BOOK REVIEW - JANJI BY NOOR AZLIN - Jari Jemari Menari

Jun 16, 2021

BOOK REVIEW - JANJI BY NOOR AZLIN

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️


Buku Janji ni lansung tiada dalam list untuk dibaca pada bulan ini. Tapi mengapakah boleh terbaca? Sebab baca mukasurat pertama, rasa menarik dengan konsep yang dibawa oleh penulis iaitu reinkarnasi. Menarik kan? :) Reinkarnasi tu bahasa ringkasnya ialah seperti dilahirkan semula tapi dala jasad orang lain dan kepercayaan ini tiada lansung dalam agama Islam ya. 

Mengisahkan tentang Chika yang terjaga dari koma dan dia mengaku yang dirinya bukan Chika tetapi Azira. Siapa Azira? Seorang pelakon/model yang mati setahun lepas di apartmentnya. Dikatakan Azira telah dirompak. Dan Chika, dia telah bikin huru hara keadaan. Ingatkan dia bohong. Tapi semua pasal Azira dan apa yang dia katakan memang benar.

Ikutkan, masa mula baca tu okay. Sebab tertanya-tanya betul ke si Chika ni. Atau dia gebang buat-buat lupa dekat keluarga asal dia. Lagi-lagi mak dia yang macam Dato Vida tu haha. Annoyed kot! Mungkin itulah sebab dia pura-pura lupa mak dia haha tapi itulah, dia bermati-matian nak jumpa dengan keluarga Azira. Dan mak Chika sebab sayangkan anak dia. Dia minta keluarga Azira jaga sementara Chika.

•Banyak watak sampingan. Kalau korang skip page, confirm lost. Sebab semuanya akan saling berkait rapat.

• Konflik rumahtangga yang paling dibenci. Curang! Kenapa kena curang kalau isteri atau suami dah cukup baik. Ada anak. Kehidupan pun bukanlah papa kedana teruk sangat. Pelik manusia sekarang. Curang itu pilihan. 

• Dalam Janji ni, kita dapat lihat. Duit boleh buat manusia lupa diri. Disogok wang terus boleh buat kerja yang hina. Halal haram belakang kira dah. 

• For me personally, kisah cintan cintun Jed & Irfan okay. Sebab pernah baca lagi teruk dari kisah dieorang ni berkasih sayang. Haha 

• Ending dia buatkan saya rasa di pertengahan rasa. Suka dan tak suka haha. Tapi apa yang saya tahu. Hanya disebabkan janji. Semuanya terjadi.


No comments: