February 2021 - Jari Jemari Menari ♡

Feb 28, 2021

BOOK WRAP UP FEBRUARY 2021

9:05 AM 7
BOOK WRAP UP FEBRUARY 2021


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️️

Bertemu kembali dalam entry Book Wrap Up untuk bulan Feb 2021. Rasa macam tak percaya yang bulan ini berlalu dengan sangat pantas dan ika ada rasa seperti terkejar-kejar untuk semua benda yang ika buat. Entry blog pun hanya ada 11 post sahaja. Bukanlah satu pencapaian yang baik. Ika harap dapat hasilkan lebih banyak entry lagi. Ika lebih banyak meluangkan masa di Instagram sebenarnya. Jadi boleh la follow ika di IG :) 

Dalam masa yang sama, bulan ni ika tak dapat nak konsisten baca & review buku dan itu membuatkan kerja ika banyak pending. InshaAllah bulan March nanti kita cuba konsisten balik. 
Tapi, apa-apa sekalipun ika masih bersyukur diberikan kesempatan waktu untuk mencuri sedikit masa untuk membaca walaupun sekejap. 


Bulan ini, ika baca 10 buah buku. 4 buah buku fizikal & 6 ebook. Antara seba utama kenapa ika lebih banyak baca ebook sebab waktu yang kerap dicuri untuk membaca ialah sebelum nak tidur. Capai handphone dan kemudian terus baca. Bila ika baca ebook, ika selalunya akan menjadi seorang pembaca yang fast reader. Kadang tak terasa sangat pun yang buku dah nak ke akhir muka surat :) Haha. Cuma biasalah dugaan membaca masa sebelum nak tidur ni, kita punya mata mungkin dengki dan tak dapat nak beri kerjasama sangat bila dah waktu dia sepatutnya pejam mata haha. 

By the way, apa yang ika perasan. Bulan 2 ini, bahan bacaan ika lebih nipis dan jalan cerita juga tidak berat. Hanya ada sebuah dua saja novel yang ika baca. Memadai sudah. Buku yang ika sudah baca tapi tidak diulas di mana-mana media social, ika tidak kira sebagai wrap up untuk bulan ini. Kita bawa ke bulan seterusnya okay. 

Buku Fizikal
• Malam 1000 Bulan / @kakaksscribble ⭐️⭐️⭐️⭐️
• Boba Girl / @sabrinaismail ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
• War Of Love / Wannie Nordin ⭐️⭐️⭐️⭐️
• Wira Kera / Hafiz Ismail ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Ebook ( Swipe sebelah)

• Umar Hatta / Jaja Ahmad ⭐️⭐️⭐️⭐️
• Puaka Rempit / Khairul Nizam Khairani ⭐️⭐️⭐️⭐️
• Puaka Bilik Darjah / Rhea ⭐️⭐️⭐️
• Mukbang Girl / @sharinaelisanovelist ⭐️⭐️⭐️⭐️
• Miss Awesome / @osmndeen ⭐️⭐️⭐️⭐️
• Misi Reunion / Nazry Salam ⭐️⭐️⭐️⭐️

Keseluruhannya, ika seronok dengan pemilihan buku yang ika baca pada bulan ini dan ika harap ika dapat baca banyak buku yang bagus-bagus.  Jumpa lagi dalaam wrap up bulan seterusnya. InshaAllah. Ika juga ada niat untuk meneruskan misi exchange box untuk bulan hadapan. Nanti apa-apa ika akan update disini. 

Terimakasih kerana sudi singgah blog JJM dan baca entry yang biasa-biasa ini. Ika harap sedikit sebanyak ada beberapa perkara yang boleh mendatangkan manfaat buat kalian. 

Feb 20, 2021

BOOK REVIEW - BOBA GIRL BY SABRINA ISMAIL

3:09 AM 2
BOOK REVIEW - BOBA GIRL BY SABRINA ISMAIL


 Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️️

Dah lama ika perhatikan buku-buku keluaran Bookiut, PTS ini. Ika suka dengan kulit buku mereka yang comel. Memang buku keluaran Bookiut khas buat budak sekolah - remaja. Jadi, ini mungkin strategi mereka untuk menarik perhatian budak. Dengan ilustrasi yang cantik dan warna yang menonjol. Memang dari jauh boleh nampak. 

Masalahnya, yang bukan budak pun tertarik ni macam mana?. Jangan risau sebab setelah ika habiskan Boba Girl ini, ternyata kita yang dewasa ni pun boleh baca. Ini buku pertama dari Bookiut yang ika baca. Ika ada juga baca tajuk yang lain seperti Mukbang Girl. Memang, ika suka sangat sebab in one sitting dah selesai baca. Dan buku ni sangat nipis. Sesiapa yang dalam mood reading slump tu digalakkan baca bahan bacaan yang nipis. 

Penulis: Sabrina Ismail

Penerbit: Bookiut

Harga: RM 10

Ika memilih untuk baca Boba Girl ini disebabkan blurb di belakang buku. Menarik. Ada elemen misteri. Sebelum itu, terimakasih untuk review copy ini. Tak menyesal pilih buku Boba Girl ini untuk dibaca pada bulan ini.

MISTERI | PERSAHABATAN | KEPERCAYAAN | PERSEPSI

Mengisahkan tentang seorang instafamous bernama Naza. Naza yang masih bersekolah merasakan dengan menjadi seorang instafamous itu dapat menjana pendapatan tambahan buat dirinya. Duit poket selit tepi namanya. Content yang dibuat di Live IG selalunya berkenaan dengan review barang. Lama kelamaan Naza merasakan bahawa followersnya makin berkurangan dan dia perlu lakukan sesuatu demi menarik semula perhatian followersnya. Atas cadangan rakan sekolah Naza, Naza mulakan content baru iaitu Boba Tea. Disitulah penjelajahan Naza bermula. Misi mencari Boba Tea yang sedap. 

" Hidup perlu sentiasa ada pembaharuan dan penambahbaikan. Kita tidak boleh terlalu lama berada di takuk lama. "

Sehinggalah pada suatu malam. Ketika di dalam Grab. Naza telah ternampak sebuah gerai dalam perjalanan balik ke rumah. Gerai tersebut ada jual Boba Tea dan itulah Boba yang paling sedap yang pernah dia minum. Dia ketagih dan mula membeli boba tersebut selama 3 kali. Dan tanpa menunggu masa yang lama. Naza telah mengajak geng Queen Bees untuk ke gerai Boba tesebut. Malangnya, ketika di tempat tersebut. Gerai boba itu tiada. Dan yang paling mengejutkan, tempat tersebut ialah tapak tinggalan. Apa agaknya yang dilakukan oleh Naza selepas itu? Betul atau tidak kedai boba itu wujud? Siapa yang menjual boba itu kepada Naza pada waktu malam? Misteri. Memang misteri. 

Sungguh. Asalnya, dah cuak sangat bila memikirkan Naza & kedai boba dia yang tidak wujud itu. Naza depress atau berhalusinasi?. Sebab, mungkin la dia terlalu banyak berfikir nak mencari content terbaik sehingga abaikan kesihatan diri. Mana tahu kan. Tapi, ternyata penulis bagi satu kepuasan yang baik pada endingnya. In one sitting berjaya habiskan buku ni. Seronok sangat baca. Gelojoh juga nak menghabiskan sebab eksited sangat nak tahu endingnya. Tahniah penulis. Teruskan berkarya. ❤️

Fakta: Esoknya lepas baca buku Boba Girl ini, ika terus pergi beli Tealive haha sebab craving!

Kalian boleh beli buku keluaran Bookiut ini untuk dijadikan hadiah buat anak-anak kecil yang berada di sekeliling kalian. Ini pasti memberi kegembiraan buat mereka. 




Feb 12, 2021

BOOK REVIEW - MALAM 1000 BULAN BY NIRROSETTE, MSTEJA, LILA VEE, ASHANY & DIYA NORDIN

1:38 AM 18
BOOK REVIEW - MALAM 1000 BULAN BY NIRROSETTE, MSTEJA, LILA VEE, ASHANY & DIYA NORDIN

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️️

Buku yang ke 15/100 ialah Malam 1000 Bulan dari 5 orang penulis. Masa terima parcel dari Kakaks Scribble, Ika tak baca blurb atau review di Goodreads pun mengenai buku ini. Ika nak rasa first impression masa baca tu. Ini buku ketiga dari Scribble Media yang ika dah baca. Setakat ini, memang mereka mengeluarkan genre cinta sahaja. Mana tahu akan datang akan lebih banyak lagi genre lain yang ada. 

Sama sama kita doakan. Let's proceed to the review. 



Terimakasih Kakaks Scribble kerana keluarkan buku yang memang manis ini. Mula-mula bila tengok nama 5 penulis yang ada dekat buku. Rasa macam pernah nampak nama penulis tapi tak pasti pernah baca karya mereka atau tidak. Ternyata, bila check semula. Tak pernah baca T.T
Tapi apa yang sis suka pertama sekalinya ialah vibes dari kesemua penulis. Vibes kemanisan overdose watak dalam 5 cerita ini boleh dipuji. 

1. Love. Kaseh

Adam-Kaseh. Mengisahkan tentang Kaseh yang cuba menyesuaikan diri apabila opah suaminya, Adam. Tinggal sementara dengan mereka. Dalam keadaan mengandung, Kaseh cuba sehabis baik untuk melayan kerenah opah Adam. Namun, ada saja yang tidak kena di mata opah sehingga tercetus salah faham antara Kaseh & Adam. 

Saya suka cerita ini sebab cukup semuanya. Watak Kaseh & Adam pun tidak keterlaluan manisnya. Masih boleh diterima dan opah Adam bagi saya apa yang dia tegur dan buat itu memang ada betulnya. Cuma cara opah itu sedikit kasar. Orang tengah mengandung ni kan sensitif. Jadi teguran opah itu mungkin membuatkan Kaseh rasa dia memang taktahuapaapa. 

2.Daun Mapel Di Ufuk Senja

Ben-Nawaar: Cerita mengenai frontliner, Covid 19 & PKP terasa dekat ketika membaca cerita ini. Gara-gara Nawaar menjadi kontak rapat dengan salah seorang pesakitnya. Dia dikuaratinkan. Muncul Dr Ben yang beku perangainya menimbulkan pelbagai persoalan. Ben sebenarnya okay ke tidak dengn dia ni? Apa yang Ben tengah cuba nak buat?  

3. Lily Ameena.. Yang Manis

Adham-Lily: Pertemuan Lily & Adham terjadi ketika Lily baru saja putus tunang. Di saat dia kecewa dengan Aqram. Ada manisnya pada pertemuan pertama mereka. Seterusnya, mereka semula gara-gara RM10. Fall in love sangat dengan cerita ni ❤️

4.Tart Nenas Honey Madu 

Ayden- Hanni: Gara-gara elaun ditarik balik kerana WFH. Jadi, Hanni bertindak untuk menjual biskut raya iaitu tart nenas cadbury. Sedapnya. Dan satu peristiwa di pasar telah menjadi titik permulaan perkenalan antara Hani dan this guy. Isunya ialah mereka berdua mempunyai perbezaan umur yang ketara. Apa yang akan terjadi seterusnya?

5.Dear Ayah

Andes- Hannah: Pertemuan mereka di negara Turki menimbulkan perasaan aneh. Namun perbezaan agama menyekat perasaan itu. Apa yang akan dilakukan Andes? Terasa dekat sangat cerita ini di hati. Mungkin mengangkat tema kekeluargaan. Hannah menulis apa saja di dalam bukunya seolah-olah dia bercerita kepada arwah ayahnya. Taktahu la sedih betul la cerita pasal family ni. 

Overall semuanya manis. Titik. 







Feb 11, 2021

Nyahplastik Buku dari PTS Media Group

5:33 PM 4
Nyahplastik Buku dari PTS Media Group

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️️

Ini merupakan entry pendek. Asalnya nak publish untuk Wordless Wednesday tapi terlupa pulak haha. Jadinya, macam mana eh nak buat. Kena la jugak menulis sesuatu . Dah tak dapat nak wordless sangat dah. 

Bulan ini tiada plan untuk membaca genre apa. Tapi, ika cuma aim untuk variasikan bahan bacaan semampu yang boleh. Kalini, ika pilih 5 buku dari PTS Publication. Ika perasan PTS sekarang sudah mengeluarkan banyak buku yang best-best. Kalian juga boleh cuba tengok website mereka. Oh ya, lupa nak beritahu. PTS ada membuat giveaway di Instagram. Terdapat 8 buah buku yang boleh kalian pilih jika kalian menang. 


  • Komik Wira Kera: Legenda Seorang Raja 
  • The Memoirs Of Sherlock Holmes 
  • Boba Girl 
  • Aisyah Keanggunan Sejati 
  • Malaikat Bertali Leher

Selamat menonton video nyahplastik dari ika. Ika nak improve kualiti video. So, setiap hari tu jenuh fikir apa nak kena buat. Kalian doakan la supaya ika dapat buat video yang helok. Dan support ika di Instagram juga ya. :) 



Scan code ini untuk ke Instagram PTS. (Giveaway Sempena #BookGivingDay)

Feb 6, 2021

BOOK WRAP UP JANUARY 2021

4:11 AM 5
BOOK WRAP UP JANUARY 2021

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Ketinggalan keretapi ni, orang dah masuk bulan Februari. Ika baru nak menulis wrap up untuk bulan Januari. Wrap Up ini dibuat hanya semata-mata untuk diri sendiri. Nanti, boleh ika recap semula apa yang menarik pada bulan tersebut. Memandangkan, Bulan Jan start PKP 2.0 dalam pertengahan bulan. Jadi, tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan. Selain meluangkan masa dengan keluarga & buku. Tapi, ada la beberapa perkara yang ika boleh highlight sepanjang bulan satu ini. 

Jom, kita mulakan. Bismillah. 

Buku 

Tahun ini, seperti yang kalian perasan di sidebar blog Ika. Ika ada letakkan Goodreads Challenge bagi tahun 2021. Target bacaan hanyalah 100 buah buku. Sejujurnya, ika lebih banyak membaca buku fiksyen. Kerana, setiap pembaca ada bahan bacaan favourite yang tersendiri. Tapi, ika ada juga aim nak baca sekurang-kurangnya 4 buah buku self help pada masa akan datang. 

Ebook
  • Terakhir: Ayeshah Amani  4⭐️
  • Bukan Bidadari Syurgamu : Ayeshah Amani 4⭐️
  • Syarat ke 3 : Aku Orang Biasa  2⭐️
  • Misteri Makhluk Aneh ( Buku Kanak-kanak) 3⭐️
Buku Fizikal 
  • Bulan Hijau Untuk Ara: Nurfizkkmi 3⭐️
  • Percaya Pada Janji: Cik Mardiah 4⭐️
  • Hero Si Pembuli: Farra Farisha 4⭐️
  • Terima Kasih Cinta : Moon Leeya Zafrina 4⭐️
  • Siri Puaka Makmal Sains Sekolah: Hasif Rayyan, Lavender Biru & Siti Solehah 4⭐️
  • Siri Puaka Tandas Sekolah: Aida Anggerik, Rhea & Ilmar Imia 4⭐️
  • Kisah Pulau Mentagan : Kamaludin Endul 3⭐️
  • Buergermpak: Aloy Paradoks, Reyza Mukmin & Bias 2⭐️
  • Bukan Kitab Rumi 2 : Rumi 3⭐️
  • Cinta Senakal Dia : Lauren Alyrra 3⭐️
Membaca bukan untuk berlumba sama sekali siapa baca banyak &  siapa boleh habis banyak buku dalam satu bulan. Bukan. Jangan ada mindset sebegitu. Kerana, setiap buku yang dibaca, kita kena kutip pengisian yang ada meskipun ianya buku fiksyen. Jangan prejudis dengan pemilihan bahan bacaan orang lain. 
Dan jangan kondem orang yang suka baca buku cinta. Sebab dalam buku cinta, masih ada juga ilmu yang terselit. Macam contoh, dalam ebook Bidadari Syurgamu, ada menceritakan mengenai penyakit kanser kulit.Itu juga kan ilmu :) 

Untuk diri sendiri, satu percubaan yang baik dengan membaca 14 buah buku untuk bulan Jan. Fighting!