Ulasan Buku - Seloka Anak Rantau by Shaz Johar - Jari Jemari Menari

Nov 29, 2022

Ulasan Buku - Seloka Anak Rantau by Shaz Johar


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️


Sedia maklum yang buku-buku FIXI memang khas untuk pembaca matang. Jadi, kena expect storyline yang luar kotak. Sebenarnya, kulit buku dan sinopsislah yang membuatkan saya ambil buku ini dan baca. Pukul 12 malam start. 30 min habis. Maknanya buku ini terbukti in one sitting saja boleh dihabiskan dan nipis. Teramat nipis. Saya percaya mesti ramai yang tertipu dengan kulit buku yang nampak sangat murni. Rasa tertipu pula. Tapi hakikat sebenarnya, buku ini mempunyai konflik kehidupan yang sangat berat. Konflik yang dihadapi oleh kedua-dua watak -- Jeslina & Amal. Dihantui dan dikejar oleh masa lalu.


Masing-masing walaupun bersahabat baik. Namun, menyimpan banyak rahsia dan aib sendiri. Siapa kata semua benda kena share dengan bff?. Sebab privacy masing-masing kan lagipun kena la jaga air muka sendiri. Kalau tak jaga siapa nak jaga?. Dan kalau bff kita tak share jangan la kita nak judge dia. k k ?


Saya cuma tak percaya yang saya habiskan juga baca buku ini. Sebab masa tahu watak Amal sebegitu rupa. Terkejut beruk sebab memang tak jangka yang watak polos macam Amal tu ada selera yang pelik. Ya Allah. Geli la. Terlalu daring sampaikan saya rasa macam watak Amal yang sonsang ini akan berikan kesan yang buruk kepada Jeslina IF si Jeslina pun ada selera yang sama dengan Amal. Sebab Jeslina ni awal-awal pun dah tunjuk tanda yang dia straight. Amal backoff. Kalau tidak mesti menjadi juga --




 


Untuk Amal. Dia juga struggle dengan kehidupan dia. Ada keluarga dekat Malaysia, 100% mengharapkan dia. Mungkin mentaliti orang kita, kalau siapa yang bekerja di luar negara. Orang tu berduit. Sedangkan entah susah senang struggle kerja bagai nak rak dekat sana siapa yang tahu kan. Dapat pula majikan yang pentingkan diri. Hanya tahu ambil kesempatan sahaja. Kesian Amal tapi at the same time saya masih tetap berpegang teguh dengan pendirian saya iaitu tidak menyokong perbuatan dia yang sonsang itu. 


Untuk Jeslina. Ya. Sejarah hitam dia lagi parah. Dibuang keluarga dan sebagainya memang koyak emosi dia. Macam mana dia bangkit dari kejadian hitam itu pun saya tak pasti. Yang penting dia tidak fikir untuk tamatkan riwayat hidup dia. Itu sudah cukup baik. Kalau dia fikir untuk lakukan perbuatan tersebut, memang sedih. Mujur dia masih ada iman. Di negara orang pun, dia masih tetap bekerja keras untuk mencari duit demi kelansungan hidup. Ada someone special pun end up jadi macam tu. What a life Jes. Semoga yang baik-baik saja untuk kau k?


Keseluruhannya, 2.5 /5 dari saya untuk buku ini. Penulis Shaz Johar memang penulis yang sangat berani. Bukan buku kesukaan saya dan untuk repeat baca pun belum tentu. Saya masih awkward baca tulisan jawi tapi ceritanya ada unsur LGBT. 






 koh. Berpinaw mata. K bye bye. (less)

3 comments: