MOVIE REVIEW - THE GIRL ON THE TRAIN (2021) - Jari Jemari Menari

Mar 10, 2021

MOVIE REVIEW - THE GIRL ON THE TRAIN (2021)


 Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️️

Harini, ika nak share latest movie yang ika tengok dekat Netflix semalam. Sebenarnya, ika tau yang The Girl On The Train ni asalnya dari sebuah buku bestseller dari penulis British yang bernama Paula Hawkins. Dipublish pada tahun 2015. Jadinya, buku ini sudah pun diadaptasi ke movie Inggeris yang dilakonkan oleh Emily Blunt. Itu serba sedikit yang ika tahu mengenai tajuk movie ini. 

Tapi, ika lebih suka tengok versi bollywood untuk movie adaptasi ni sebab mungkin ika lagi seronok rasanya. Movie ini sudah semestinya bergenre psikologi thriller. Genre kesukaan ika. Dan, kalau kalian tengok di Netflix. Kalau tak silap ada subtitle BM. 


Initial Relase: February 26, 2021

Starring: Parineeti Chopra, Aditi Rao Hydari, Kirti Kulhani, Avinash Tiwari

Adapted by: The Girl On The Train 

Director: Ribhu Dasgupta 


DENDAM | PSIKO | THRILLER

Secara ringkasnya, Mira Kapoor ialah seorang peguam di luar negara. Ketika dia mengendalikan sebuah kes, kes tersebut berpihak kepadanya dan lawannya dikenakan hukuman penjara. Dan pada saat itu juga, dia mendapat berita gembira bahawa dia mengandung. 

Jadi, dia berehat sebentar dari kerja dan menjalani kehidupannya bersama suami dan anak yang dikandung dengan bahagia. Namun, semua berubah apabila Mira dan suaminya mengalami kemalangan, dilanggar oleh kereta dan disebabkan itu Mira kehilangan anaknya dan suaminya juga telah berkahwin lain atas alasan yang Mira ini berubah kelakuan. Ketika melakukan sesuatu perkara, esoknya Mira akan bangun dan berlagak seperti biasa kerana dia tidak ingat dengan perbuatan yang dia lakukan. 

Kelakuan Mira menganggu suaminya dan mereka mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing dan Mira juga mula ketagih minum arak untuk menyembunyikan kesedihan dan untuk melelapkan matanya. Nak dijadikan cerita, Mira menghabiskan masa dia di dalam keretapi kerana dia suka melihat rumah idamannya dan dia selalu memerhatikan tuan rumah tersebut. Katanya, dia mengimpikan kehidupan seperti tuan rumah tersebut yang bernama Nusrat. Pada suatu hari, berlaku sesuatu yang membuatkan semuanya porak peranda. Mira terjebak dalam permainan seseorang dan disitu dia mula bangun mempertahankan diri. 



Secara jujurnya, ika suka dan tiada masalah dengan cerita ini. Sebab ika suka plot twist yang ada. Permulaan cerita yang baik sehinggakan ika tak berganjak sedikit pun dari tempat duduk. Ika sangkakan yang cerita ini boring sebab rasa macam boleh predict jalan cerita dan kalau tengok tajuk rasa macam ni mesti banyak scene dalam keretapi je. Namun, sangkaan ika meleset sama sekali. 

Ika suka di mana setiap watak dalam cerita ini memainkan watak mereka dengan baik. Watak Mira Kapoor memang menjadi. Ika simpati dengan nasib yang menimpa dia. Sudah jatuh ditimpa tangga. Dari asalnya memiliki satu kerjaya yang bagus dan keluarga yang bahagia. Tambahan pula, bila bakal menimang cahayamata. Macam sempurna la kehidupan dia. Tapi itulah, kehidupan yang ada turun naiknya. Mira Kapoor terpaksa bangun dari penceraian, kesedihan melampau dan kehilangan diri sendiri. Memang tabah watak Mira ni! Salute! 

Kalian mesti akan macam aim someone sebagai suspek dalam cerita ni.Tapi at the end of teh story, ada banyak sangat kejutan. Dimana kita rasa macam kena tipu pun ya haha. Sebab tak sangka suspek tu orang yang ish malas nak cakap. Kena tengok okay. 

Dan okay, Nak puji la. Suka tengok muka Nusrat dalam cerita ni. Cantik haha. 

Sesiapa yang suka tengok cerita thriller yang nampak seperti straight forward tapi tidak. Dan untuk orang yang tidak cerewet dan tidak memilih cerita. Ini sesuai buat kalian. 

16 comments:

AzianKhalil said...

teringin nak tengok..tp takde geng pulak

Sha Mohamed said...

Filem kalau plot twist memang seronok nak tengok.. tq share..

Atie Zieya said...

okay! put in the list :)

Ezna Khalili said...

Oh ada tengok cerita ni. Bila tiap2 hari dia naik train, dia akan lalu rumah seorang perempuan ni. Dia selalu tengok perempuan ni. Tak silap yang jahat sebenarnya suami dia.

Hasif Hamsyari said...

wahhh tengok trailer dia je dah nampak thrilling dan promising! kena masuk dalam watch list ni. free free nanti bolehlah tengok. genre psiko thriller ni pun my fav jugak!

Rawlins GLAM said...

No wonder tak kenal pelakon dia tu, rupanya India's version. Boleh gak layan la nie kelak

Bae Roslan said...

suka sangat genre film yang camni. harus bookmark nak tengok nanti

Sis Lin said...

Haritu tengok separuh, laaa ada suspen ke? aduh nak kena habiskan gak lee sampai habis cite ni.. sebab yang rapat dengan dia tu, ermm takkan laaaaa

AyuArjuna BiGoshh said...

Dah tgk movie ni tapi ramai yg Kaya versi English punya LAGI best

Kitkat Nelfei said...

Wahh, macam thrill jer cerita ni.. tergantung disitu macam kena find out what happen next skrg juga :)

Rolling Grace said...

wow, can see that this is going to be an exciting movie even just from the screenshots you shared. thanks for the beautiful review!

Zaza Azman said...

Hindustan buat remake ye. Sbb za rasa dh tgk yg English movie. Takpe letak dlm list.. Nnt leh tgk

Mahamahu said...

Cerita Tamil ker Hindustan ni heheh hero dan heroin tak pernah nampak hehehe best ker kita suka part menari dan menyanyi kalau melibatkan orang ramai-ramai hehehehe best...

Faries said...

Ok nk kena tengok ni. Mcm best je. Kita mmg minat cite hidustan. hehehe

siennylovesdrawing said...

I have not watched this movie & thanks for sharing your review here. This gonna be my weekend watch this Sun :D yeah!! cheers, siennylovesdrawing

Faiq Najmi said...

Tengok trailer pun dah best, so kena langgan netflix ni sebab nak tengok full movie yang ada plot twist ni.