BOOK REVIEW - ELITE BUNIAN API BUKIT TENGKORAK BY SABRINA ISMAIL

 

 Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Buku seterusnya yang menjadi pilihan ika pada bulan ini ialah Elite Bunian Api Bukit Tengkorak. Sebelum ini, ika pernah baca karya penulis bertajuk Boba Girl & Beyblaze Girl. Sabrina Ismail memang berbakat dalam menulis cerita yang sesuai dibaca oleh remaja. Yang penting janganlah adik-adik fikir buku ini hanya sesuai dibaca oleh remaja perempuan. Lelaki pun boleh. Don't worry. 

Cuba tengok kulit buku. Cantik kan. Ika mengaku, antara sebab lain ika beli buku ni sebab kulit bukunya. Rasa macam 

Mengisahkan tentang Raed. Remaja yang asalnya dari alam bunian. Dia diberikan tugasan untuk menyamar di alam manusia. Raed diberikan misi khas untuk menyelamatkan satu kebakaran hutan. Turut serta dalam misi khas tersebut ialah Rose & Ryu. Dua kadet perempuan terbaik dari Elite Bunian. Namun, sangkaan Raed meleset apabila dia mendapati yang dalang disebalik kejahatan ialah orang yang dia kenali. Raed harus memilih samaada keluarga atau alam. 


Penulis: Sabrina Ismail 
Penerbit: Bookiut 
Mukasurat: 106 m/s
Tahun: 2019 
Genre: Sains Fiksyen 
Harga: RM 10 (SM) / RM 12 (SS) 

Tahniah sekali lagi buat penulis @sabrinaismail kerana menghasilkan karya yang sesuai dengan jiwa remaja - dewasa. Bergenre sains fiksyen. Yang paling saya kagum bilamana penulis berjaya menceritakan secara terperinci setiap perkara di dalam buku ini. Samaada dari segi pemakaian, latar tempat, kejadian, suasana & aksi lawan. Tak mudah menulis secara terperinci namun harus berikan kredit kepada penulis untuk usahanya. Penulis berjaya membuatkan saya seronok sendiri. Haha. Teruja juga bila part Raed, Ryu & Rose bertukar pakaian. Hm. Macam power rangers versi melayu.

 Mengangkat tema alam sekitar. Buku ini perlu dibaca oleh semua untuk menyedarkan kita yang menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab kita semua dan janganlah kita sewenang-wenangnya merosakkan alam sekitar kita. Kesan buruknya akan mempengaruhi kita juga. 

Tapi, untuk Elite Bunian ini. Saya yakin. Ceritanya pasti..ada sambungan. Saya nak baca lagi sambungan dari cerita ini. Nak cc @bukupts & @bookiut.pts . Haha. Boleh? Cerita tergantung ni buat saya rasa tak puas. Nak sambungan Elite Bunian boleh? #ikareviewbuku 

Credit: Google / Carousell 



12 Komen

  1. Oh first time tahu mengenai penulis dan buku ni, nampak cantik betul kulit muka luar buku2 tu! 😁

    ReplyDelete
  2. Best nyaa, ada buku macam ni. Kisah pasal seorang dari alam bunian yang ditugaskan untuk menjaga alam sekitar.

    ReplyDelete
  3. kalau remaja mesti suka baca buku yang macam ni, rindu nak baca buku genre camni.

    ReplyDelete
  4. Mmg comel la kulit buku ni. Sesuai dgn nama penerbitnya pun bookiut.

    ReplyDelete
  5. yes. dari kulit buku la kita jatuh hati, then selak-selak utk dptkan sinopsis :)

    kisah bunian masuk ke bumi! utk menyelamatkan alam pulak, wow :)

    anak-anak dara aida minat sungguh story books gini. now, lama sungguh tak ke kedai buku, Ika. lawak kampus Izzat yg tebal tu pun dah berulang kali dia baca. nak beli baru, lom boleh jejak Popular kan...

    ReplyDelete
  6. Anak2 remaja mesti suka genre mcm ni. Bagus jln cerita ni.. boleh menanamkan budaya membaca

    ReplyDelete
  7. Terperinci tu maksudnya macam mana tu> Mudah laa nak faham ek kalau penceritaan dia details.. menarik juga ni... jarang ada buku mengenai kecintaann alam..

    ReplyDelete
  8. Dah lama tak baca buku. Hihi. Menarik design kulit buku dia.Ayat tak abis tu. Rasa macam?

    ReplyDelete
  9. Lamanya tak baca buku fiskyen macam ni.. Best juga trngok.. Dulu layan cerita misteri2.. Hahaha.. Boleh usha ni nanti

    ReplyDelete
  10. Wah bagus juga this writer got many publication and thanks for the review ya.

    ReplyDelete
  11. Menariknya novel2 dari penulis ni... cantik betul cover, baru tahu bila baca dari entri sis yang ni.. tertarik untuk cari juga la..

    ReplyDelete
  12. A very attractive cover no doubt and the story plot looks rather interesting as it involves the bunian supposedly like elves right?

    ReplyDelete