Ulasan Buku - Kru Paranormal Baphomet by Khairul Nizam Khairani - Jari Jemari Menari

Jun 12, 2022

Ulasan Buku - Kru Paranormal Baphomet by Khairul Nizam Khairani

 


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Siapa dekat sini kalau nampak penulis kesukaan dia keluarkan buku baru. Terus teruja nak beli. Angkat tangan please!. Kalau tak beli tu asyik teringat-ingat. Itu 'pesen' ika. Dah dapat tu, kadang bukan terus baca pun. Tapi sebab ika suka kalau time nak baca tu, buku tu dah ada dekat rak. Tak perlu nak keluar pergi beli dan tunggu buku sampai (kalau beli online). Jadi, masa ika nampak IG Story Penerbit X menegenai buku baru penulis Khairul Nizam Khairani, ika terus dah set yang ika akan dapatkan buku ni dulu dari buku-buku yang lain. 


Seingat ika, buku terakhir dari penulis yang ika baca ialah Siri Puaka Kantin Sekolah. Sejujurnya, ika memang suka dengan cara penulisan penulis yang ada keunikannya tersendiri. Sebab itu, ika mengikuti perkembangan buku-buku terbaru dari penulis.


Penulis: Khairul Nizam Khairani 

Penerbit: Penerbit X 

Tahun: 2022 

Genre: Thriller 

Mukasurat: 127 mukasurat 

Harga: RM 12 (SM)/ RM 14 (SS)




"Makhluk itu bertubuh manusia tetapi berkepala kambing gurun"

Baphomet mengisahkan tentang 3 orang sahabat yang bernama Zamir, Imtiaz & Huda. Mereka bertiga merupakan youtuber dan saluran youtube itu dinamakan Kru Paranormal. Sudah semestinya 'forte' saluran youtube mereka mengisahkan tentang perkara mistik. Nak dijadikan cerita, Zamir telah menjadi mangsa korban dalam Tragedi letupan feri di Tanjung Pengelih. Dan kebetulan, pada ketika itu Imtiaz telah menghantar Zamir ke jeti dan dia sempat merakam sesuatu di atas bumbung feri sebelum feri tersebut meletup.


Saya puji konsep kulit buku siri Kru Paranormal ini. Siapa punya idea ni? Bila disusun bersambung ya. Cantik sangat. Eye catching.👁 Brilliant! Ilustrasi kulit buku pun kena dengan storyline. Dapatlah kita gambaran bagaimana rupa hantu kepala kambing tu. Smart juga siap berkot. 


Sampai sekarang, saya masih kagum dengan idea penulis untuk jadikan cerita ini menjadi satu siri di mana sekarang sudah ada buku ke-4. Pada saya, Baphomet ini sebenarnya lebih kepada misteri dari seram. Sebab sepanjang saya baca, saya lebih banyak perasaan ingin tahu dari meremang bulu roma. Penulis bijak memberikan pembaca satu perasaan tidak sabar untk ke mukasurat terakhir. Plot bergerak dengan sangat laju. Cuma ada beberapa ketika berlaku lompatan cerita dari satu cerita ke cerita yang lain dengan tiba-tiba. Tapi, jika fokus rasanya okay. 


Bahasa yang digunakan penulis memang tiada masalah lansung. Malahan saya sebenarnya mengikuti karya penulis kerana saya sukakan dengan cara penulisan beliau. Penulisan mengunakan bahasa yang mudah difahami dan justeru itu lebih mudah dan lancar saja pembacaan. Siapa yang jangkakan Baphomet ini akan memberikan kepuasan menyeluruh kepada kalian. Kalian sama sekali salah besar. Kerana, selepas dari ini kalian harus dapatkan Hantu Misi pula untuk memuaskan lagi suku dari tahap kepuasan kalian. Haha. Harga mampu milik. Kalau bijak, boleh beli waktu diskaun. Lagi berbaloi baloi. 

Urutan buku kalau kalian nak baca: 

Kru Paranormal-   Baphomet
Kru Paranormal - Hantu Misi 
Kru Paranormal - Imaginary Friend 
Kru Paranormal - Shadow People NEW



No comments: