Ulasan Buku - Spy Hunter by Ejart14 - Jari Jemari Menari

May 7, 2023

Ulasan Buku - Spy Hunter by Ejart14

 


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Pertama sekali, terima kasih buat pihak Imprint PTS Bookiut untuk naskah Spy Hunter ini. Since first day saya bekerjasama dengan Bookiut. Saya yakin Bookiut mampu melangkah jauh dengan buku-buku yang mereka keluarkan. Setakat sekarang, sudah ada banyak buku pelbagai genre yang sesuai dibaca bukan sahaja untuk remaja tapi bagi semua peringkat umur. Saya agak teruja bila mengetahui penulis Spy Hunter ini ialah seorang gadis muda. Nama saja macam lelaki hehe. 

Mari kita ke ulasan ringkas bagi buku Spy Hunter. Bismillah. 




"Apabila munculnya kebenaran. Lenyaplah kebatilan"


Menyesal juga peram buku ini lama di rak. Suprisingly, buku ini memang best. Karya pertama dari Ejart14 ini mempunyai elemen Nusantara & Islamik vibes. Gabungan kedua-dua elemen ini jika tersalah langkah boleh jadi boring. Samaada, pembaca sentiasa menguap bila baca atau jadi slow reader. Tapi nampaknya, penulis tahu menambah rencah untuk tarik perhatian pembaca untuk stay dengan Spy Hunter ini (ciri-ciri kemodenan). Saya wonder macam mana penulis mampu compact kan cerita dalam satu buku yang nipis ini. 


Spy Hunter mengisahkan tentang seorang anak muda bernama Esmi Sunka yang seorang pewaris takhta kerajaan Sukangkara. Dia diberikan tugas oleh Maharaja untuk mengintip MUMTAZ (musuh utama Sukangkara) di Tanah Utama. Namun begitu, Esmi mula menyedari segala-galanya serba tidak kena & benarkah apa yang dia lakukan untuk Sukangkara?. 

Kesetian Esmi untuk  negara & maharaja teruji. Sudahlah menjadi harapan Sukangkara. Untuk dia berundur memang bukan la sesenang petik jari. Namun, saya percaya kehidupannya sejak kecil dengan Tuan Yusof mempengaruhi minda dan cara Esmi berfikir. Itulah duduk dengan orang yang baik-baik . Hati juga akan turut terbuka untuk menilai mana yang baik dan buruk. 

Kebenaran memang perit untuk ditelan. Sebab tu kita boleh lihat Esmi dalam Spy Hunter ini ada pergilakan perasaan dalam diri dia. The way dia bermain-main dengan diri dia. Sebab orang berbelah bahgi ni, dia tak dapat nak buat keputusan yang betul dan cepat walaupun kenyataannya depan mata jelas terpampang realiti. 

Thumbs up buat penulis dengan karya Spy Hunter ini. Jalan cerita memang menarik dan buku hanya sekadar tin kosong. Penuh dengan nasihat yang bagus d










3 comments:

Rodiah Amir said...

Menarik sebab combined Islamic vibe + modern tu. Sesuai untuk anak bujang dekat rumah ni. Boleh tengok nanti

thes said...

macm best! banyak kali juga tgk review pasal buku spy hunter ni... adakah kena masuk list to buy masa pbakl nanti?

Sha Mohamed said...

Wah.. makin menarik buku-buku keluaran bookiut ini..