BOOK REVIEW - PUAKA PADANG SEKOLAH BY MASZMIRA, KHAIRUL AHMAD & RUBY ANNAS - Jari Jemari Menari

Dec 28, 2020

BOOK REVIEW - PUAKA PADANG SEKOLAH BY MASZMIRA, KHAIRUL AHMAD & RUBY ANNAS


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Bila memikirkan sesuatu tempat itu ketika waktu malam, mesti membuatkan kita terfikir akan suasana yang gelap dan sunyi. Mesti kita rasa something kan? Ika ingat lagi masa pergi ke Bangkok Thailand beberapa tahun lepas. Suasana malam di sana ternyata berlainan sedikit. Tambahan pula bangunan-bangunan mereka yang mempunyai reka bentuk yang menarik namun bukan itu yang ingin diceritakan. Vibes bangunan malam mereka itu membuatkan kita yang melihat rasa tak senang duduk. Especially, sekolah mereka. Huu. Okay, lets proceed ke book review yang ada kaitan dengan sekolah juga. 

Kalini, ika nak review satu buku dari Sri Cerita Hantu, Puaka Padang Sekolah yang ditulis oleh 3 penulis iaitu Khairul Ahmad, Ruby Annas & Maszmira. Sebelum itu, terimakasih sekali lagi ika ucapkan buat Penerbit X kerana berikan buku ini untuk ika baca. Ika sangat hargainya. 

Penulis: Maszmira, Khairul Ahmad & Ruby Annas 

Tahun: 2020 

Harga: RM 10 

Penerbit: Penerbit X 

Mukasurat: 119 muka surat


Cerita 1 : Gelanggang // Maszmaria 

"Jangan biarkan di hidup! Jika dia hidup, kau yang akan mati"

Mengisahkan tentang seorang budak lelaki bernama Zarif. Dia sering tertanya-tanya dengan sikap tukang kebun sekolahnya iaitu Pak Janggut terhadap dirinya. Pak Janggut seolah olah membenci dirinya dan akan marah Mawar, cucu kepada Pak Janggut kerana berkawan dengannya. Dalam masa yang sama, Zarif keliru dengan kejadian mistik yang berlaku di sekolahnya ketika dia baru sahaja menyandang jawatan Pengerusi Persatuan Silay & mimpi yang aneh di dalam tidurnya. 

Apakah yang terjadi sebenarnya ? Apa kaitan antara semua yang dihadapi oleh Zarif? Mampukah Pak Kaza (pak guard / bapa angkat) menyelamatkannya ketika dia di dalam kesusahan. 



Cerita 2 : Tari // Khairul Ahmad 

"Panggil saja kakak. Kak Sari"

Mengisahkan tentang Ain yang kerap bersendirian di hujung padang di sekolahnya. Perbuatan Ain itu menimbulkan perasaan kurang senang Pak Atan (tukang kebun sekolah). Ain sebenarnya merasa terhina dengan perbuatan rakan-rakan tariannya yang menyindirnya "kayu" kerana dia kekok ketika menari. Tambahan lagi, mereka merakam dirinya menari dan masukkan di media sosial. Dia terasa diperlekehkan. 

Entah bagaimana, ketika bersendirian. Ain telah berkenalan dengan seorang gadis cantik bernama Sari. Kemunculan Sari telah memberikan semangat baru buat Ain. Sari juga telah berjanji untuk mengajar Ain menari dan akan melindungi Ain dari rakan yang membulinya. Selepas itu, kehidupan Ain di sekolahnya telah berubah 360 darjah. Sebab? Kena baca ya kalian. Ini favourite ika dalam siri ini. 👌🏻

Cerita 3: Korosu (Bunuh) // Ruby Annas 

Watashi no atama ga miemasu ka? 
Ada nampak kepala saya tak? 

Permulaan cerita yang sangat menyayat hati. Pada zaman dahulu, tentera Jepun berleluasa menganggu penduduk kampung. Termasuk la keluarga Salmah. Salmah telah menyaksikan keluarganya dibunuh oleh tentera Jepun gara-gara mereka mendapat maklumat yang ayah Salmah telah menyimpan radio. Cuba kalian bayangkan, melihat sendiri keluarga dibunuh kejam. Perasaan sebak menyelubungi diri. 

Dan pada ketika ini, ianya mengisahkan tentang beberapa orang pelajar perempuan yang tinggal di asrama. Mereka curi-curi keluar hanya semata-mata membeli sesuatu. Namun, malang tidak berbau. Mereka terjumpa sekumpulan manusia yang berkawad di padang sekolah ketika waktu malam. Mereka ingatkan budak-budak JPAM. Rupa-rupanya? Maya, Sufi dan Nita sangkaan mereka meleset dan mereka masuk ke dunia/ alam yang lain & menyaksikan sendiri kejadian yang menimpa Salmah. 


3 comments:

Atie Zieya said...

kalau cerita hantu jepun ni, mmg i seram uhuhu tapi suka tgk and baca

Sha Mohamed said...

Tak pernah tak best siri ini..
Kali ini pasal padang sekolah pula ye..

Farrah MF said...

Akak memang tengah kumpul siri ni untuk hadiahkan pada member.