May 2019 - Jari Jemari Menari

May 13, 2019

BOOK REVIEW - PUAKA BUNDLE BY AYDA ARIANNA

10:31 PM 20
BOOK REVIEW - PUAKA BUNDLE BY AYDA ARIANNA



Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Kebetulan semalam singgah ke Chapter One. Niat sebenarnya nak tgk kot kot la kan buku PBAKL2019 dah muncul dekat bookstore. Sebab tengah mencari Memori Inara- Sara Aisha & banyak lagi. Tapi, alih alih kaki berjalan ke rak Siri Seram. Lama dah perhatikan, cuma rasa mcm nanti-nanti nak beli. Tapi, semalam beli jugak sebab kenot tahan. Haha. 

Sampai rumah, sementara nak tunggu waktu berbuka. Ika baca la buku ni memandangkan ianya nipis. Semalam beli, semalam jugak habis. So, taknak tangguh, terus rasa nak update dekat blog. 











Puaka Bundle
My Rating: 3 of 5 stars 
Year: 2018 
Author: Ayda Arianna 
Page: 122 Pages 
Price: RM 10

Penulis yang merupakan isteri kepada novelis seram Saidee Nor Azam ni rupanya ada bakat menulis cerita seram. Not bad. Tak expect pun sebenarnya cerita pasal kedai & baju bundle boleh dijadikan cerita seram. Normally, kita kalau pergi kedai bundle mesti akan nampak banyak sangat barang-barang rare. Yang kita tak pasti dtgnya dari mana dan sebab kenapa org tu tak mahu dah barang tersebut. 


Dalam cerita Puaka Bundle ni, baju T Guns N' Roses, Use Your Illusion World Tour 1992 menjadi sangat berhantu ya anak-anak. Sampaikan sesiapa saja yang membeli dan memakai atau orang yg menjual baju tersebut akan terkena tempias. Banyak benda yang terselindung di sebalik semua yang terjadi. Orangnya dekat saja tapi kita yg tak nampak. Gituw! Terkesan juga dgn beberapa perkara dalam ni contohnya surat merah jambu buat Wadi. 



Tiba-tiba rasa macam nak tahu apa rupa T Guns N's Roses Use Your Illusion World Tour 1992. Bila google, inilah rupanya. So, sekarang dah dapat clear view pasal baju yang diceritakan dalam Puaka Bundle ni. 



Ini cerita mengenai 'itu' yang lari dari kebiasaan. Bukan mcm selalu org ceritkan. Sebab tu, ada sedikir kelainan la yang dibawa oleh penulis. Sesungguhnya, kita semua tahu benda yang syirik tahyul dan sebagainya sangatlah bertentangan dgn agama dan boleh terpesong akidah. 


Ika rasa untuk sesiapa yang baru nak berjinak-jinak nak baca buku seram. Boleh cuba baca siri ni. Sebab nipis dan jalan cerita simple. Korang tak sempat nak meremang bulu roma lama-lama, dah habis baca. Haha. Lepastu, kalau kena dgn selera korang. Boleh cuba beli novel yang tebal pulak. Okay? 



Misi seterusnya nak kumpul semua. Dah alang-alang terbeli satu, kita beli semua haha. Mata tertarik nak dapatkan
Puaka Taman Tema. 




May 10, 2019

PEMENANG BOOK GIVEAWAY BY JJM & FRIENDS

8:37 AM 14
PEMENANG BOOK GIVEAWAY BY JJM & FRIENDS


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️


Bulan lepas, ika ada buat satu giveaway kan? Terimakasih banyak-banyak kepada rakan blogger yang sudi join. Maaf lambat umum pemenang. Malam ni, baru ada kesempatan untuk umumkan. Before that, ika nak bagitahu dulu. Pemenang diminta untuk directly DM rakan penganjur yang collab dengan ika untuk giveaway ni utk bagi detail korang. 

1.NOVEL AKU JATUH CINTA // ANNA NABILA + BOOKMARK 
2. THE WOMAN & UPPED AND LEFT // FIONA 
3.  FOUR WEDDINGS & A FIASCO// CATHERINE 

4. LETTERS TO GOD//NORHAFSAH 


KASIHKU AMANI : Email - coklat.funky@gmail.com
5. POHON // JEMAAH SERAM  


6. PSIKIK // HUSNA ROSLI 




BLOGLIST X10 orang - 3 Months 





Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Kepada yang tidak terpilih untuk giveaway kalini, korang jangan bersedih hati. InshaAllah, mana tahu ada rezeki lebih lagi. Ika buat giveaway kali kedua pulak okay? Pemenang diminta contact personal okay dgn owner buku tersebut. 

Nyatakan no peserta dan link blog awak okay? 

Congrats again! And see you guys soon in my next entry <3 font="">





May 4, 2019

Kisah Inspirasi dari Founder Jamumall, OKU 3 Jari.

