Jari Jemari Menari ♡

Sep 13, 2022

Wordless Wednesday - Exchange Gift for Birthday 2022

6:57 PM 4
Wordless Wednesday  - Exchange Gift for Birthday 2022



Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️


 

Sep 7, 2022

Ulasan Buku - Kru Paranormal Hantu Kilang Lama by Khairul Nizam Khairani

10:19 PM 1
Ulasan Buku - Kru Paranormal Hantu Kilang Lama by Khairul Nizam Khairani


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️


Pertama sekali, terimakasih yang tidak terhingga kepada pihak Penerbit X atas naskah ini. Saya sangat hargai kepercayaan kalian buat saya dan atas ruang dan peluang yang diberikan juga. Kalian tengah baca buku apa sekarang? . Ika seperti biasa every month mesti terselit baca siri Kru Paranormal ini. Siri ini masih on going ya. Jadi kena sabar menunggu setiap siri untuk dikeluarkan. Selepas Shadow People. Kalini Hantu Kilang Lama pula. Dan seterusnya ialah Hantu Jarang Gigi. Jom ke ulasan ringkas. 


Bismillah. 


Kemunculan semula geng Kru Paranormal menambahkan keterujaan saya sebenarnya. Sudah 2 siri watak mereka direhatkan. Demi mencari content menarik untuk channel youtube mereka. Imtiaz & the geng muncul kembali. Kali ini mereka akan ke Jeram, Selangor untuk menjejaki sebuah kilang lama yang dikatakan mempunyai cerita seram tersendiri. Namun, lokasi kilang tersebut sukar ditemui. Itu cabaran yang mereka tempuhi. -- Namun, malangnya, bila sudah sampai di sana. Mereka terkandas kerana kereta rosak dan satu persatu kejadian misteri berlaku dan tambah mengejutkan bila sorang demi sorang mula hilang. Imtiaz keliru dengan apa yang berlaku. Apa yang terjadi selepas itu?




Apa yang saya boleh katakan ialah siri ke 5 ini lebih kepada untuk memanjangkan cerita dan menjawab persoalan yang ada di siri sebelum ini. Kiranya, persoalan yang tergantung disiri sebelumnya ada yang terjawan di siri ini.Ini yang saya puji sebab saya tak suka ditinggalkan dengan tanda tanya tanpa jawapan. Namun,  setelah diamati. Siri ini masih ada kelompongannya sebab mungkin cerita tergantung. Penulis jugua turut memperkenalkan beberapa watak baru. Tiba-tiba rasa nak buat mind map khas untuk watak siri ini saja. Bukannya apa, semuanya saling berkait. Kalau ada mind map senang sikit. 


Jadi, jangan terkejut jika out of nowhere muncul watak dari siri sebelum ini. Memang ada watak yang dapat direcall dan ada yang kena selak semula buku. Mujur saya berbuddy read dengan @prettyandreads & @lysareading. Dapat juga la membantu meningatkan antara satu sama lain! Saya lebih beremosi untuk siri ini kerana banyak watak yang tidak mendapat pengakhiran yang baik. Ramai yang menjadi mangsa keadaan. Bercerita mengenai watak:- 


1. Watak Imtiaz buatkan saya rasa geram. Dia nampak terlalu tenang. Walaupun pada situasi cemas. Saya sendiri tak faham adakah itu stail lelaki. Sejenis tidak panik. Memang perempuan saja ke yang akan menggelabah bila ada perkaya yang diluar jangkaan. Sebab saya rasa tak boleh nak rasa perasaan takut dan cemas dari watak Imtiaz. Frust juga mengenangkannya. 


2. Zamir juga sangat mencurigakan dari segi tindak tanduknya. 


Saya tak sabar nak tunggu siri seterusnya sebab saya harap siri seterusnya tidak menghampakan saya yang sedang gundah gulana ini. Tolong la reveal siapa dalang disebalik semua kejadian pembunuhan kejam ini. Dan siapa si kepala kambing gurun tu. Saya yakin dia manusia bukannya hantu. Can't wait. Overall, siri Kilang Hantu Lama ini masih boleh dibaca. 




Ulasan Buku - Kru Paranormal Shadow People by Khairul Nizam Khairani

9:55 PM 2
Ulasan Buku - Kru Paranormal Shadow People by Khairul Nizam Khairani

 


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️


Tak tifur malam kalau tak sambung baca siri Kru Paranormal yang keempat ni. Saya suka dengan kulit buku Shadow People dan siri yang lain. Sentiasa kagum dengan hasil kerja pereka kulit buku siri ini. Thumbs up.  👍🏻


Jadi, Shadow People secara keseluruhannya mengisahkan tentang seorang budak lelaki bernama Ajin yang ada di dalam previous book -- Imaginary Friend. Tapi masih terdapat sangkut paut dengan watak Maimunah iaitu ibu kepada Aril. Adakah saya patut kasihan dengan watak Aril? Sebab jika tidak silap dia juga sudah melakukan jenayah yang besar sebelum kejadian kan? Hukuman dunia buat Aril kah? Tapi lebih malang kerana dia menjadi mangsa orang yang tersayang.




