE REVIEW - HICHKI

11:17 AM 8 Comments

Assalamualaikum &Hi readers ❤️️

Dah lama tak tengok cerita hindustan baru. So, ika start google movie baru. Dan terjumpa this movie. Tertarik sebab pelakonnya Rani Mukerji. Lama tak tengok dia berlakon. Dari poster dapat agak yang mungkin cerita ni ada kaitan dengan sekolah. Hee. Sebab ada budak budak sekolah kan. Tapi kenapa Rani posing macam tu? Pegang dagu? 

Dalam cerita ni, kita akan diperkenalkan dengan satu sindrom yang dinamakan sindrom Tourette. Ianya adalah gangguan pada saraf otak (neurological) yang mengakibatkan berlakunya tingkah laku, perbuatan atau kata kata diluar kawalan, tidak sengaja atau berulang ulang yang dikenali sebagai tics.

Dalam cerita ni, Rani akan kerap mengeluarkan bunyi seperti "CAK,CAK". Nampak macam gagap. Tapi ini lah sebenarnya sindrom Tourette. 


SINOPSIS 

After several interviews and numerous rejections, a woman has Tourette's syndrome lands a job as a teacher at an elite school. She soon tries to do whatever she can to make he rebellious and troublemaking students realize their full potential. 

Director:Siddharth Malholtra  



REVIEW

Ika suka sangat cerita ni. Tak macam cerita hindustan typical. Ini lebih kepada motivation, inspiration, dan berunsurkan pendidikan. Mengingatkan ika dengan beberapa lagi movie hindustan berkonsepkan macam ni. Nanti. Ika listkan di bawah. Macam yang ika kata, uniknya movie ni is cikgu ni ada special sindrom. Dia akan sentiasa mengeluarkan bunyi dan itu salah satu sebab kenapa dia tak dapat kerja as a teacher. Good job Rani. Lakonan ohsem as usual. 
  • Taare Zameen Par
  • Chalk and Duster 
  • 3 Idiots

Hampir 5 tahun menunggu. Finally, Naina Mathur (Rani) dapat jawatan sebagai cikgu. Tapi, ditempatkan di dalam kelas murid bermasalah seramai 14 org, kelas 9F. 14 orang macam 40 orang. Huru hara, nakal, banyak main dan kuat mengusik. 


Since Naina ni sangatlah minat mengajar. Dia tak putus asa untuk tarik perhatian budak budak tu walaupun macam macam dia kena. Dia create new study environment, interesting method of study and many more. Dalam cerita ni, kita boleh dapat banyak sangat pengajaran. Memang, hakikatnya in real life. Ada berlaku penindasan terhadap murid murid yang lemah. Dipandang serong oleh guru. Guru tak percaya dengan potensi diri murid, abaikan dan memperlekehkan. Ada. 

Naina ni usaha jugak untuk pulihkan keadaan dan dapatkan kepercayaan dari pengetua sekolah yang budak budak ni boleh dapat result bagus for final exam. Kalau korang nak tahu cara apa Naina ni guna untuk tarik perhtian depa. Kena tengok la. Ada competition di kalangan student kelas 9F dengan 9A. 

KESEDIHAN. PERSAHABATAN. KASIH SAYANG. USAHA. 
Terlalu banyak sangat mainan emosi. 



Movie yang sarat dengan mesej mesej positif yang boleh kita ambil. . Sebab dalam daily life kita pun. Kita akan jumpa dan hadapi situasi yang sama. Jangan ingat budak yang nakal dan selalu bermasalah tu, tak pandai. Kita selalu ada mindset macam tu.Apa pun, tak rugi untuk kita tengok cerita ni. Boleh tengok seisi keluarga. 

"THERE ARE NO BAD STUDENTS, ONLY BAD TEACHERS" 

Good quotes. Deep. ⭐️⭐️⭐️⭐️
Selamat menonton gais. Taknak la jadi spoiler. Kalau korang nak tengok apa jadi dekat Naina dengan 9F? Boleh tengok online yang ada subtitle ya. Hee. Enjoy. 

May 14, 2018

MOVIE REVIEW - A QUIET PLACE

5:07 AM 7 Comments

Assalamualaikum &Hi readers ❤️️


Since cousin ika mai sini sebab cuti lama. Kami adik beradik pi la midnight movie dekat Strand Mall. Lama decide nak tengok cerita apa. Sebab ika perasan banyak movie horror and thriller dekat cinema. Sebab ika dah tengok Truth or Dare and Rampage. Adik lelaki ika dah tengok Avengers. So, 3 movie ni exclude. Last minute plan nak tengok A Quiet Place. 

