BOOK REVIEW- TOKSIK BY AFIQ ABRUZZI

2:16 AM


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Sempena bulan Kemerdekaan, FIXI bermurah hati untuk bagi pembaca 3 ebook untuk dibaca. Of course, ika tak lepaskan peluang memandangkan buku yang dieorang bagi baca tu buku baru baru belaka. Cumanya, ada la tempoh masa untuk pembaca baca iaitu sampai 16 September kalau tak silap. So, kalau korang nak tahu macam mana cara nak dapatkan ebook tu, korang boleh pergi ke blog Kak Kasihku Amani. Kak Sha ada tunjukkan cara nak dapatkannya with picture. 

Antara tiga ebook tu, Toksik by Afiq Abruzzi menjadi pilihan ika sebab ika tertarik dengan sinopsis dan cover bukunya. Ika boleh katakan yang sinopsis dia berjaya menarik perhatian ika sebab ika suka baca buku jenis survival game. And, cover buku FIXI tak pernah la tak relate dgn storyline. Salute org yang buat cover buku FIXI. Ika kasi 300/100. 


Siapa sini suka tengok movie game survival mcm Escape Room?. Okay, walaupun Toksik ala-ala Escape Room, tapi ika puji penulis sebab masih ada originality dan kelainan di dalam karya beliau. Penceritaan yang terperinci. Permulaan cerita yang tak slow dan boring. So, ika laju je bacanya. Hanya disebabkan mereka ni tekan YES untuk email yang mereka dapat. Mereka terjebak la dalam satu permainan. Baca ni je terus turn on mood membaca. 


SINOPSIS

Page: 466 Pages 


Pemilihan sebuah kilang lama sebagai tempat untuk bermain game adalah satu pemilihan yg tepat di mana ika boleh imagine mcm mana kilang tu. Game yang disediakan pun menarik. Bila baca nama game macam ala budak budak sangat namanya. Tapi, disebalik nama tu, bahaya sehingga boleh bawa maut. Kiranya, setiap pemain ada probability untuk berjaya dalam game tersebut at the same time mcm bermain dgn psikologi setiap pemain. Yang baca pun rasa stress haha. 

Watak dalam Toksik pun tak banyak. Tapi yang mengunguli keseluruhan Toksik ini adalah Petra iaitu watak utama. Petra seorang manusia yang sel sel otak dia sentiasa berhubung. Masa game tu berlansung, dia punya itak tu sentiasa fikir pasal game. Padahal takda masa kot nak fikir. Dah la nyawa dihujung tanduk. Kalau saya la. Haha. Bahasa yang digunakan penulis mmg lain dari yang lain. Walaupun skema. Masih boleh diterima otak. Ada terselit term perubatan dan matematik which is probability. 

For me, Toksik bukanlah satu naskah yang teruk atau lansung tak boleh dibaca. Ianya masih ada keistimewaannya. Terpulang kepada setiap pembaca mcm mana nak menilai ending Toksik ni. Sepanjang pembacaan, ika rasa ika enjoy baca. Seolah-olah ika turut sama dalam game tu dgn Petra dan yang lain - lain. Wah gitu. Over sangat. 

RATE
Tahniah penulis untuk buku Toksik. Semoga maju jaya! 

"Nyawa? Kau tengok manusia zaman sekarang ni ada nyawa ke? Melekat dengan telefon pintar 24 jam macam bangkai bernyawa, macam zombi. Jasad yang tak ada jiwa, itulah realiti zaman sekarang" 
TOKSIK//AFIQ ABRUZZI



You Might Also Like

10 comments

  1. dah download tapi mood nak baca tu belum sampai lagi..hehe

    ReplyDelete
  2. Sempat jugak download aritu tp xsempat baca.. Huhu.

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak baca buku FIXI, last baca tajuk dia MONARKI. Lepas tu beli tapi masih tersusun elok dekat rak tak sempat nak belek lagi hahaha. Ralit tengok anime dengan baca manga hehe :3

    ReplyDelete
  4. hai . sye tak minat sangat baca buku fixi nie . Kalau novel cintan cintun suka . hahahah . . pernah tanya roomate masa study dulu , best ke baca fixi ? Dia cakap best sangat plus kalau baca buku fixi yang seram , macam real n boleh ghostbumps tetbe.. lain orang lain cita rasakan .

    ReplyDelete
  5. The summary reminds me of Ready Player One and Nerve with a hint of Death Race. Deadly but none toxic liquid injected involved. Thanks for the free download heads-up. Got Toksik in my Ebooks library now.

    ReplyDelete
  6. gee biasa suka genre action romance hihi

    ReplyDelete

TOP COMMENTATORS ♥

Subscribe