Serigala Jahat 2021 - Jualan Buku Online Kembali Lagi! - Jari Jemari Menari

Jun 10, 2021

Serigala Jahat 2021 - Jualan Buku Online Kembali Lagi!

 

 Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Sebenarnya, ika baru ingat nak puasa beli buku. Sebab ika nak habiskan TBR (To Be Read) di rak. Tapi, bila ika nampak poster oren Big Bad Wolf ni. Ika rasa macam nak ponteng puasa. Haha. Sebelum Covid, ika rasa setiap kali BBW buat Pesta Buku di Mines. Ika selalu pergi walaupun nak beli 1-2 buah buku. Ika suka tengok buku-buku yang banyak tersusun. Rasa macam syurga buku betul. 

Kalau sesiapa yang baru pertama kali dengar mengenai Serigala Jahat ini. Ika akan ceritakan serba sedikit mengenainya sebelum kita ke tajuk asal okay? 

Jualan Buku Big Bad Wolf yang pertama kali diadakan di Malaysia pada tahun 2009 dan terbukti berjaya. Pada tahun 2016, Big Bad Wolf menjadi global, penjualan buku pertama di luar negara di Indonesia, dan kini telah mendapat lebih dari 30 bandar di 12 negara termasuk Kemboja, Indonesia, Korea, Myanmar, Pakistan, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Sri Lanka, Taiwan, Thailand, Emiriah Arab Bersatu. Berjuta-juta pelanggan telah hadir acara penjualan buku fizikal ini dengan pelbagai jenis buku hebat dengan harga yang berpatutan.


Ada berita gembira yang ika nak share dengan kalian. Kepada semua penggemar buku terutama pengemar buku Bahasa Melayu & yang tengah mencari buku untuk dibaca masa Lockdown ini. Bosan barangkali terperap di rumah? Kalian tidak perlu lagi susah hati. Kalian boleh cuci mata di.. 

SERIGALA JAHAT 



Jualan Buku Online dari Big Bad Wolf akan berlansung pada 11 Jun 2021 sehingga 17 Jun 2021. Dengan menawarkan diskaun sehingga 95% untuk lebih dari 60,000 judul. Buku yang ditawarkan juga bukan sahaja buku Bahasa Melayu. Malahan, ada juga buku Bahasa Inggeris, Box Set, Alat Tulis, Hadiah & macam-macam lagi. Antara publisher yang terlibat bukan calang-calang antaranya ialah:- 

  • PTS Publication 
  • FIXI 
  • Iman Publication 
  • Pelangi Publication 
  • The Patriots 
  • Sri Saujana Media 
  • Pustaka Azhar
  • Kualiti Book
Penghantaran percuma untuk pembelian RM 100. Berbelanjalah secara bijak gais.  Inilah masanya untuk kita borong buku dan baca bagi memenuhi hari dan masa kita ketika Lockdown. Yang paling penting, buku-buku Bahasa Melayu memang lebih banyak berbanding sebelum ini. Jadi, ika rasa lebih teruja untuk beli. Lebih banyak pilihan. Rasa macam pergi kedai buku pulak. 

Kalau kalian berminat boleh layari media sosial Big Bad Wolf.

Instagram: 

#BigBadWolfBooks #SiGala #SerigalaJahat




11 comments:

fairus said...

Banyak buku tak terbaca lagi di rumah ni.. Pelan-pelan baca.. huhu

Farhana Jafri said...

Wahhh fixi ada dalam list.

Ezna Khalili said...

Serigala ni memang jahat sebab kalau borong memang banyak. Hehe. Jahat2 pun berbaloi beli buku kat sini sebab harga dia murah. Membaca jambatan ilmu. Jom beli kat Serigala Jahat ni.

Fadima Mooneira said...

Yay!!!!!!!!! Saya dah beli tiga novel daripada jualan Serigala Jahat. Can't wait to read them. Happy shopping to you too.

Bae Roslan said...

tukar ke bahasa jadi serigala jahat rasa macam unik pulak haha, buku2 fixi & pts pun ada, kena serbu ni

Nina Mirza said...

Ya serigala ni memang jahat! Suka tau hasut kita. HAhaa
Padahal kat rumah ni banyak lagi belum habis khatam. Acaner ni?

Wawa Ashihara said...

Wahhh sape yg minat baca buku ni mmg perlu beli kat sini... Bukan selalu dpt jualan murah cmni kan

adianiez AIDA said...

laaaa... akak baca 18jun :(
every time bbw ni ada kat Melaka, akak la di antara pengunjung yg setia. sebakul penuh buku. semua bacaan utk anak-anak dan aida. berbaloi dgn harga.

AyuArjuna BiGoshh said...

Selalu juga beli buku kat sini . Sebab Kebanyakan mmg menarik

Sis Lin said...

Dapat tak beli? Sis tak nyempat le nak soping bukunya, bukak shoppe, lain yang di belinya huhuhu

Sunshine Kelly said...

Yeah! I like Serigala Jahat jualan buku, memang berbaloi and banyak pilihan.