Ulasan Komik - Coffee Break by Ain Lavendra - Jari Jemari Menari

Jan 11, 2023

Ulasan Komik - Coffee Break by Ain Lavendra



Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥



Saya jarang baca komik yang pelukisnya perempuan. Kalau baca dan kenal pun mungkin Jon Suraya. Terimakasih buat tim komik M untuk pemberian naskah ini. Barulah saya kenal Ain Lavendra. Dan kalau tidak silap saya bukan ke Ain Lavendra pelukis untuk cover buku Bookiut? (sorry kalau saya salah). 

Suka dengan lukisan Ain dalam komik Coffee Break ini. Semuanya comel-comel belaka. Tambahan pula dengan ilustrasi berwarna. Menambahkan keterujaan membaca. Saya jeles dengan bakat orang pandai melukis ni. Sebab saya kalau lukis orang jadi orang lidi terus. Haha. Pity me.



Cumanya, saya perasan ada cerita yang klise dari segi jalan cerita. Mungkin untuk karya akan datang, Ain boleh tampil dengan cerita yang lebih gempak dan ekstra manis. Dalam komik CB ini ada kompilasi karya-karya Ain yang lama dan juga baru. Lukisannya semakin cantik dan kemas. Cerita pertama memang manis. Berkenalan dan bercinta di kafe. Haish. Automatik tersengih sendiri. Comel kot dengan telatah hero & heroin CB ni. <3

1. Coffee Break ⭐️⭐️⭐️⭐️
2. Restu ⭐️⭐️⭐️
3. Konklusi ⭐️⭐️.5
4. Raya Seorang Gadis ⭐️⭐️.5
5. Cikgu Kacak ⭐️⭐️⭐️
6. Keputusan Cinta ⭐️⭐️⭐️


Sambil layan antologi cerita dari Ain. Diselitkan juga dengan pengenalan diri dari penulis dan juga petua berkomi. Sambal membaca dapat juga ilmu pengetahuan. 2 dalam satu. Perkongsian yang sangat baik buat adik-adik yang baru nak berjinak-jinak dalam bidang sama seperti yang Ain ceburi. Betul juga apa yang Ain beritahu. Jangan mudah putus asa dalam melakukan sesuatu meskipun pada awalnya karya kalian tidak mendapat perhatian. Apa yang penting kita terus lakukan apa yang kita suka. Orang akan perasan juga nanti dengan karya kita. Percayalah✋๐Ÿป

Overall, saya rasa komik ini boleh dijadikan bahan bacaan santai kalian. 








 

2 comments: