Ulasan Buku - Detektif Hantu by Sharina Elisa - Jari Jemari Menari

Dec 6, 2022

Ulasan Buku - Detektif Hantu by Sharina Elisa

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️


Selepas Silat Warrior, penulis (Sharina Elisa) muncul dengan buah tangan baru iaitu Detektif Hantu. Nama penulis bukan nama baru dalam kalangan pengemar buku Bookiut. Kerana pada tahun ini saja, penulis sudah mengeluarkan lebih dari sebuah buku. Tahniah buat penulis :) Masa ika terima buku, ika dapat rasa yang buku ini sedikit tebal berbanding buku yang lain. 


Penulis sekali lagi, menampilkan budak lelaki sebagai watak utama. Dimana kalau dilihat buku yang sudah diterbitkan. Kebanyakan watak utamanya ialah budak perempuan. Ayuh, banyakkan lagi watak budak lelaki supaya dapat mengubah persepsi pembaca Bookiut dimana buku ini bukan hanya ada watak perempuan dan untuk budak perempuan. 



Menampilkan An @ Farhan seorang gamer yang berpengaruh di e-sport. An juga ialah budak bijak di sekolahnya. Namun, dia dihantar pulang ke kampung untuk tinggal dengan neneknya atas sebab-sebab tertentu.
An juga mendapati yang Kampung Mata Tiga akan sepi pada malam hari dan penduduk kampung tidak berani untuk keluar malam. An pelik namun perasaan pelik itu tidak lama kerana dia juga turut mendengar hilaian cik pontianak saban hari.

Hihihihihi
Hihihihihi
"Kau memekak pagi-pagi dah kenapa, hah? Mana kau? Mana? Aku nak tidurlah! Jangan nak memekak kat sini!" -Farhan-

Misteri cik ponti itu membuatkan Farhan juga terjebak untuk menyiasat dengan lebih mendalam lagi bersama-sama dengan Akif. Dia yakin pasti ada yang tidak kena dengan kampung tersebut.

Berani betul si An & Akif ni. Melanggar hukum penduduk Kampung Mata Tiga. Sebab yang lain semua takut dengan cik ponti tapi budak-budak ni siap nak pergi menyiasat. Makin disiasat , mestilah makin banyak benda yang diketahui. Penduduk kampung dimomokkan dengan perkara yang mereka tidak nampak. Mereka cuma hanya mendengar. Seperti ada 'something fishy' yang direka-reka untuk menambahkan ketakutan tersebut. Tapi apakah yang fishy itu? Kalian kena dapatkan DH! Penuh dengan adventure.

Saya suka dengan apa yang penulis sajikan dalam Detektif Hantu ini. Susunan jalan cerita yang teratur. Mudah difahami. Ada pengajaran, ilmu pengetahuan dan nilai-nilai yang boleh kalian ambil untuk jadikan pedoman hidup wihuu. Yang penting, saya berani jamin untuk yang tak suka baca cerita yang ada elemen misteri mesti boleh baca punya DH ini. Sebab saya boleh cakap tahap seram cerita ini sesuai dibaca oleh orang yang tak suka cerita momok.

Saya juga secara jujurnya suka dengan friendship An dan rakan-rakannya yang lain. Terasa akrabnya. 🫶🏻 Saling ada untuk sesama diri dan tidak tinggalkan kawan bila dalam kesusahan. Perangai masing-masing pun mencuit hati.

Kalian boleh dapatkan Detektif Hantu di reruai @bukupts di SIBF 2022/MBSA Convention Centre Shah

2 comments:

Sha Mohamed said...

Yeah!! Baru je berjaya beli dekat eSentral.. Nanti nak baca..

dear anies said...

ni buku sharina yg baru ya? last sy baca buku dia terbitan Kadokawa Gempak Starz