Ulasan Buku - Silat Boy #2 - Dua Aliran by Ben Wong - Jari Jemari Menari

Jun 12, 2022

Ulasan Buku - Silat Boy #2 - Dua Aliran by Ben Wong



Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Kulit buku untuk Komik Silat Boy siri kedua ini nampak lebih menyerlah. Kudos kepada orang yang me-reka kulit buku ini. Jadi, ika terus baca siri kedua selepas menghabiskan siri pertama pagi tadi. Sudah semestinya ika mempunyai high expectation untuk siri ini. Dan melihatkan komen di Goodreads juga not bad. 

Selepas Boy jatuh dari tebing tinggi. Boy terjaga dan mendapati dia berada di sebuah tempat yang sangat asing. Di depan matanya kini, dia menyaksikan pertarungan hebat di antara pahlawan dan orang jahat bertopeng merah. Di dunia itu juga laa banyak perkara terjadi kepada Boy.Boy juga turut terjumpa seekor makhluk hijau ketoto gondol. Makhluk itulah yang mencuri begnya pada awal dia tersedar dia di dunia itu. 

Ada amanah yang perlu dijaga dan dipikul oleh Boy. Mampukah dia? 

Dan Boy kembali ke dunia asal dengan amanah dan identiti yang baru. Kehilangannya selama seminggu telah menjadi buah mulut orang kampung dan orang yang paling risau dengan keadaan Boy selain dari keluarganya mestilah Alyaa Suria. Dialah orang terakhir yang ada dengan Boy pada ketika itu. Sepanjang kehilangan Boy juga, Alyaa diganggu oleh geng Ghoner. Bertambah menarik apabila ada seseorang yang bergelar doktor datang untuk merawat Ghoner. Banyak juga persoalan dalam siri kedua ini. 



Harga: RM 10 (SM) / RM 12 (SS) 
Tahun: 2019 
Mukasurat: 106 mukasurat

Adakalanya, Boy ini karakternya sedikit pasif. Nampak agak blur. Tapi Ben tidak pernah lupa untuk sentiasa bagi kita ingat dengan kehadiran Boy dengan meletakkannya hampir di kesemua mukasurat. Come on ika. Watak utama kan. Mana boleh main hilang-hilang. Tapi, ika tak sabar nak tengok karakter Boy lebih menyerlah sebab dia kan dah dapat 'keistimewaan'. Ada satu bahagian di dalam komik ni yang membuatkan ika rasa okay, Boy nampak cool. Masa dia menyelamatkan seseorang itu. 

Ika terleka sehinggakan tak perasan yang ika sudah ada dihelaian terakhir. Best dan ilustrasi dia sekali lagi memang nak kena puji la. Cantik sangat <3 Tak sangka Ben akan come out dengan idea Silat Boy ni. Mujur dia realisasikan juga idea ni menjadi sebuah komik. Satu keputusan yang tak salah. Kalau tak, mungkin kita sampai sekarang kita tak akan dapat baca.

No comments: