BOOK REVIEW - ABANG BODYGUARD NAKAL BY CIK ZALIKHA - Jari Jemari Menari

Jan 6, 2021

BOOK REVIEW - ABANG BODYGUARD NAKAL BY CIK ZALIKHA

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Pertama sekali, ika nak ucapkan ribuan terimakasih buat AHA Publication untuk review copy Abang Bodyguard Nakal ini. Dah lama ika berhajat untuk baca karya yang diterbitkan di AHA Publication. Finally! Ika tertarik dengan warna cover buku terbitan mereka. Pengunaan warna pastel sangat menarik perhatian. Dan buat penggemar pastel colour. Mungkin ini akan menjadi daya tarikan pertama mereka.Tambahan pula, ianya merupakan sebuah novel wattpad dengan 3.6 juta bacaan. Wow. I'm so impressed. 

Sebelum ika memberikan ulasan mengenai ABN ini, sejujurnya ika kurang gemar dengan buku yang tajuknya ada perkataan abang, suami, isteri, miss, mr, cik, encik & nama orang. Namun, itulah tajuk yang paling banyak di atas rak. Kalau pergi ke kedai buku, mungkin tajuk-tajuk ini akan dibelek paling terakhir sekali. Entah kenapa masih ada lagi perasaan sebegini dalam diri sedangkan orang kata Don't judge a book by it's cover. Yang penting isinya. Kan?



“ Muka you, tangan you dan semua anggota you tu kotor untuk pegang I. Lelaki gatal macam you patut mampus saja!” 


Mengisahkan tentang Aisya Maisara, seorang gadis kaya yang terlalu diva. Diva dia tak boleh dibaca berbincang ya. Dia rasa dia paling cantik dan semuanya dia. Orang lain dia tak pandang pun. Ibarat macam bawah tapak kaki dia.  Aisya hidup bersama dengan ayahnya dan ibunya telah meninggal ketika usianya 17 tahun (jika tidak silap). Kematian ibunya meninggalkan kesan yang terlalu besar dan membuatkan dirinya jadi seperti sekarang. Kekwat dan menjengkelkan.


Demi keselamatan Aisha, ayahnya telah mengupah seorang bodyguard yang bernama Dani Iskandar. Dani merupakan bodyguard yang serba boleh dalam menjalankan tugasnya. Namun, perangai Dani yang terlalu berterus terang/ 'transparent' terhadap Aisha membuatkan Aisha angin satu badan. Dengan adanya Dani disisi Aisha jadi Aisha terpaksa menerima walaupun dia tak rela. Mereka kerap bergaduh dan selalunya memang nampak Aisha akan kalah teruk la.

Dani memang buli habis-habisan. Dan pergaduhan mereka itu memang tak kering gusi . Macam ada je benda yang tak kena. Kalau dah gaduh lama lama apa geng?. Lama lama ter-suka. Macam tu la untuk kes Aisha ni. Dia tertangkap cintan pulak dengan Dani. Tapi macam mana agaknya penerimaan Dani terhadap Cik Aisya kekwat ni? 


 "Senakal-nakal aku, buat kau jatuh cinta" 

Penulis: Cik Zalikha 

Muka Surat: 260 mukasurat

Penerbit: AHA Publication


Watak Aisya & Dani memang menghiburkan. Walaupun pada awalnya, ika memang tak dapat nak bendung perasaan menyampah dengan Aisya yang annoying. Tapi, betul kata orang. Jangan

nilai seseorang dengan sikap luaran saja kerana sesungguhnya, kita kena kenal orang itu luar dan

dalam barulah kita tahu. Untuk Aisya, luaran dia memang nampak lain, tapi dalaman dia. Ika puji. :) Dan Dani pula, ika salute dengan kesungguhan Dani menjaga Aisya dalam keadaan “darurat”.

So gentleman


Ada satu perkara dalam buku ini, iaitu adik kepada Dani iaitu Amani. Amani dikatakan berumur 7 tahun dan pada pendapat ika. Cara percakapan dia tak mcm budak umur 7 tahun. Terlalu petah dan matang. Agak kekok juga sedikit bila baca . Tapi it's okay. Sebab mungkin ini personal problem ika. Tapi, ikutkan budak sekarang memang matang sebelum usia. Haha. 


Dan untuk Puteri. Mohon tiada la manusia macam kau. Depan baik belakang semut pun tak mati. Pakaian yang tidak menunjukkan identiti diri. Emo betul dengan watak Puteri. Aisha yang kerek 1000 kali ganda lagi bagus dari engkau. See bayangkan kenapa agaknya ika cakap watak Aisha dari ini ke ini. Ke buruk ke baik atau ke buruk ke lebih baik? Yang mana agaknya?


Secara keseluruhan, ika enjoy baca Abang Bodyguard Nakal ini. Tahniah buat penulis, Cik Zalikha. Teruskan berkarya. :) 


5 comments:

Syaz Rahim said...

Lucu pulak tajuknya hehe

Atie Zieya said...

budak umur 7 tahun klu terlalu mcm org tua sngt.. i sendiri pun tak suka and tak selesa

Ana Jingga said...

boleh jadi drama siri ni lepas ni kan :)

anakdenesor said...

tu dia tikam belakang lagi terok woo..

Sha Mohamed said...

Adoi.. Comelnya tajuk dia Ika.. hehehe