Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian 𓍯𓂃
Muzaffar terdesak. Dia akan dihalau keluar oleh tuan rumah sebab bayaran sewa rumah yang tertunggak. Pertemuan di antara dia dengan kawan lama bagaikan memberinya sinar. Dia ditawarkan ganjaran yang lumayan jika dapat menetap selama 3 bulan tanpa berpindah keluar dari Villa De Amour. Kerana dia juga tidak nampak jalan keluar dari masalah kewangan yang dihadapi.
Dia bersetuju pindah bersama keluarga tercinta ke tempat baru. Disana, mereka mula diganggu sedikit demi sedikit terutamanya Ayumi. Ayumi mula bermimpi & diganggu perempuan berpakaian pengantin. Dan lebih parah lagi apabila Ayumi hilang & tercampak ke masa lalu. Apa yang terjadi seterusnya?

Rasanya, kalau kita di tempat Muzaffar. Kita mungkin akan buat tindakan yang sama. Walaupun kita tahu villa sebesar dan secantik itu kerap bertukar
Rasanya kalau kita dekat tempat Muzaffar. Kita mungkin akan buat tindakan yang sama. Walaupun kita tahu villa sebesar dan secantik itu kerap bertukar penyewa. Tapi tawaran lumayan wei. Takkan nak lepaskan peluang. Meh 😮💨 Cuma kita tak angkut satu family rasanya. Tapi satu bas punya sedara mara tinggal sekali.
Kurang rasa seram. Lebih pada suspen bila ada gangguan. Entiti yang muncul outofnowhere pun kadang meminta juga. Banyak persoalan mula timbul. Kita mula nak flip m/s sebab nak tahu lebih.
Watak Ayumi paling menyerlah dalam Rangkulan Jin. Dan, kita rasa masa pertemuan antara Ayumi & Kamalia ialah saat yang kita paling tertunggu-tunggu. Kita suka macam mana penulis dengan smoothnya bawa kita ke zaman lain. Know know eh? Watak villian dalam ni pun not bad. Kalau kita stress melayan kerenah Sabrina dalam ni memang benarlah watak tu berjaya. Sejenis rebel dengki baran. Sikit lagi nak kasi pelempang 🤏🏻
Ya. Watak banyak. Kena fokus. That's why kita kata kalau setiap watak pembaca tak dapat nak bezakan. Time travel horror kalau silap arah memang pembaca total lost. Sebab kita tahu watak present - past memang saling berhubungkait tapi akan mengelirukan jika tidak diexplain dengan betul. Mungkin akan ada perbezaan wajah & nama. Tapi masih orang yang sama. Itu sangat tricky. Kita boleh predict arah storyline cuma bukan 100%. Still seronok untuk dibaca.
Tahniah buat @iki_carrienna atas keberanian awak untuk menulis mixed genre yang jarang penulis lain tulis. Saya suka dengan writing style penulis yang senang untuk dihadam.
No comments:
Post a Comment