10:27 AM 8
Kisah Inspirasi dari Founder Jamumall, OKU 3 Jari.

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Kalau kita rasa kehidupan kita dah cukup susah. Kita kena ingat, ada yang lebih susah kehidupannya dari kita. Bersyukur dgn nikmat yang Allah berikan. Kalini, ika nak share cerita yang dapat memberi inspirasi buat kita semua. Empunya diri bernama Khairul Nizam, berumur 30 an dan merupakan Founder Jamumall.com. 



Diusia 30 dengan keadaan cacat..aku bersyukur dengan kehidupan. Aku berjaya membina satyu syarikat Jamumall Sdn Bhd dan membina platform jualan jamumall.com. Aku happy mampu beli apa saja aku nak, mampu makan yang mewah, mampu travel ke Dubai, Korea, Japan, Australia dan banyak negara aku dah sampai. Yang paling best aku dapat sediakan rumah mewah untuk keluarga, tanggung family dan bersedekag setiap hari.

Bukan nak riak, tapi aku tau ramai sebenarnya org diluar sana nak jadi macam aku, nak banyak duit macam aku, nak bahagiakan family mereka macam aku.. tapi adakah mereka sekuat aku? 

Lihatlah aku.. 



Kehidupan aku dulu tak macam ni, bayangkan anda di dalam jasad aku, makan perlu disuap, mandi perlu diuruskan, duduk perlu diangkat dan tidur perlu dijaga. Bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian. 

Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari, bukan tiga hari, bukan seminggu, bukan sebulan tapi bertahun tahun! Ada ketika saya rasa sangat terkesan bila ada ketika bila saya rasa haus, lapar, penat, takda orang disisi tapi takkan aku nak mengharapkan mati? Allah berikan nyawa, nafas, sedikit kekuatan jari dan akal mesti ada sesuatu manfaat yang nak aku buat. 

Aku cuba merenung dan mengimbas kehidupan ramai orang diluar, kalaulah aku diberi tubuh fizikal sempurna, boleh bertahan, berlari, melompat pasti aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaar pada orang lain. 



Aku melihat ramai yang malas untuk ubah hidup sendiri, ramai yang suka bagi bermacam alasan bila bekerja, ramai yang cepat giveup bila ada cabaran, ramai yang cuba memilih untuk kerja senang, taknak susah, lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha yang kuat, sanggup berhenti kerja dan menganggur bertahun-tahun atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan orang sekeliling susah. Paling terkesan nak bagi duit mak dan ayah, family pun tak mampu. Aku sedih! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka. 

Jadi aku bangkit! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur! Bersyukur dengan nikmat yang Allah beri dan jangan sia siakan. Aku bangkit untuk memberi manfaat pada orang lain. Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu aku dapat melihat kegembiraan, senyuman ramai org sekeliling aku. 

Kini, aku sedar untuk berjaya dalam kehidupan, pekerjaan mahupun bisnes bukan mudah. Tetapi atas keinginan yang kuat, kasih sayang yang hebat, keberanian yang tinggi, suka belajar dan improve diri dan juga seorang yang berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang.


Dan semua value yang ada dalam diri aku, akan aku bawakan ke dalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit, bersemangat dan berjaya! 

Akhir kata, kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling, anda ada berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi! Kita je mampu ubah diri kita! 

Personally, apa yang kita boleh contohi dari Khairul Nizam ialah semangat beliau. Dia tak ada menyembunyikan diri dia sebab kekurangan diri. Tapi dia terus fikir solution macam mana dia nak berjaya. And kita boleh nampak mcm mana dia improve diri dia dari zero to hero. Dia buktikan pada kita semua yang kekurangan dia bukanlah penghalang untuk dia tidak berjaya. 



Jom follow Khairul Nizam

Facebook : https://www.facebook.com/khairulnizamofficial/
Facebook Page  : https://www.facebook.com/Jamumallcom/
Instagram : https://www.instagram.com/hyekhairul/




Giveaway SapsIbuBapa.net Di Mialiana.com

9:24 AM 18
Giveaway SapsIbuBapa.net Di Mialiana.com

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telahpun menyediakan satu platform kepada
kepada guru dan juga ibu bapa yang dipanggil sebagai SAPS Ibu Bapa.


SAPS Ibu bapa merupakan satu aplikasi secara atas talian yang digunakan oleh
guru untuk "key in" markah peperiksaan pelajar. Manakala, ibu bapa pula boleh mengakses
aplikasi ini untuk menyemak keputusan peperiksaan pelajar.

Semakan ini boleh dilakukan dengan melayari laman web seperti berikut :



Antaramuka SAPS IBUBAPA

Inisiatif kerajaan ini patut dipuji ini kerana ianya memudahkan banyak pihak
untuk mengetahui markah peperiksaan pelajar/murid.



Giveaway ini dianjurkan oleh SapsIbuBapa.net dengan kerjasama Mialiana.com.
Hadiah wang tunai sebanyak RM400 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.


May 2, 2019

Reading Challenge Goodreads 2019 (Jan-April) ✅

7:50 AM 39
Reading Challenge Goodreads 2019 (Jan-April) ✅



Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Dah masuk bulan May dah. Tak sangka cepat betul masa berlalu. Nak alu-alukan kedatangan bulan May dengan senyuman. Sebab May my favourite month. 

So, saja nak share dekat blog pasal buku yang ika dah baca selama 4 bulan.  Tahun ni ika aim untuk baca atleast 100 buku. Kira sampai hujung tahun la. Tapi, saja ika target sikit dekat Goodreads. Letak 30 buah dulu. Sebab biasalah, kalau nak aim ni. Angan tu tinggi jgk. Bulan lepas ika dah settled kan 30 buah. Agak lambat jugak la kalau nak dibandingkan dgn org lain yang baca berdesup. Fuh jeles. 

Even dah sampai target kecil 30 buah. Ika masih tetap membaca. Apa yang bestnya GR ni. Ika sendiri dapat tgk buku-buku apa yang ika dah baca tahun ni. Tahun ni, selain physical book. Ika baca dekat PNMeReader jugak. Kenal PNMeReader pun dari Kak Sha. Thanks to Kak Sha.  



Mostly, novel cinta ika baca dari PNMeReader. Disebabkan lambakan novel cinta. Ika jadi sampai taktahu nak beli yang mana. Plannya, if buku yang dibaca di ebook tu best. Ika akan dapatkan physical book utk simpanan ika. Gituw! Doakan ika dapat la lepas target angan-angan ika tu. Hee. 

Let's see buku berapa star rating yang ika bagi:- 

1. Suamiku Paling Sweet//Anjell 
2. Pewaris Takhta Cinta // Siti Khadijah 
3. Dendam Cinta Semalam//Nurul Ain Syuhada 
4. Gelap // Ariff Adly 
5. Ini Buku Seram // Resmansyah 

6. Revenge // Muhammad Fatrim 
7. Kacau // Ariff Adly ⭐⭐
8. Pemangsa // Muhammad Fatrim ⭐⭐
9. Terus Mencintaimu // Eliza A
10.Bila Cinta Milik Dia // Sharina Elisa ⭐⭐⭐

11. Ngeteh Di Kubur Ayah// Hamka Kereta Mayat ⭐⭐⭐⭐⭐
12. Borong di China // Kapt Norisham Kadmin ⭐⭐
13. MILI Pikat Hati Dia // Ashany ⭐⭐
14. Saat Hadirnya Cinta Dia // Zura Asyfar ⭐⭐
15. Lelaki Neraka // Asraf Shaari ⭐⭐⭐

16. Menunggumu Di Pintu Syurga// Linda Rafar ⭐⭐⭐
17. Bersatu Selamanya // Royal Keross ⭐⭐
18. SAMURAI // Dekna Lee ⭐⭐⭐⭐
19. LUTH // Wawa Taufik ⭐⭐⭐
20. Jauh // Aisya Sofea ⭐⭐⭐

21. Kerana Aku Suamimu // June Muhammad ⭐⭐
22. Semanis Tomato // Freesia ⭐⭐⭐
23. Izinkan Aku Mencintai Dia // Aien Dhiyauddin ⭐⭐⭐
24. Isteriku 19 Tahun // Cik Gadis ⭐⭐⭐
25. Epidemik T // HE ⭐⭐⭐

26. Isteri Tak Dijangka // S.N Hidayah Haron ⭐⭐
27. Mr Killer Smile// Ruby ⭐⭐⭐
28. Bougainvillea // Picky Sidique ⭐⭐⭐⭐
29. Bulan Cinta // Mimie Afinie ⭐⭐⭐
30. Sonata Cinta Afro // Azie Yana ⭐⭐

Anyway, star rating dan review yang ika tulis dekat GR bukan la untuk meng-downkan penulis. Sebab ika sangat salute dgn semua penulis dekat Malaysia ni. Bukan senang nak menulis. Ika sendiri pun kalau disuruh menulis akan terkial kial nak mencari idea. Cumanya, kalau kurang dari 3 bintang tu. Ika ada sebab tersendiri. 

Ika tetap akan cakap yang setiap buku tu masih tetap ada keistimewaan tersendiri. Kalau nak tahu, kena la baca. Sebab taste kita semua kan berbeda! Kan? Doakan la ika rajin nak up review dekat blog juga. Hehe. 

Korang tengah baca buku apa sekarang? Ada buku yang nak direkomen? 
or ada yang nak derma buku dekat ika? jkjk Haha

See you guys in my next entry InshaAllah. ❤️️