Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ❤️
Mungkin itu kepakaran dia, menceroboh masuk ke dalam hati seorang lelaki yang berperisa 'mint'.
Ini merupakan karya Dekna Lee yang ke-4 yang ika baca. Dan secara jujurnya, ika suka dengan karya Dekna Lee. Tak sangka yang novel Penceroboh Hati yang dipandang sepi selama ini rupanya best. Kalau tak cuba baca memang taktahu la ceritanya. Selain dari buku ini, ika suka lagi satu buku bertajuk Samurai. Yang itu juga best kalau kalian nak baca.
Mengisahkan tentang Maya yang telah melihat satu kejadian yang tidak sepatutnya. Dia berada di situ pada waktu dan masa yang salah. Secara tidak sengaja, dia telah menempah maut. Maya diburu oleh sekumpulan lelaki mat saleh berkot hitam dan bersenjata. Maya yang ketakutan terus melarikan ke sebuah tempat yang tidak diketahuinya. Buntu dengan apa yang menimpa, dia hanya fikir untuk menyelamatkan dirinya sahaja. Sangkaannya dia terselamat. Lain pula jadinya bila kepalanya diacu senapang patah oleh seseorang.
Suasana dan keadaan sekeliling yang digambarkan penulis sudah cukup membuatkan saya teruja. Tambahan pula, penulis selitkan juga pasal kuda dan serba sedikit info mengenai kuda. Jangan terkejut. Sebab hal kedua yang membuatkan saya suka buku ni sebab kuda. Sebab ada impian baru untuk memiliki seekor kuda sendiri. Doakan la impian mat jenin saya ini. Mana tahu suatu hari nanti boleh beli dan bawa kuda :) 🐎 Watak hero & heroin sangat kontra. Tapi itulah yang melengkapi kedua-duanya. Nampak macam tak mungkin ada chemistry. Tapi lama kelamaan, seronok baca sebab kedua-duanya memang bikin ribut. Faez seorang lelaki yang tegas, lantang, macam robot dan sangat ego. Dia memang tidak senang dengan kehadiran Maya dalam kehidupannya. Serba serbi tentang Maya dia tidak suka. Sebab Maya. Dia seorang yang loya buruk, berani lawan Faez dan annoying. Tapi, kehadiran Maya yang secara tiba-tiba itu diterima baik oleh keluarga Faez. Sikap Faez yang ego telah membuatkan dia merana malahan Maya juga. Penulis juga selitkan elemen suspen dalam cerita ini. Dengan meletakkan scene buruan antara kumpulan mat salih dan Maya (target). Ada juga kejadian tembak menembak, culik, dan sebagainya which is okay ianya tidak mencacatkan jalan cerita. Selingan tambahan orang panggil sebab sejujurnya saya lebih tertarik dengan cerita tarik tali antara Maya & Faez. Sebelum itu, saya tolak tepi ya dengan part klise. Saya anggap saja yang keluarga Faez memang orang kaya dan berharta sebab mampu ada tanah persendirian sendiri yang besar, kuda dan banyak lagi. -- Suka juga dengan aura positif dari keluarga Faez. Sangat harmoni, aman dan damai walaupun duduk serumah dan ramai. Terasa kasih sayangnya. Buatkan kita akan lebih menghargai keluarga yang masih ada. Saya syorkan buku ini buat peminat Dekna Lee. Dan sesiapa yang baru saja nak berjinak-jinak untuk baca karya DL. |
1 comment:
Yang samurai tu dah baca.. yang ini pun macam menarik untuk dibaca..
Post a Comment