Dalam Shadow People. Kita akan tahu apa sebenarnya yang terjadi kepada beberapa watak dalam siri lepas dan siri SP ini. Lega bila akhirnya persoalan terjawab. Penulis susun cerita dengan baik. Bahasa yang digunakan juga mudah untuk difahami. Plot twist yang bikin pening kepala dan terkelu. Untuk siri ke 4 ini lebih kepada suspen instead of seram. Entah apa lagi agaknya yang penulis akan berikan untuk siri seterusnya : Kilang Lama. Saya tak sabar menantikannya. #ikareviewbuku




Mengenangkan kisah Ajin yang hidupnya tunggang terbalik. Memang menyayat hati. Budak sekecil itu terdera emosi sehingga membuatkan dia bertindak jauh dek fikiran akal. Tambah malang apabila dia ditemukan dengan orang yang salah dan mengambil kesempatan atas kesempitan hidupnya. Sudahlah keluarga porak peranda. Hidup terumbang ambing. Dipergunakan pula.


Ketika diceritakan mengenai kisah Aloy & Ajin yang lari meninggalkan rumah mereka kerana didera ibu dan ayah tiri sangat menyedihkan. Anak kandung dilayan seperti sampah. Ada masanya terasa laju jalan cerita dan ada masa rasa drag pula. Tapi kemuncaknya tidak sia sia saya tunggu. Bila baca ending dia punya twist macam wow. Berubah  360 darjah ya dia punya jalan cerita. Menarik. 

Sep 5, 2022

Wordless Wednesday -- Book Exchange w preetyandreads

10:41 PM 2
Wordless Wednesday -- Book Exchange w preetyandreads

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Member ni tahu je tau nak spoilkan sis macam mana. Dia bagi buku yang dia suka and at the same time buku yang  paling sis nak beli tapi tak terbeli beli. Thankyou girl. Laff you <3

Ulasan Buku - Miss Adventure by Azwin Nalisa

10:39 PM 1
Ulasan Buku - Miss Adventure by Azwin Nalisa



Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️


Secara ringkas, Miss Adventure mengisahkan tentang 3 beradik (Rufaidah, Uwais & Nuqman) yang terjerumus masuk ke dimensi lain ketika mereka mengikut ibu mereka ke Bota, Perak. Hanya disebabkan sebuah gerobok usang yang ada di dalam bilik tempat mereka menyewa. Atas kenakalan dan kecuaian adik mereka. Sekelip mata mereka ditarik ke dalam almari dan berada di satu tempat yang sangat asing. Mampukah mereka mencari jalan untuk keluar dari dunia asing itu? 

Saya suka dengan jalan cerita dari awal sehingga akhir. Ada vibes Narnia. Disusun dengan baik. Ada perkembangan dari segi jalan cerita dan watak. Saya sendiri selesa dengan cara penulis menulis. Sebab itu memang laju berdesup baca. Tambahan pula ada elemen misteri, fantasi dan pengembaraan. Jadi, lagi teruja nak mengetahui apa yang akan terjadi kepada 3 beradik itu ketika mereka berada di dimensi lain. Pertemuan mereka dengan seorang gadis bernama Anum menambah rencah dalam cerita ini.





 


Selain dari itu, saya rasa sepertinya akan lebih seronok jika dapat mengetahui dengan lebih lanjut cerita Anum sebelum dia berada di tempat asing itu. Apa yang terjadi kepadanya. 

"Orang yang terdesak akan sanggup buat  apa-apa sahaja"

Saya simpati dengan karakter  Anum terutamanya. Membawa diri jauh dari keluarga. Sehingga dia sudah hilang keinginan untuk kembali di sisi keluarganya. Sudah semestinya emosi Anum terganggu. Namun begitu, walaupun dia melalu satu fasa hidup yang tidak indah. Dia sehabis baik membantu 3 beradik ini kerana baginya mereka ini masih ada keluarga yang menyayangi mereka. Tidak seperti dia.

Anum juga seorang yang tetap pendirian. Dia tahu apa yang dia mahukan dan tetap teguh dengan pendirian walaupun dipujuk oleh Rufaidah untuk kembali ke dunia asal. Begitulah. Ada manusia jika kata A. A la. Tak boleh jadi B atau C. Kita kena hormat dengan pendirian orang lain.

Jangan risau jika kalian rasa buku ini akan mengambil masa kalian. Buku ini nipis dan in one sitting saja sudah boleh habiskan. Sesuai dibaca oleh semua peringkat umur (remaja-dewasa) dan yang penting walaupun ada elemen misteri. Ianya tidak sedikit pun membuatkan adik-adik /anak kalian sehingga takut untuk ke tandas.