Ulasan Buku - Silat Warrior by Sharina Elisa - Jari Jemari Menari

Jun 16, 2022

Ulasan Buku - Silat Warrior by Sharina Elisa



Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️



Silat Warrior merupakan salah satu buku best seller semasa PBAKL 2022 baru-baru ini. Dan ramai yang membelinya disebabkan kulit buku. Kacak katanya hiwhiw :) buat pihak Bookiut atas naskah Silat Warrior ini. Ternyata, ika tidak silap memilih untuk membacanya. Selepas Elite Bunian. Saya menunggu karakter lelaki yang seterusnya. Dan akhirnya, memperkenalkan Yameen dari Silat Warrior. 

Lebih dikenali sebagai Meen. Ketangkasan Meen dalam bersilat tidak dapat dinafikan lagi tapi itu dulu. Selepas tragedi yang tidak diingini itu berlaku, ianya memberikan kesan hitam dalam hidup Meen. Meen mengambil keputusan untuk berhenti bersilat dan fokus melakukan perkara lain.

🖇 "Gunakan seni bela diri ke arah kebaikan bukan sebaliknya"


Dia lebih banyak mendiamkan diri dirumah mahupun di sekolah. perubahan lakunya itu membuatkan anak murid atuk Meen iaitu Kamarul panas hati. Baginya, Meen tidak sepatutnya menjadi sebegitu. Meen layak berdiri di gelanggang dan menunjukkan kehandalannya. Apa agaknya yang akan dilakukan oleh Kamarul? Berjayakah dia mengubah Meen yang sudah mati hatinya dalam bersilat. 




Penulis: Sharina Elisa
Penerbit: Bookiut
Tahun: 2022
Harga: RM 10
Mukasurat: 138 mukasurat

Terimakasih sekali lagi buat Syai Bookiut sebab ambilkan sign penulis untuk Ika. Ika tak sempat nak turun ke sana waktu penulis datang sebab kerja. 

Novella ini mengambil intipati seni bela diri tradisional orang Melayu yang masih gah berdiri sehingga kini iaitu Silat. Menarik jalan cerita dari penulis. Penulis tampilkan sisi lain untuk karakter utama iaitu Meen. Meen yang nampak tenang dan bersahaja tapi bergelut dengan jiwanya sendiri. Peristiwa hitam tersebut menjadi halangannya untuk meneruskan silat. Dia sendiri lebih banyak mendiamkan diri dari bercakap kerana dia akan mengeluarkan ayat yang tidak sama dengan apa yang dia inginkan. 

Nak kupas sedikit mengenai watak Kamarul. Kamarul begitu percaya dengan skill yang Meen ada sehinggakan dia rasa Meen sepatutnya berada di tempat yang sepatutnya. Sayang jika disia-siakan apa yang ada. Dan Kamarul juga sangat yakin yang apa sahaja benda yang jadi kepada dia, meen akan ada untuk membantu. Dia punya tahap keyakinan diri tu memang 200%. Suka dengan persahbatan Kamarul dan juga rakan-rakannya yang lain. Nampak nakal tapi masih tidak abaikan pelajaran malah pandai menyusun waktu sebaiknya antara belajar dan bersilat. Cuma tak boleh nak hadam alasan Kamarul membuli palajar di sekolahnya itu. T.T Alasan yang tidak boleh diterima.

Bagi semua, kesemua watak memainkan peranan masing-masing. Melengkapi antara satu sama lain. Jalan cerita menarik. Dialog mudah difahami. Sesuai dibaca oleh semua golongan tidak kira umur.  


]

No comments: