Ulasan Buku - Kelab Misteri Jam 3 by Mimi Said - Jari Jemari Menari

Apr 20, 2023

Ulasan Buku - Kelab Misteri Jam 3 by Mimi Said

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


"Cerita yang seterusnya ini akan diceritakan oleh.."


Kelab Misteri Jam 3 mengisahkan tentang 3 sekawan iaitu (Linda, Ian & Hakim). Mereka akan berkumpul pada setiap Hari Khamis minggu ke 3 tepat pada jam 3 petang di sebuah kelas kosong di sekolah mereka. Salah seorang perlu kalahkan juara bulanan untuk memenangi gelaran 'Putera Misteri'. Dengan syarat kesemua cerita yang diceritakkan berjaya menarik perhatian semua ahli. Giliran siapakah yang berjaya kali ini?



Dalam cerita ada cerita. Ada 12 cerita seram kesemuanya (setiap seorang 4 cerita). Jadi saya tak dapat nak kupas setiap cerita dalam ulasan kali ini. Saya akan rate kan sahaja. Sebab kalau nak diceritakan satu per satu memang panjang nanti entry ni. 

Kembar ⭐️⭐️⭐️
•Reunion Terakhir ⭐️⭐️⭐️
•Teman Sebilik ⭐️⭐️.5
•Semalam di Vila Misteri ⭐️⭐️⭐️⭐️
•Tolong Jangan Buat Bunyi ⭐️⭐️⭐️
•Hati Hati⭐️⭐️.5
•Trip Yang Terkandas ⭐️⭐️⭐️.5
•Misteri Bilik Ketiga ⭐️⭐️.5
•Janji ⭐️⭐️⭐️
•Permainan Video ⭐️⭐️⭐️
•Kotak Pandora ⭐️⭐️.5
•Kisah Paling Seram ⭐️⭐️⭐️

Secara peribadi, saya rasa tahap ke-seraman setiap cerita biasa saja. 50/50. Saya boleh predict jalan cerita. Mungkin sebab ada yang saya pernah dengar orang bercerita atau saya baca dan menonton di mana-mana. Nah, sebab tu saya letakkan buku ini sebagai bacaan santai saya. Konflik pun kurang. Tapi tipu kalau tak ada cerita yang saya suka. (refer star di atas). 


Macam yang kalian tahu, ada warning yang diberikan oleh pub. For those yang memang penakut haha maybe boleh ajak orang temankan masa korang baca la kot kan? Beza feelingnya bagi orang lain yang tidak sukakan cerita seram. Mungkin kalian akan rasa meremang dengan cerita seram budak-budak ni. 

Saya rasa ketiga-tiga watak dalam cerita ini menceritakan setiap cerita mereka dengan santai. Pressurenya itu kurang. Mungkin sebab setiap kali cerita itu akan ada orang yang interupt masuk untuk bertanyakan soalan atau meneka kesudahan cerita. Ada 2 feel saya rasa. Kadang saya rasa not bad juga bila ada yang menyampuk so that nampak hidup la juga wataknya. Tapi kadang rasa macam ah pls la jangan la potong time member tengah rancak bercerita. Get it? Argh susah nak explain. Plot twistnya masih ada ya. Don't worry.

Saya akan rekomen buku ini untuk mereka yang takut-takut berani nak baca cerita seram tapi nak cuba baca. Haha. Yang tidak cerewet dan yang tak ada high expectation tinggi sangat. Fun fun light reading can. Hehe. 👌🏻


1 comment:

Sha Mohamed said...

Hari tu dah pegang cuma menimbang-nimbang, nak beli ke tak..