BOOK REVIEW - NAMA AKU SYAIFUL RIZAL BY RINA KHAN - Jari Jemari Menari

Mar 30, 2021

BOOK REVIEW - NAMA AKU SYAIFUL RIZAL BY RINA KHAN

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Sejujurnya, ika bukanlah seorang yang akan pilih tajuk yang ada nama orang & cover buku ada muka sebesar alam unknown guy. Bukannya apa. Mindset memang dah cakap tak best buku yang ada nama orang ni. Tapi, bila saya baca 2-3 bab untuk NASR ini. Ika terus tak berhenti baca. Bergenre jenayah dan kekeluargaan . Siapa yang mencari buku bergenre sebegini, ika syorkan kalian baca buku Nama Aku Syaiful Rizal. 

Buku keluaran Anaasa Publication pada tahun 2018 ini, memang jika difikirkan sudah lama. Mesti ada yang tertanya-tanya. Masih relevan lagi ke kalau nak  baca? 

Jawapan ika ialah iya. Masih relevan. Kerana genre jenayah sampai bila-bila pun akan boleh dibaca. Sebab jarang sangat nak jumpa storyline seakan-akan sama. Berbeza dengan novel cinta. 

"Darah bayar darah" 

Penerbit: Anaasa Publication 
Penulis: Rina Khan 
Mukasurat: 346 m/s
Harga: RM 23 (SM)/ RM 26 (SS)
Tahun: 2018

Cuba bayangkan, secara tiba-tiba ada satu musibah datang dan memerlukan engkau ada RM 200,000. Mana nak cari dalam waktu yang singkat. Dana tersebutlah yang diperlukan Rizal untuk anak saudaranya yang sakit.Rizal yang pada asalnya sudah 'cuci tangan' dari kerja kotor ini seperti tiada pilihan. Dia terpaksa menerima kerja tersebut disebabkan Eddy yang ingin membalas dendam kepada seseorang. Tapi menjadi lagi bertambahnya masalah Rizal apabila abangnya (Azam) ingin mengikutnya sekali untuk bekerja.

Parah!
Habis kantoi la apa yang dia lakukan selama ini. Selama ini rahsianya tersimpan rapi kemas di poket. Teka apa yang berlaku selepas itu?
Adakah abang Rizal dapat masuk ke dalam geng rompak tersebut atau dia akan ditendang keluar?

Ketika membaca buku ini, ika fikir ini sudah cukup untuk letakkan emosi ika di watak Rizal. Sesungguhnya apa yang dia lakukan bersebab dan semua hanya untuk keluarganya. Namun, abangnya memang lurus ya amat. Lagi lurus dari pembaris. Penat ya memikirkan yang abang dia ni taktahu la macam mana nak cakap. Menyusahkan mungkin?. Nak buat jenayah yang sudah ada strategi yang baik, tapi akan jadi menyusahkan bila ada orang yang main suka hati saja buat benda. Kan jadi tak best tu. 

Niat Rizal untuk berubah itu juga boleh dipuji kerana bukan senang nak berubah. Berubah itu perlukan kekuatan emosi. Jika tak kuat. Maka hanyut dibawa pergi. Ada sesetengah orang, bila sudah dikaburi dengan wang ringgit. Hati susah nak berubah. Kerana duit yang didahulukan dari segala-galanya. 

Buku ini underated ya. Cuba la baca jika mencari kelainan. Menarik. Ending juga bukanlah ending yang bikin hati lagi panas.Kalian boleh baca review di Goodreads dulu sebelum beli. Mana tahu dapat membantu sedikit sebanyak. Jika berminat untuk dapatkan ika akan letakkan link direct ke kedai buku. 

1 comment:

Atie Zieya said...

betul, sbb conflict cinta ni, balik2 benda yg sama.. tapi kalau jenayah.. macam2 jenis boleh ditulis