EBOOK REVIEW - JODOH DI LUH MAHFUZ BY MISS HONEY - Jari Jemari Menari

Nov 29, 2020

EBOOK REVIEW - JODOH DI LUH MAHFUZ BY MISS HONEY

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Terimakasih buat Cik Honey sebab berikan ebook ini kepada sis. Honestly, saya baca sinopsis sekali imbas saja. Jadinya, saya rasa dengan cara begitu saya tak dapat clear view cerita ini sebenarnya mengenai apa. Tapi dari tajuk, ika asume yang ianya mungkin cerita cinta islamik. Tengok cover ebook ni, ada seorang perempuan yang berpurdah. Ya ya, saya judge cover buku :)




Mengisahkan tentang Aisyah yang ada crush dengan seorang lelaki di sekolahnya. Lelaki yang bernama Umar itu setahun muda darinya. Tetapi, dia terpaksa lupakan Umar kerana baginya mungkin ianya adalah cinta monyet semata mata. Aisyah juga mempunyai seorang kawan baik bernama Raudah. Kemana saja mereka bersama sehinggalah 10 tahun yang datang.

Kejadian ketika di rumah Aisyah tersebut memberi satu pandangan buruk saya kepada Aisyah. Saya cop watak Aisyah sebagai watak yang tidak matang, suka bersikap melulu,lady boss, berlagak dan boleh nampak Aisyah seakan akan memberontak. Sedangkan pada ketika itu, umur Aisyah sudah 26 tahun dan I wonder adakah umur 26 tahun masih tidak cukup matang untuk fikir mana yang baik dan buruk. Yang penting adab itu macam tak ada.



Nak dijadikan cerita, Aisyah bertemu Umar semula. Dan Aisyah juga mula memasang strategi untuk memikat hati Umar. Sanggup berhijab hanya untuk impress Umar. 😅 By the way, watak Raudah senyap seketika ketika Aisyah cuba memikat Umar. Namun, Raudah muncul semula setelah di kemuncak. Menarik sebab dari sini kita dah boleh rasa konflik cerita. Rumit? Iya rumit. Ada solution? Iya pasti ada. Kena dapatkan dan baca okay.

Best part dalam buku ni ialah di mana penulis berjaya membawa satu feeling lain ketika part di Mekah. Untuk orang yang teringin macam saya nak jejakkan kaki ke Mekah. Terasa seolah olah ianya membawa saya ke sana sekali. Dan perasaan di mana kehilangan orang yg tersayang itu juga turut dirasai sama. Sedih.
Dan perubahan setiap watak itu boleh dipuji. Dari jahat ke baik dan dari baik ke pentingkan diri sendiri. Semuanya kita boleh lihat.

All the best penulis dengan manuskrip yang lain 🌸

Kalau kalian berminat untuk dapatkan ebook Jodoh Di Luh Mahfuz ini boleh beli di ESentral. 

E Sentral

5 comments:

Hayati Suki said...

rasa makin nak tahu sangat apa ending cerita ni. apa jadi sebenarnya antara raudhan & aisyah tu :-)

Nina Mads said...

singgah sini.. baru tahu boleh beli buku2 di E sentral.

Cuya said...

jom join giveaway saya https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html

Sha Mohamed said...

Kelebihan membaca buku.. Bila kita dapat merasakan seolah-olah kita turut berada di tempat yang penulis gambarkan.. Satu perasaan yang sukar nak diungkapkan..

Unknown said...

selalunya cerita macam ni kalau di bawak ke layar filem, mesti ramai yang tonton.