Ulasan Buku - Derhaka Cinta Jebat by Cik Tet - Jari Jemari Menari

May 10, 2023

Ulasan Buku - Derhaka Cinta Jebat by Cik Tet

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Lama hold nak baca Derhaka Cinta Jebat. Sebab ika pinjam dekat PNMeReader (versi ebook). Lama nak tunggu turn. Rupanya cerita ni juga dah diadaptasikan. Saya serius tak tahu dengan kewujudan drama tersebut. Nampak sangat tak tengok TV. Haha. By the way, ini merupakan karya Cik Tet yang ke 3 ika baca. Sebelum ini, ika dapat detect yang ada cerita yang ada adegan suami isteri yang ika tidak gemar. Malangnya -- buku ini juga sama. 


Benda pertama yang saya nak highlight ialah cerita ini cerita dewasa. Ada part 🔞(atas katil, cium & mandi). Secara peribadi saya tak faham kenapa kena ada scene macamtu. Malah ada juga rasa tidak selesa. Sikit-sikit ke situ je otak Jebat. Inikah dikatakan sweet dan nuckal? idunknow. Perspektif masing-masing la. Bagi saya dengan membaca, pembaca akan imagine. Mustahil tak imagine. Jadi, macam mana? Tak salah pun kan letak peringatan dekat belakang ke mana-mana ke mengatakan yang dalam buku ada part 18sx (-1). Orang pun akan berfikir panjang nak beli. 


Hanya kerana ingin membalas dendam. Jebat berkahwin dengan Aisyah. Ikatan suci itu dipermainkan Jebat. Tegar betul Jebat. Lepas berkahwin, rasanya kalian sendiri boleh agak apa yang terjadi pada Aisyah. Sampai Aisyah tekad untuk membawa diri. Bagi saya, dendam Jebat memang dendam yang sia-sia dan makan diri. Tiada usul periksa yang mendalam. Terus buat keputusan bodoh.



Mungkin akan datang Kaseh Aries boleh come out dengan cover yang lebih menarik. Saya tengok rate-rate pembaca kurang minat dengan cover yang ada muka real people. 




Cerita sedikit meleret bab pujuk memujuk, klise & pengulangan dialog. 🙃. (-1) Nak sampai ke main point tu agak makan masa juga. Awal tu geram sebab tak tahu apa sebenarnya yang mereka gaduhkan. Tapi saya tahu mesti Aisyah face it something really bad. Kalau tak. Takkan la dia layan Jebat macamtu.


Tapi dalam pada dia taknak melayan Jebat. Jebat gunakan kuasa dan duit yang dia ada. Dengan stay di resort tempat Aisyah bekerja dan menjadi VIP guest di sana. So nak taknak Aisyah kena juga entertain dia as VIP guest. Money can buy that. Hm. Cuma isu ni di sini. Cara Jebat tu macam tak bijak sampai akhirnya menimbulkan fitnah. Dan Aisyah pun sampai ke sudah rahsiakan status dia dari pengetahuan rakan sekerja. Ini semua benda simple je pun. Takkan nak kena ajo. Haha adui


Konflik boleh diselesaikan dengan cepat sebenarnya. Tapi Jebat lebih memilih untuk tunjuk lagak dan ego dia. Walhal apa yang dia perlu buat ialah minta maaf & mengaku salah. 

NOTA: Benda yang aku suka dalam ni mungkin nama anak-anak Puan Huda. Jebat, Tuah & Teja. ❤️ Even ika rate 2 star solid, itu tidak membuatkan ika stop baca karya Cik Tet. 

⭐⭐


1 comment:

Sha Mohamed said...

Okaylah baca santai-santai..