Ika tengok dekat #RekomenFilem dekat twitter. Ramai suggest movie ni and feedback not bad. I've no idea at all movie ni sebenarnya apa. Malas nak tengok dia punya trailer. So, memang pergi menonong je dekat cinema. Haha. 


SYNOPSIS

A family is forced to live in silence while hiding from creatures that hunt by sound. 
Director: John Krasinski 
Stars: Emily Blunt, John Krasinski, Millicent Simmonds. 

REVIEW 

IF THEY HEAR YOU, THEY HUNT YOU. 
Sepanjang pengalaman tengok wayang. Tak pernah masuk wayang yang senyap sesenyapnya. Haha. Sebab starting movie ni je memang senyap. Kita pulak serba salah nak mengunyah popcorn. Haha. Bunyi kunyah popcorn lagi kuat. Suka dengan konsep cerita ni. Kurangnya dialog buatkan penonton fokus 100%. Sebab kalau tak silap. Ada beberapa ketika je, pelakon bersuara. 

Dah katanya, kalau berbunyi, dapat menarik perhatian makhluk tu. So, kena la terima situasi senyap macam tu. Dieorang communicate guna bahasa isyarat. 


Cerita kekeluargaan yang banyak pengajaran boleh diambil. Mungkin bagi hangpa yang tak suka tengok cerita jenis macam ni Tak boleh nak suggest suruh pi tengok. Cerita ni sebenarnya pasal macam mana family ni survive. Tak mudah nak survive sebab dalam alam nyata pun, kita tak boleh dok senyap ja. Mesti nak bercakap dan kelentung kelentang bising. Ish. 

Suspen! Curious! 



Sebab boleh pulak mak dia mengandung. Nak ada baby. Nak bersalin lagi. Semua tu mesti akan attract punya makhluk ni. Tapi dieorang dah prepare a lot of things untuk sambut kedatangan org baru. Bilik kalis bunyi. DIY sendiri dan banyak lagi. Cuak tengok mak dia masa nak bersalin. Ika tak rasa lagi. Taktahu rasa macam mana. Tapi, hangpa yang dah pernah ada experience bersalin. Imagine la bersalin tapi kena senyap. 

Kalau korang nak tengok macam mana mahkluk yang makan org ni boleh google Until Dawn Creature. Lebih kurang la. Scary dan mengelikan jugak tengok. Sebab macam banyak benda tajam tajam dekat muka dia. Aneh sangat. 

Banyak scene yang mendebarkan. So siapa rasa nak tengok tu, boleh pi cinema terdekat and tengok. Overall, ika rasa movie ni macam nak sama dengan cerita Alien. Hoho. Cuma uniknya dia punya cerita in senyap. Dan kita akan automatik fokus. 

Tak boleh nak review secara details. Kalau tak nanti jadi spoiler. Haha. 

RATE⭐️⭐️⭐️
Tak kata bosan, tak kata best sangat. Kalau nak tengok. Boleh saja. Hee. 
Apa cara nak bunuh mahkluk ni semua? Siapa yang hidup? Siapa yang mati? Macam mana rupa mahluk tu? Sesenyap manakah?
See you gais in next entry.





Entry Penghargaan buat Bloggers. 🎉

3:27 AM 11 Comments

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Lamanya rasa tak update blog. Lama jugak rasanya tak buat sebarang book review. InsyaAllah soon. Semoga mood membaca datang berdesup haha.  Alhamdullilah awal bulan Mei ni, ika dapat beberapa parcel dari bloggers. Ika nak ucapkan banyak banyak terimakasih dekat kalian. Dah dapat lama tapi baru nak letak dalam blog. Maaf. Entry ni khas buat kalian. 

Ada rasa macam nak buat giveaway tapi em em masih berfikir. InsyaAllah doakan supaya ika dimurahkan rezeki so that ika boleh la realisasikan giveaway yang diangankan menjadi realiti. Ecewah. 


Gambar first, dari blogger Shafyqah. For Top Commentator Bulan Mac. Boleh refer dekat entry dia di sini. Thankyou awak for earphone, keychain, pouch, dan yang lain lain juga. Pouch syiling tu cute sangat. Unik. 


Second from Kak Shikin dari blog Jurnal Shikin Razali. Oh ya. Tahniah Kak Shikin sebab dah tukar dari .my ke .com. Menang besar dalam Giveaway Abam Kie baru baru ni hehe. Seronoknya. New look and new domain. Congrats again. Kak Shikin kasi a lot of thing. Thankyou tau. Hee. Bookmark semua nya comel. And ika suka sangat quote "LOVE WILL LEAD YOU HOME". 



Lastly from Pokcik Blogger. Lama dah sebenarnya ika dapat Minyak Gonggang ni. Maaf sebab lambat habaq. InsyaAllah akan digunakan. Hee. Terimakasih banyak banyak. Semoga kalian semua dimurahkan rezeki dengan lebih lagi. Sangat bermurah hati. 

Keep blogging everybody. Semoga sentiasa come out with good entry and dapat memberi sejuta manfaat buat pembaca. Harap dengan blog ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita. You guys boleh la blogwalking kat blog depa tiga tau. Hee. 

See in next entry. Lots of love, SS❤️️

May 9, 2018

MOVIE REVIEW - TRUTH OR DARE 2018

6:02 AM 13 Comments

Assalamualaikum &Hi readers ❤️️

Harini mood nak cerita sedikit pasal movie Truth or Dare ni. Adik ika mula tunjuk trailer movie ni beberapa minggu lepas. And ika sangat suka tengok cerita camni. This is just my personal review. Sebab ika suka tengok horror movie. Ika mungkin takda hal untuk tengok. Tapi sesiapa yang tak suka or tak berani. Baca je la review hehe. Kalau rasa nak tengok tu hangpa pikiaq la sendiri nah hehe. Boleh bawak teman atau kawan atau orang yang boleh tutupkan mata hang. 


SYNOPSIS 

Olivia, Lucas and a group of their college friends travel to Mexico for one last gateaway before graduation. While there, a stranger convinces one of the students to play a seemingly harmless game of truth or dare with the others. Once the game starts, it awakens something evil - a demon which forces the friends to share dark secrets and confront their deepest fears. The rules are simple but wicked - tell the truth or die. Do the dare or die, and if you stop playing. You die. 

Initial Release: 13 April 2018 (USA)
Screenplay: Jeff Wadlow, Micheal Reisz, Jillian Jacobs. 


                                           REVIEW                                             

First of all, cerita ni 18sx. So tak sesuai la untuk budak bawah umur. Kandungan cerita ni pun ada la beberapa scene hangat sikit. Cerita ni still on dekat semua cinema dekat Malaysia. If berkesempatan, pergilah tengok :) 

Bagi ika, cerita ni ala ala Final Destination. Kalau korang pengemar cerita Final Destination. Boleh layan cerita ni. Konsep cerita lebih kurang sama.  Sebab bila dah alami satu kejadian jadi lagi satu kejadian yang dah boleh di agak siapa yang akan jadi mangsa ikut turutan gambar yang dieorang tangkap masa dekat Mexico tu. Menariknya sebab soalan truth or dare tu diiringi dengan satu scary face yang haha oh boleh bawak masuk dalam mimpi la malam ni jawabnya.


Ada scene mengejut, dikejutkan serta kejutan. Geram dengan  afew friend of them yang suka sangat taknak percaya yang game ni real. Padan muka! Itulah makannya ya. Haha. Tak pasti genre movie ni horror atau thriller. Tahap klise dia tak banyak sangat sebab kita taktahu what is goin to happen to all of them kan, since semua involve. Cara mati pun mcm ada yang wow, ada yang ala. and ada yang em. why?

Kalau tak terkejut kenapa dalam wayang tadi kawan ika siap melompat plus cengkam baju ika haha. Dia punya la tak senang duduk. Haha. 


Menariknya dalam movie ni bila siapa yang pilih truth akan dapat soalan yang akan memaksa dieorang untuk cerita perkara sebenar. Apa yang disorok kemas rapi dalam poket semua kena cerita and effectnya akan mengoyahkan friendship relationship dieorang. Kebenaran yang pahit. Kalau dare tu memang tak boleh nak kata apa la. Soalan truth or dare ni akan disoal oleh stranger sekalipun. 

Pokoknya, tak payah la main game bukan bukan even just for fun atau nak mencuba. Takda untung apa pun. Lagi memudaratkan. Lepastu, orang kalau dah kata bahaya. Bahaya la. Jangan melawan. Amboi. Buat bebai pulak takmau dengaq kata. Kbye! Haha emo. 

Overall: 3 over 5 
Selamat menonton awak awak semua. Have fun!

May 3, 2018

Hadiah dari Blogger Kak Sha.

10:01 AM 25 Comments

Assalamualaikum &Hi readers ❤️️

Ika dah blogging almost 7 years plus. Tapi dulu, ika tak rasa macam ika nak jadikan blog ni untuk mencari kawan. Ika hanya jadikan blog sebagai medan untuk ika menulis apa saja yang ika suka. Tapi, 2017 ika aktif blog balik sebab ika rindu nak blogging. And memandangkan, ika suka baca buku. Ika tak sangka. Yang ika akan jumpa ramai sangat geng yang sama minat dengan ika. 

Honestly, ika dapat detect beberapa blog yang suka meng-review buku macam SIQAHKAK SHALEA AZLEEYA & FATINA. Ika terjumpa blog ni semua masa blogwalking. Dan ika tahu ada ramai lagi yang suka baca buku jugak. Finally, ika tak rasa yang minat ika ni. Satu minat yang aneh pelik serta ganjil haha. Keep on membaca and mengreview kalian. 


Entry ni entry penghargaan untuk Blogger Kak Sha. Kak Sha dengan baik hatinya bagi ika satu buku yang ika sebenarnya lama jugak tengok tengok dekat website and bookstore. Mereka by Ariff Adly. Thankyou so much Kak Sha sebab bagi ika buku. Ika anggap buku dari Kak Sha sebagai hadiah upcoming birthday ika yang akan datang. Hee. 

Kak Sha siap balutkan buku lagi. Hee. Rajin sangat. Bila balut dengan pembalut mcm pembalut hadiah. Rasa macam dapat hadiah birthday. Seronok kemain mcm budak kecik haha. Sangat salute dengan Kak Sha. Dia dapat baca 100 buku. Ika tak rasa tahun ni ika baca sebanyak tu. Dan kak sha ada anak, dengan kerjanya. Wow. Satu pencapaian yang memang terbaik.




 Ika baca ikut mood. Tapi kalau dipulun mau seminggu berpuluh buku jugak. Ika terpaksa kawal nafsu camtu sebab nanti takda bahan bacaan haha. 

Just sweet and simple reminder. Actually, setiap blogger yang review buku. Dia ada cara dia tersendiri. Macam ika, ika sampai sekarang still work hard untuk mengreview buku sebaik mungkin. Jangan dicompare cara review buku seseorang blogger tu sebab dia mesti ada sesuatu yang ingin disampaikan dengan apa yang dia dah baca. Respect and support each other. 💪🏻

REVIEW TELEFILEM 6 ENAM

9:33 AM 18 Comments

Assalamualaikum &Hi readers ❤️️

Lama betul menyepi dari entry baru. So, ika decide untuk merajinkan diri malam ni untuk update sesuatu. Hee. 
Actually ika ada tengok sekali imbas dekat tv pasal telefilem ni. Ika jarang layan telefilem unless ika rasa telefilem tu buat ika rasa curious. Haih, taktahu la. Ika selalu layan sesuatu bila mood curious datang. Nak dijadikan cerita, memang termiss pun nak layan cerita ni masa 28hb tu. Ika tgok ulangan sehari lepas tarikh tu. 


                                                               SINOPSIS                                                                

Kisah sebuah keluarga yang pergi ke Kuala Lumpur untuk bercuti dan menyewa di sebuah hotel. Kejadian aneh mula berlaku apabila mereka terperangkap di tingkat 6 dan tidak menjumpai kalan keluar dari situ. 

Pelakon: Janna Nick, Fikry Ibrahim, Danish Hazriq, Zain Hamid dan Akmal Ahmad. 
Pengarah: Syed Fariz 


                                                                REVIEW                                                                 

Ika nak sentuh pasal watak dalam telefilem ni. Personally, ika rasa watak Fikry sangat relaks. Masa nak hujung hujung cerita baru dia mcm mula nak feel watak tu. Ika tahu dia boleh berlakon apa saja watak. Cumanya, untuk genre seram. Maybe dia boleh belajar lebih lagi Hee. Kalau watak yang lain mcm Janna Nick tu ika rasa face expression dia mcm kurang sikit. Watak penyambut tetamu win. Misteri nusantara betul haha. This is just my personal view. 

Kalau ikut ika. Ika rasa jalan cerita ni ada sana sini part yang boleh dikatakan klise. Sebab ika boleh agak what is going to happen next. next and next. Klise untuk ika ialah itu. Ika tak nafikan yang memang ada banyak dah movie yang jalan cerita lebih kurang sama saja. 
Tapi, apa yang menariknya. Ika suka bilamana, hotel yang dieorang duduk ni. Boleh rasa keseraman walaupun kita duduk tengok saja. Phew. 


Teringat pulak dekat Hotel masa ika pergi Bangkok. Haha. Suram je. 

Part yang ika tak suka dalam telefilem ni contoh pekerja yang sambut tetamu. Sumpah mamat tu scary. Ketuk semua pintu pun takda respon. Hotel yang sunyi suram lagi menambahkan mood seram tu. And also, bila part Fikry dengan beraninya berjalan dekat hotel tu sorang sorang. Oh please. Haih. 

Overall, kalau korang nak tahu apa ending cerita ni. Berjaya tak keluarga ni lepaskan diri dari tingkat 6 hotel ni? Korang kena la tengok. 


RATE⭐️⭐️⭐️

And eh. Kenapa eh dalam banyak banyak lagu. untuk telefilem ni. Depa pi pilih lagu Suriram? Seram la tahu tak. 😔