Ulasan Buku - Kru Paranormal Hantu Air by Khairul Nizam Khairani - Jari Jemari Menari

Apr 1, 2023

Ulasan Buku - Kru Paranormal Hantu Air by Khairul Nizam Khairani

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Pertama sekali, terimakasih buat pihak imprint Penerbit X untuk naskah ini. :) Siri Kru Paranomal ni sedar tidak sedar sudah ada 9 buah kesemuanya. Kalau ika tak silap, tinggal lagi 3-4 buah lagi. Ah, nanti mesti akan rindu siri ni ! Sebab tu harapnya penulis tak stop menulis untuk Penerbit X. Kalau boleh nak siri juga. Haha. By the way, ika memang sangat suka dengan cover buku siri ini. Thumbs up buat pereka kulit buku. Anda memang sangat berbakat dan kreatif. Tak sabar nak tunggu cover seterusnya. Jom kita ke ulasan. 


Bismillah. 


Seorang perempuan berambut panjang sering kelihatan timbul di tengah-tengah tasik di markas baru ❗️


Tiada angin atau ribut, Siu Lun yang merupakan seorang anggota Parti Komunis Malaya (PKM) digesa untuk kembali ke markas baru mereka di hutan Ulu Kinta untuk mengalas satu tanggungjawab besar dari ketuanya, Ka Long. Markas lama mereka sudah tiada kerana diserang pasukan polis. Kehidupannya yang mewah dan selesa di bandar membuatkan Siu Lun lupa dengan identiti dirinya yang sebenar. 


Setibanya,Siu Lan di sana. Selain dari menerima ancaman dari pihak musuh (anggota pasukan keselamatan). Banyak perkara misteri berlaku. Seorang demi seorang rakannya hilang. Adakah kehilangan mereka ada hubung kait dengan perempuan misteri yang kerap muncul pada waktu malam itu?. Apa akan berlaku seterusnya?






Cerita Hantu Air kalini lari jauh dari storyline yang sebelum ini. Kita akan diperkenalkan dengan watak-watak yang 99% baru. Lagi 1% ada watak yang kalian familiar kalau kalian mengikuti siri ini. Penulis membawa kita menyelusuri kehidupan dari side tidak indah komunis. Jarang-jarang bukan?. Hidup sebagai seorang komunis yang tak tenang. Ketakutan yang ada dalam diri mereka membuatkan fokus mereka dengan keadaan sekeliling jadi ekstra 100%. Rasa intense juga baca scene komunis diserang hendap pasukan polis.


Komunis kalau jumpa hantu air pun takut jugak eh? Haha ingatkan power.🤪 Penulis pandai hook pembaca untuk scene Hantu Air. Sebab hantu air dia tak sentiasa muncul. Tapi, kalau dia muncul memang malapetaka sikit.




Khianat, Dendam & Tali Barut --intipati utama! 

Cerita tersusun dengan baik. Cumanya penulis jenis tak chill sebab dia campak semua plot twist dihujung cerita sekaligus. Memang la dalam kepala boleh agak sekian-sekian benda. Tapi, masih tidak cukup untuk meneka keseluruhan cerita Hantu Air ini. Saya rasa penulis macam slow down sikit untuk buku Hantu Air ini. Dia kira macam tak belanja sangat la scene-scene menakutkan. Macam biasa saja.

Kesimpulannya, jangan skip baca Hantu Air.. Takut nanti banyak benda kalian terlepas pandang. Terutama sekali berkenaan identiti yang ditukar. 

No comments: