BOOK REVIEW - BAHAGIA YANG JAUH BY NURIL BAHANUDIN

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Sejak kebelakangan ini, ika selalu baca buku dari Anaasa Publication. Kalau dulu, ika terhad dalam memilih buku sebab masa tu kan tak banyak lagi publisher macam sekarang. Annasa Publication merupakan salah satu publisher yang banyak keluarkan novel bertemakan cinta. Dimana, banyak juga penulis yang ika familiar. Banyak lagi buku dari mereka yang ika aim untuk baca :) 

Ini merupakan buku kedua dari AP untuk bacaan bulan ini. Bahagia Yang Jauh ditulis oleh Nuril Bahanudin. Cover buku ni lawa. Rasa macam perempuan dalam cover tu sedang berjauh hati. Tapi memang boleh relate la dengan watak utama novel ini. Vee Layla. Satu nama yang ringkas namun menyimpan 1001 masalah hidup. 

Jom proceed ulasan ringkas untuk buku ini. Bismillah. 


"Izinkan Aku Mendakapmu" 

Penerbit: Anaasa Publication
Harga: RM 27 (SM) / RM 30 (SS) 
Mukasurat: 646 mukasurat 
Penulis: Nuril Bahanudin
Tahun : 2016


📝 Percaya atau tidak, kekerasan atau kejahatan yang tidak dilakukan oleh kita. Tetapi diletakkan di atas bahu kita merupakan satu perkara yang perlu dielakkan. Berdiri dan pertahankanlah diri kita sebaiknya kerana hanya kita saja yang mampu lakukan semua itu.

Mengisahkan tentang Vee Layla, seorang perempuan yang mempunyai kehidupan yang 'teruk'. Dia tidak dapat merasai nikmat kasih sayang dari ibunya dari kecil. Dirotan, bertikam lidah serta dilayan buruk sudah menjadi kebiasaan baginya. Bukan sahaja ibunya. Malahan ayahnya juga tidak guna. Sanggup menidakkan hak Vee. Dia sudah lelah dengan kehidupannya itu. Tak dapat bayangkan jika kita berada di tempat Vee. Kena marah dengan parents pun tak tacing. Inikan pulak kalau kena hentam. 

Bagi saya watak Vee Layla ini adalah watak seorang perempuan yang lemah bila melibatkan hal keluarga namun dia turut kelihatan tabah dan kuat untuk itu juga. Aneh bukan. Namun itulah perempuan. Cuma itulah. Bahaya juga bila terlampau baik sangat. Memudaratkan diri. Berpada-pada la.

Apa yang saya rasa macam tak puas hatinya ialah cerita antara Vee & Hans sikit sangat. I want more! Ah gitu orang yang tak bersyukur dan tamak selalu haha. But overall, watak Vee la yang paling upside down dan kemudian perubahan yang berlaku dalam hidup dan serta diri dia sendiri itu dikatakan ada improvement

3 Komen

  1. Akak rasa macam pernah baca la novel ni atau akak dah baca sinopsis dalam semua buku2 novel yang berlambak akak beli tapi tak baca lagi...hurm...sinopsis menarik

    ReplyDelete
  2. novel cinta mi memang kena la dengan jiwa sha hehe

    ReplyDelete
  3. kalau dari kecik kena abuse mcm ni, hmmm sedihnyaa

    ReplyDelete