EBOOK REVIEW - WANGI BY NAIM TAMDJIS


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Ini merupakan ebook terbaru dari penulis, Naim Tamdjis. Sebelum ni, ika ada baca ebook penulis bertajuk Lockdown. Kalau tanya apa yang membuatkan ika tertarik dengan ebook ini. First sekali, cover ebook ini. Tahniah buat You Seth Tan. Kalau zoom nampak habis la segala macam muka dalam cover tu.Warna cover menenangkan tapi dalam masa yang sama bagi satu vibe yang lain. 

Ebook ini boleh dibeli dengan penulis. Denga harga RM10, kalian akan mendapat ekstra satu lagi cerita seram Paranormal yang ika akan review di entry yang lain. Untuk pengetahuan kalian, hasil pembelian kalian sebanyak 20% akan dimasukkan di tabung Covid. Membeli sambil menderma kiranya. 

Review ini mungkin akan ada sedikit spoiler tanpa disengajakan. Maaf ya. 


Penulis: Naim Tamdjis 
Muksurat: 194 mukasurat
Format: Ebook 

Mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Alias, yang baru saja berpindah ke rumah baru kerana dia suka akan kehidupan yang lebih selesa, bersih dan tenang. Tidak diganggu dengan hiruk pikuk orang lain. Dengan bajet yang sederhana, Alias dapat sebuah rumah teres yang dirasakan okay baginya. Disitu, dia berkenalan dengan seorang perempuan cantik bernama Lengsir Wangi yang merangkao jirannya.Maka, hati Alias berbunga-bunga mengenangkan yang dia mempunyai jiran perempuan yang sangat cantik, berbau wangi dan yang pastinya telah memikat hati lelakinya.

Hari demi hari, Alias semakin angau dengan Wangi. Tanpa disedari Alias, sesiapa sahaja yang mengacau Alias atau mempertikaikan kewujudan Wangi pasti akan diganggu. Seolah -olah memberi ancaman dan ugutan secara halus buat mereka-mereka ini. Sedangkan Wangi ini duduk disebelah rumahnya. Dan kehidupan Wangi juga ternyata sama seperti orang lain. M

Namun, sampailah terjadi satu kejadian dimana ibu kaki Alias seperti digigit oleh sesuatu. Dia seolah-olah seperti mayat hidup. Hidupnya mula huru hara. Apa yang terjadi kepada Alias?  

Ketahuilah bahawasanya cerita Wangi ini nampak macam logik tapi hakikatnya yang mustahil ini tidak mustahil boleh terjadi dalam realiti kehidupan kita. Mata kasar kita tidak akan nampak benda yang tak sepatutnya dan tak diizinkan olehNYA. 



Storyline teratur dan kemas. Satu percubaan yang baik oleh penulis. Sebagai pembaca, ika sendiri dapat predict dari awal cerita perngakhirannya. Cuma yang membuatkan ika teruskan pembacaan ialah kerana ika nak tahu apa akan terjadi terhadap watak utama, si Alias. Ayat yang digunakan penulis mudah difahami dan sangat straight forward. Permulaanya dimulakan dengan penuli menembuial mangsa. Dan seterusnya, dilanjutkan dengan pengalaman mangsa tersebut. Secara peribadi, benarlah cinta itu buta sehinggakan tidak dapat nak bezakan realiti atau ilusi. 

Watak Alias pada mulanya, ika anggap dia sebagai seorang yang buta hati sebab tidak peka dengan benda yang tidak masuk akal. Ada banyak sangat tanda & clue yang diberikan atau secara logiknya boleh difikirkan dengan baik oleh seseorang itu jika berdepan dengan situasi pelik sebegitu. Adakah Alias ini seorang yang sentiasa bersangka baik terhadap orang lain? Em. Mungkin la. Tapi, ketidakpekaan dia tu membuatkan dia sendiri merana haha kbai.

Menarik sebab ika enjoy baca part penulis ceritakan tentang orang-orang yang diganggu oleh benda tu. Dari si Pakistan, Si Badur  sampailah orang India, si Muthu pun dikacaunya haha. Masa baca tu, terikut ikut dengan slang dieorang. 😂  

25 Comments

  1. Akak nampak buku ni lalu-lalang di Facebook, tapi 'kokot' nak beli. Akak jiwa kecik hehehe

    ReplyDelete
  2. looks promising gila cita ni!!!

    ReplyDelete
  3. seram nya dia punya cover.. Nama pun wangi.lain macam namanya..Hahahah

    ReplyDelete
  4. www.nonwovenbagmalaysia.com.my/ www.magspremiums.com
    MAGS PREMIUM GIFTS SDN BHD We specialize in premium and corporate gifts printing (cenderamata korporat) , Welcome to custom made your own design on the gifts. Example: non woven bags, tshirt, lanyard, keychain, etc...

    ReplyDelete
  5. Wahh bahaya tak kalau baca malam-malam? Haha. Lama rasanya tak baca novel genre seram macam ni. Naim Tamdjis juga antara nama besar kalau bab novel-novel seram. Mesti syok!

    ReplyDelete
  6. macam menarik je jalan cerita die..dapat jiran cantik tapi makhlus halus..ayooo..serammm tu

    ReplyDelete
  7. Macam best je sinopsis buku wangi ni. Macam nak tau apa yang terjadi lepas tu. Nak usha la kejap mana tau melekat beli

    ReplyDelete
  8. Nampak straight forward ceritanya sebab dari cover dan sinopsis dah boleh agak kan. Tapi tu la, perjalanan cerita tu yang penting kan. Ye la, sape sangka jiran yang cantik tu rupanya tak wujud. fuhh, seram plak rasa...

    ReplyDelete
  9. suka baca buku genre camni. sinopsis tak spoiler pun sebab jadi tertanya2 ending haha

    ReplyDelete
  10. Thanks for introducing this ebook. The way you put it, story does look tempting and a bit mysterious. You make wanna grab one for myself. I wonder what will happen next.

    ReplyDelete
  11. I haven’t heard about this author before. And am not really into horror genre. However, the cover looks awesome. Love the blue frosty tone.

    ReplyDelete
  12. Suka genre cerita seram macam ni. Nampak menarik betul ceritanya dan garapan cerita yang kemas. Boleh la cari nak baca

    ReplyDelete
  13. Kalau membaca cite seram ni lagi feeling kan meremang dibuatnya. Memang tak berani lah nak baca. Tapi cover die memang awesome

    ReplyDelete
  14. Saya pun suka buku atau novel cerita seram. Sekarang ni dkt rumah ada beberapa novel fixi tak habis baca lagi. nak kena cari masa lepas ni 😊

    ReplyDelete
  15. Baca reviewnya macam menarik..ada drama atau filem dia ke? Or mmg khas novel aje...ni kalau di buat filem ke drama, mau seremm gak ekkk

    ReplyDelete
  16. Dah lama tak baca buku. Tapi review jalan cerita ni macam best. Suka baca cerita seram

    ReplyDelete
  17. this is such an interesting book. i am very captivated by the way the story evolves. thank you so much for sharing! :)

    ReplyDelete
  18. Good idea juga kan kalau skrg beli e-book dari physical novel.. Lebih environmental friendly.. Back to novel ni, macam menarik jer cerita ni.. takut pun ada juga at the same time...

    ReplyDelete
  19. Sisyat takut nak baca buku2 mcm ni. Tadi baca sinopsis yg ika bg pun dah mcm eh kang kuar hantu ni. 🤣

    ReplyDelete
  20. Menarik cerita dia. Cx macam pernah tengok dan dengar kisah macm ni. Walau apapun, usaha penulis sangat boleh dibanggakan.

    ReplyDelete
  21. wah 20% daripada pembelian masuk tabung covid..jadinya buku ni membeli sambil menderma ..bagusnya..cover buku ni seram pulak iena tengok..

    ReplyDelete
  22. Wah the review macam best jer, i like to read cerita seram and harga buku pun mampu milik

    ReplyDelete
  23. Macam syok je buku ni. Za suka baca novel serammm2 ni. Nnt nak cari buat koleksi lah

    ReplyDelete