BOOK REVIEW - MALAM 1000 BULAN BY NIRROSETTE, MSTEJA, LILA VEE, ASHANY & DIYA NORDIN - Jari Jemari Menari

Feb 12, 2021

BOOK REVIEW - MALAM 1000 BULAN BY NIRROSETTE, MSTEJA, LILA VEE, ASHANY & DIYA NORDIN

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️️

Buku yang ke 15/100 ialah Malam 1000 Bulan dari 5 orang penulis. Masa terima parcel dari Kakaks Scribble, Ika tak baca blurb atau review di Goodreads pun mengenai buku ini. Ika nak rasa first impression masa baca tu. Ini buku ketiga dari Scribble Media yang ika dah baca. Setakat ini, memang mereka mengeluarkan genre cinta sahaja. Mana tahu akan datang akan lebih banyak lagi genre lain yang ada. 

Sama sama kita doakan. Let's proceed to the review. 



Terimakasih Kakaks Scribble kerana keluarkan buku yang memang manis ini. Mula-mula bila tengok nama 5 penulis yang ada dekat buku. Rasa macam pernah nampak nama penulis tapi tak pasti pernah baca karya mereka atau tidak. Ternyata, bila check semula. Tak pernah baca T.T
Tapi apa yang sis suka pertama sekalinya ialah vibes dari kesemua penulis. Vibes kemanisan overdose watak dalam 5 cerita ini boleh dipuji. 

1. Love. Kaseh

Adam-Kaseh. Mengisahkan tentang Kaseh yang cuba menyesuaikan diri apabila opah suaminya, Adam. Tinggal sementara dengan mereka. Dalam keadaan mengandung, Kaseh cuba sehabis baik untuk melayan kerenah opah Adam. Namun, ada saja yang tidak kena di mata opah sehingga tercetus salah faham antara Kaseh & Adam. 

Saya suka cerita ini sebab cukup semuanya. Watak Kaseh & Adam pun tidak keterlaluan manisnya. Masih boleh diterima dan opah Adam bagi saya apa yang dia tegur dan buat itu memang ada betulnya. Cuma cara opah itu sedikit kasar. Orang tengah mengandung ni kan sensitif. Jadi teguran opah itu mungkin membuatkan Kaseh rasa dia memang taktahuapaapa. 

2.Daun Mapel Di Ufuk Senja

Ben-Nawaar: Cerita mengenai frontliner, Covid 19 & PKP terasa dekat ketika membaca cerita ini. Gara-gara Nawaar menjadi kontak rapat dengan salah seorang pesakitnya. Dia dikuaratinkan. Muncul Dr Ben yang beku perangainya menimbulkan pelbagai persoalan. Ben sebenarnya okay ke tidak dengn dia ni? Apa yang Ben tengah cuba nak buat?  

3. Lily Ameena.. Yang Manis

Adham-Lily: Pertemuan Lily & Adham terjadi ketika Lily baru saja putus tunang. Di saat dia kecewa dengan Aqram. Ada manisnya pada pertemuan pertama mereka. Seterusnya, mereka semula gara-gara RM10. Fall in love sangat dengan cerita ni ❤️

4.Tart Nenas Honey Madu 

Ayden- Hanni: Gara-gara elaun ditarik balik kerana WFH. Jadi, Hanni bertindak untuk menjual biskut raya iaitu tart nenas cadbury. Sedapnya. Dan satu peristiwa di pasar telah menjadi titik permulaan perkenalan antara Hani dan this guy. Isunya ialah mereka berdua mempunyai perbezaan umur yang ketara. Apa yang akan terjadi seterusnya?

5.Dear Ayah

Andes- Hannah: Pertemuan mereka di negara Turki menimbulkan perasaan aneh. Namun perbezaan agama menyekat perasaan itu. Apa yang akan dilakukan Andes? Terasa dekat sangat cerita ini di hati. Mungkin mengangkat tema kekeluargaan. Hannah menulis apa saja di dalam bukunya seolah-olah dia bercerita kepada arwah ayahnya. Taktahu la sedih betul la cerita pasal family ni. 

Overall semuanya manis. Titik. 







18 comments:

Sha Mohamed said...

Wah.. dah buku ke 15.. Tahniah Ika.. Kak Sha dah stuck ini..
Rasa cam semangat balik bila tengok review-review Ika ini.. Nak smabung lah membaca.. hehehe..

AzianKhalil said...

Adehh...belum ada buku baru tahun ni...Tahniah dah buku ke 15

Cik TK said...

5 kisah yang penuh kemanisan. Mesti best baca ni...

Min said...

Macam menarik buku nih, terima kasih untuk reviewnya. Tahniah juga sebab buku dah 15.

Huda Halid said...

wah ni novel ada gabungan dari 5 author yer? menarik boleh baca macam2 cerita dalam satu buku

Tekkaus said...

Sounds like a really good read to fill up the time beneficially. The stories are sweet and candid.

Tini Alif said...

Wah! Dah buku ke 15 daripada 100 yang ditarget... this is good... tahniah Ika... Saya pun dok tengah tetapkan hati untuk completekan misi juga ni... based on review ni, manis nampaknya buku gabungan 5 penulis ni... akan ku recce kemanisan itu dalam waktu terdekat...

Sis Lin said...

Mood membaca Sis belum sampai ni, tapi kalau dapat buku jenis 5 penulis macam ni best juga.. sebab ada bermacam kisah dalam satu penceritaan..

Nina Mirza said...

Dah lam tak layan baca novel. Sesekali teringin juga, seronok bila kita join berimaginasi watak watak dalam buku ni

Ummi | Ummi Goes Where? said...

Wah, buku ke 15 dah? Target 100? Saya target 24 je setiap tahun. Paling byk saya pernah baca 60 dalam masa setahun, tu pun rasa macam rushing sangat, jadi saya hadkan setakat 40.

Nadia Johari said...

Baca ika cerita sinopsi pendek macam tu ade beberapa buku yang berkenan pulak..ehhee. Macam yang jual tart tu, mesti sweet cerita dia..ehhee..Nad bab buku memnag jarang baca..

Rawlins GLAM said...

Rajinnya dah 15 dah. Rawlins baru 3 buku. Takde masa sebab WFH mengganggu jadual membaca hahaha

Rolling Grace said...

what a great review. this looks like such a fun book to read during free time. cant wait to add it to the list!

AyuArjuna BiGoshh said...

Seronok bila dah start membaca.. setakat pkp ni baru 2 buku jer abis dibaca

Emi said...

Bagusnya masih rajin baca buku. Emi ni dah berzaman tak baca buku, tak sempat. Even novel pun beli tapi tak berusik lama dah. Anything banyak duk google je. Baca benda kat internet elok je, tapi nak baca buku haihhh liat.

Sunshine Kelly said...

Wah bagus juga hobi membaca especially during musim PKP buat something beneficial.

Mahamahu said...

5 sekali novel boleh baca dalam beberapa hari kita mahu dalam 5 bulan baru habis wakakakak.. tapi tajuk semua memang mengancam lah bila baca sinopsis kat sini kita boleh faham novel ni terima kasih kerena tejemah cara mudah buat orang macam kita yang memang malas baca novel ni wakakakakaka..

Alia Farhan said...

Dasyat target 100 buku.. I da jarang baca buku.. Selalu layan e novel😅
Kalai baca buku asyik terlangkup ja buku tu ke muka